Khamis, 1 Januari 2009

Salam Tahun Baru


Assalamualaikum.....

Salam tahun baru 2009 dan tidak terlambat rasanya saya mengucapkan salam maal hijrah kepada pembaca semua. Alhamdulillah kerana kita masih lagi berada di tahun 2009 dan hidup aman dan tenteram di Malaysia ini. Pada malam 31 Disember 2009, dikala kita di Malaysia sedang sibuk membuat persiapan untuk meraikan tahun baru dengan menghadiri konsert dan kelab-kelab malam. Kita tidak ambil peduli tentang apa yang terjadi dengan saudara-saudara seagama kita yang berada di Palestine yang sedang bergelut dalam memperjuangkan hak mereka dalam memerdekakan agama, bangsa dan negera.

Saya amat gembira kerana masih ada NGO dan persatuan yang lain yang masih lagi mengingati dan mengadakan ceramah-ceramah dan aktiviti yang membantu rakyat di Palestine ini. Syabas kepada JIM dan NGO lain yang mengadakan solat hajat dan ceramah mengenai penderitaan rakyat Palestine ini. Semoga Allah membantu kamu. Amin.

Saya berasa hairan terhadap apa yang dilakukan oleh OIC terhadap isu Palestine ini. Bagi saya namanya kononnya cukup gah dengan Malaysia menjadi presiden di persidangan tersebut. Tetapi apa yang dilakukan oleh OIC dalam menyelamatkan saudara se-Islamnya di Palestine baik bubarkan sahaja jika OIC hanya duduk mengampu dan bertempik didalam mesyuarat tetapi tidak memberikan kesan terhadap tindakan Israel jahanam dan sekutunya Amerika Syarikat. Apa guna pemimpin-pemimpin Islam ini?

Saya cukup marah dengan sikap pemimpin Fatah yang tidak langsung faham dan ambil kisah terhadap penderitaan bangsa dan negara mereka sendiri. Tidakkah mereka sedar bahawa Israel dan Amerika yang mereka sokong itu adalah bangsa yang hipokrit dan telah menjajah negara mereka yang dahulu luas dan sekarang hanya tinggal 20% sahaja. Bayangkan Gaza yang tanahnya itu sebesarnya Pontian itu dihujani bedilan roket dan bom? Dengan berlakunya sekatan dari segi perubatan dan makanan yang menyebabkan kanak-kanak kebuluran dan pesakit tidak dapat dirawat. Bayangkan bagaimana rakyat yang tinggal didalamnya?

Oleh itu saya menyeru kepada pembaca agar sama-sama membantu dalam meringankan beban seperti menderma, sebarkan berita mengenai Palestine ini dan sama-sama berdoa agar saudara kita di sana dijauhkan dari bala ini dan di selamatkan dari tentara Israel laknatullah. Sumbanglah sedikit dan jangan sampai di akhirat nanti Allah bertanya kepada kita apa yang kita lakukan dikala saudara seagama kita di Palestine sedang bergelut dengan musuh Islam?

Semoga posting kali ini memberikan iktibar kepada saya dan saudara semua. Akhir dari saya dengarlah nasyid dari kanak-kanak di Palestine ini terhadap penderitaan mereka di sana. Akhir kata dari saya agar janganlah kita berasa terlampau selesa dan fikir2 lah mengenai penderitaan terhadap orang lain yang berada di dalam kesusahan.

Wasalam


Tiada ulasan: