Ahad, 29 Julai 2012

Hari2 terakhir bergelar mahasiswa


Akhirnya, selesai gak la pelajaran master aku dalam bidang Grid Computing. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana memudahkan urusanku dalam menyetelkan segala projek dan assignments untuk master ini. Fuh, mmg mencabar betul buat master sambil bekerja ni. Penat gak la. Bayangkan pagi kerja, pastu balik plak gi kelas. Aku pun baru jer isi dan selesaikan borang GS-17 untuk master aku ini. Inshallah bulan 10 ni kalo tak de apa2 aku akan menjalani hari konvokesyen kali yang ke-3 untuk diri ini.


Memandangkan bulan Ramadhan yang telah menjelang ini. Rasanya tak terlambat nak ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut bulan Ramadhan kepada semua terutama yang membaca blog aku ini. Namun bulan puasa kali ini teringat plak ketika aku terpaksa berbuka puasa waktu rehat kelas. rasa seronok gak yer la berbuka dengan kawan2 master macam Hisham, Edy, Fairus serta Kak Eija dan suaminya, Abg Zul. Masa tu gak aku berpengalaman berbuka puasa dengan pak Arab2 ni. Rasa pelik dan terkejut pun ada. Tak pe la biar ia jadi kenangan manis bersama2.

Walau macam mana pun, aku bersyukur kepada Allah kerana dapat berpuasa pada kali ini. Harap dapat meneruskan puasa sebulan ini dengan dipenuhi dengan amalan2 baik dan beribadah. Inshallah

Jumaat, 13 Julai 2012

Aku dan Ray Ban

Sejak dulu mmg aku ingin untuk memiliki sepasang cermin mata yang berjenama mungkin kalo tgk harga mmg tak mampu nak miliki walaupun harganya melebihi RM 200 sbb ia cermin mata. Nak2 bila dah kerja ni,  rasa sayang plak nak bazirkan duit beli cermin mata yang mahal2 ni, sebb aku rasa baik beli benda yang berfaedah macam makanan, makanan dan makanan. hahahha. asyik makan jer, mana perut tak besar.


Tapi bila dah makin tua ni, aku sedar betapa pentingnya cermin mata gelap untuk penunggang motor macam aku ni. sebb makin lama makin naik tahap silau mata aku ni, nak2 bila menjelang tgh hari dan bila matahari memancar dengan teriknya. At last aku beli gak sepasang cermin mata berjenama Ray Ban jenis Ray Ban Predator Flight Extreme. Tapi buat masa ni mmg ok la cermin mata ni, harga dalam RM250 aku beli kat FB site yang bernama Optics Garage. Penghantaran pun puas hati gak.

So dengan cara ni, ia dapat menyelamatkan mata aku dari terdedah dengan silauan UV yang boleh merosakkan mata. hehhehe.