Rabu, 29 April 2009

Pemimpin menjual agama

Salam pembaca,

Untuk "posting" pada kali ini, saya hendak membangkitkan cerita mengenai tindakan parlimen dalam menentukan persoalan mengenai penukaran agama. Isu yang telah dibangkitkan adalah apabila tindakan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak yang memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan. Keputusan ini ditentukan oleh kabinet secara majoriti.

Yang menjadi persoalan dalam fikiran saya, apakah fungsi Majlis Fatwa dan ulamak2 di Malaysia dalam menangani isu agama di Malaysia? Adakah ulamak2 di Malaysia hanyalah sekadar boneka yang digunakan untuk kepentingan politik semasa pilihanraya? Adakah menteri2 kabinet kita ini alim ulamak yang tidak belajar mendalam mengenai ilmu agama boleh menimbang tara keputusan mengenai agama?

Kes ini terjadi apabila hendak menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40. Apa yang merumitkan kes ini adalah persoalan mengenai tiga orang anaknya iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan menggunakan bukti sijil kelahiran.

Antara yang mengadili keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

P/s: Setahu saya jika ada orang yang hendak memasuki agama Islam maka hendaklah disegerakan dahulu dan tak salah anak2nya sekali nak masuk Islam. Cuma mungkin perkara ini hendaklah dirujuk kepada orang yang lebih arif mengenai agama. Itu yang lebih penting dan untuk agama lain saya tidak pasti tetapi saya yakin mesti ada orang alim yang boleh menjawab.

Jumaat, 24 April 2009

Sudah tidak ada cerita lain ke?


Pada kali ini, saya tidak menceritakan mengenai politik tetapi ingin berkongsi pendapat dengan anda semua mengenai filem2 yang berada di pasaran Malaysia. Seperti mana yang kita tahu anak Yusuf Haslam iaitu Syamsul telah membuat satu filem bertajuk "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam". Sinopsis bagi cerita ini adalah menceritakan bagaimana kisah hidup bohsia dan mat rempit yang menjalani kehidupan yang pedih untuk ditempuh.

Pada persoalan saya, adakah cerita ini patut ditayangkan di Malaysia? Persoalan kedua adalah sudah tidak ada ke cerita lain di Malaysia yang boleh ditayangkan di Malaysia? Kerana bila kita lihat, di Malaysia genre filem tidak meluas dan tidak di negara lain. Genre filem2 yang tidak senonoh dibawah arahan Ahmad Idham dan Syamsul ini juga yang ditayang2 di pawagam. Bukannya apa, seperti mana yang kita lihat filem2 seperti Impak Maksima, Bohsia dan seangkatan dengannya ini telah banyak dan sedikit sebanyak mempengaruhi fikiran dan cara hidup anak2 muda di Malaysia.

Adakah bila kita melihat 999 di TV3 cerita mat rempit berkurangan di Malaysia setelah menonton cerita Impak Maksima, rempit dan lain2? Adakah idea pengarah dan penulis skrip mempunyai kekurangan idea di membikin filem? Bagi saya cerita seperti Shawnshank Redemption, The Curious Case of Benjamin Button, 7 pounds, Forest Gump dan cerita seperti Beautiful Mind mengenai kisah hidup seorang pemimpin dan ilmuwan yang berwibawa lebih sesuai dibangunkan untuk mengajar penonton betapa pentingnya hidup dan ilmu di dalam kehidupan seseorang manusia. Di Malaysia, bagi saya terlampau ramai sejarahwan, ilmuwan dan pemimpin yang kisah hidup mereka boleh dijadikan jalan cerita untuk filem. Jadi nasihat saya agar penerbit dan pengarah filem di Malaysia ini, janganlah bersikap terlampau pentingkan diri dalam mengaut keuntungan.

P/s: Saya memuji filem Adflin Shauki di mana filem yang dihasilkan menjadikan kita berfikir semasa melihat cerita beliau.

Isnin, 20 April 2009

Takkan dah nak mengalah kot

Salam pembaca,

Seperti mana yang kita tahu, bahawa betapa kontroversinya pentadbiran Najib yang telah dilantik pada 7 April 2009 dimana beliau telah melahirkan slogan iaitu "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan". Bagi saya ini adalah satu pentadbiran yang bagus di mana pelbagai kementerian diwujudkan untuk memantapkan pentadbiran kerajaan baru. Satu jabatan juga telah ditubuhkan untuk mengukur KPI bagi sesebuah kementerian. Namun masih ada tindakan yang tidak sesuai dilakukan dimana pengawalan bagi bidang ICT di Malaysia tidak lagi dibawah Kementerian Inovasi, Komunikasi dan Teknologi tetapi ditukarkan ke Kementerian, Informasi, Kebudayaan dan Seni.

(http://www.zdnetasia.com/news/business/0,39044229,62053117,00.htm?scid=nl_z_ntnd)

Bagi PIKOM, ia sangat mengecewakan kerana kerajaan baru dikira tidak beberapa mementingkan kemajuan ICT negara dengan meletakkan pengawalan ICT dibawah Kementerian yang tidak sesuai dan ini secara tidak langsung akan menjadikan perkembangan ICT tidak maju. Satu lagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga telah dilupuskan dan ia amat mengecewakan kerana kemernterian ini dibangunkan kerana ia dapat membantu usahawan2 kecil untuk berjaya dalam industri di Malaysia. Namun bagi saya, kita ambil tindakan tunggu dan lihat. Beri sedikit masa kepada PM baru kita yang baru sahaja menaiki takhta. Pentadbiran baru juga melihat terdapat beberapa kepincangan di dalam UMNO, dimana kita melihat Ketua Pemuda UMNO, KJ tidak dilantik dalam senarai Menteri Kabinet dan sebaliknya yang kalah iaitu Mukhriz telah dilantik menjadi Timbalan Menteri untuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Perlantikan Muhyiddin Yasin juga telah dipertikaikan di dalam Kabinet kerana TPM kita telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran kerana bagi saya sepatutnya TPM akan dilantik menjadi Menteri utama dalam pentadbiran kerajaan seperti Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan atau Menteri Kementerian dalam Negeri. Apa2 pun saya mengambil tindakan tunggu dan lihat bagi pentadbiran baru yang diterajui oleh Najib ini.

Tindakan terhadap Fairus iaitu Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I telah diambil dan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I dan wakil rakyat ADUN Pennati. Ini disebabkan oleh kontroversi terhadap beliau yang kononnya tidak menjalankan tugas dan mengambil rasuah, namun saya tabik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana tegas dalam pentadbirannya. Ini sepatutnya dilakukan oleh sesebuah kerajaan dalam membuang korupsi dan bukannya menyimpan kurap di dalam sesebuah pentadbiran. Dengan perletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Penanti oleh Fairus dengan alasan hendak sambung belajar, maka kemungkinan pilihanraya kecil akan diadakan di Penanti.

Kemungkinan pilihanraya kecil diadakan telah menyebabkan Najib memberi jawapan untuk tidak bertanding di kawasan itu dengan tidak meletakkan calon dan alasan tidak mahu membazirkan duit rakyat. Saya tidak tahu kenapa, tapi kemungkinan Najib fobia hendak bertanding kerana tidak mahu reputasi beliau jatuh setelah mengalami beberapa rekod siri kekalahan di pilihanraya yang lepas sebelum dan selepas beliau menjadi PM. Jawapan beliau telah menyebabkan Tun Mahathir telah masuk campur dengan mengatakan bahawa BN patut bertanding di kawasan itu. Bagi saya, tindakan BN hendak memboikot piliharaya di Penanti adalah tindakan yang tidak wajar kerana ia membunuh demokrasi di Malaysia dan jawapan Najib tentang pilihanraya menyebabkan duit rakyat habis tidak patut kerana jikalau benar kisah mengenai komisyen RM 500 juta itu betul. Maka siapa sebenarnya yang telah menghabiskan duit rakyat dan itu tidak termasuk komisyen2 projek Malaysia yang bernilai jutaan ringgit yang dilesapkan oleh kroni dalam pentadbiran sekarang. Ini sangat memalukan, lagipun duit yang dibelanjakan selama ini pun duit rakyat dan bukan duit menteri2 dan apa yang menteri2 lakukan hanyalah menguruskan sahaja.

Pentadbiran negeri di Terengganu, Perak dan Perlis juga telah menjadi kucar-kacir kerana disebabkan oleh undi tidak percaya yang dilakukan oleh ADUN2 bagi setiap negeri terhadap pemerintahan Menteri Besar dan isu Speaker Dewan yang menggantung ADUN. Di Terengganu terdapat tindakan untuk menggulingkan Menteri Besar Ahmad Said dan sementara di Perak pula mengenai isu tindakan Speaker Dewan, V Sivakumar terhadap 6 ADUN Perak. Tak tahu apa yang jadi, namun apa yang penting rakyat patut diutamakan dahulu dalam mana pentadbiran.

Isu penjualan secara lelong kereta Camry untuk Kerajaan Negeri Perak telah dilakukan dan ini secara tidak langsung menunjukkan kerajaan Perak sekarang suka membazir kerana bagi saya dalam kegawatan ekonomi sekarang sepatutnya Zambry dan Exconya pakai sahajalah kereta Camry yang sedia ada dan tidak perlu ditukarkan dengan yang baru. Oleh itu, sesiapa yang hendak merasa dan mampu, pergi lah tempah. Datuk Seri Nizar dah tempah satu.

Rabu, 15 April 2009

Tahniah Anwar (Pencalonan Pemimpin Terpengaruh 2009)

Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekali lagi tercalon untuk 100 pemimpin berpengaruh didunia 2009 oleh Majalah Time. Semoga Datuk Seri teruskan perjuangan dalam membantu rakyat Malaysia.

Kepada yang hendak mengundi Datuk Seri Anwar sila klik pada pautan dibawah

Lima Belas Maksiat Yang Mengundang Bala

Sumber dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1553

Dipetik daripada buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.

Maksud hadis :
"Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda:
"Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.


4. Suami yang menuruti kehendak isteri.


5. Anak derhaka kepada ibunya.


6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.


7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.


8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.


9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.


10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.


11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.


12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)


13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).


14. Muzik banyak dimainkan.


15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." (Hadis Riwayat Tarmizi.)

Agama dan Politik Dipisah atau Diapit?


Sumber diambil dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1547
“Agama dan politik tidak boleh dibawa bersama, agama adalah agama dan politik adalah politik, dua-dua tidak sama. Orang agama hanya duduk di masjid, biar orang yang macam kami ini sahaja yang menerajui negara. Kamu semua mana tahu apa kami buat. Dalam al-Quran tiada cerita pasal politik.”
Mungkin ini antara kata-kata yang pernah kita dengar atau pernah kita terdengar daripada tokoh-tokoh politik Malaysia. Keluhan demi keluhan dapat saya dengari di sekeliling saya apabila suara-suara ini berkumandang dalam pelbagai medium. Saya tidak tahu mana silapnya kita semua dalam memahami konsep politik dan agama.

Adakah kita memang tidak pernah diajar mengenai agama sejak dari bangku sekolah?

Tidak mungkin.

Adakah kita terlalu sensitif atau proaktif apabila membincangkan isu ini secara umum?

Sehinggakan pelbagai peraturan dan sekatan dilakukan bagi menyekat pencambahan ilmu dalam bidang politik di kalangan para pelajar khususnya mahasiswa.
Jika begitu apa yang boleh dibincangkan?

Setelah pintu untuk memahami secara ilmiah konsep politik ditutup rapat-rapat. Selain itu, dengan mengenakan syarat bahawa perbincangan tentang politik boleh dibahaskan, tetapi hanya berputar pada skop yang kecil dan yang ‘baik-baik’ saja, maka adakah itu dipanggil wacana ilmiah?

Sedangkan kita tahu dunia politik ada pelbagai ragam dan recam. Berbalik kepada isu di atas iaitu adakah agama dan politik ini dibataskan, saya mahu mengajak para pembaca untuk berfikir sejenak tentang perkara ini.

Adakah agama tidak ada tempat dalam politik dan politik itu hanya untuk orang-orang yang bukan beragama?

Saya tidak pasti adakah persoalan ini sesuai untuk ditanya ataupun tidak tetapi pada hemat saya, pemikiran atau ideologi untuk memisahkan politik dengan agama adalah sesuatu yang pelik dan jumud.

Hanya mereka yang tidak beragama sahaja memisahkan dua pentas ini dari kehidupan. Sejarah membuktikan bahawa pemisahan ini adalah inisiatif daripada golongan anti-gereja. Kekecewaan mereka terhadap penguasa gereja yang hanya bertumpu dan berkisar kepada urusan keagamaan sehinggakan melupakan kemajuan dari segi politik dan pembangunan membawa kepada pemberontakan. Setelah beratus tahun peristiwa itu berlaku, ia berulang kembali dalam abad-abad yang moden ini.

Pemisahan antara politk dan agama amat ketara. Ulama’ yang muktabar pandangan-pandangan mereka terhadap politik tidak pernah diambil peduli. Tidak seperti semasa zaman kegemilangan Islam, Ulama’ dan Umara’ memainkan peranan yang besar dalam pembentukan negara yang aman dan maju.

Kaedah siasah (politik) Islam mula dianggap tidak sesuai untuk zaman moden yang mencabar ini. Mereka menoleh ke belakang mencari kaedah-kaedah lama yang ditinggalkan Machiveli, Marxism dan lain-lain bagi perjalanan politik mereka. Negara-negara Islam yang mengikut corak politik kotor dan ‘tidak peduli’ tanpa berlandaskan tuntutan agama sudah mula kelihatan. Parti-parti yang di dalamnya terdapat Muslim, bercakaran sesama sendiri kerana perbezaan yang kecil. Persamaan dalam sudut akidah mula diketepikan dan nasihat-nasihat yang baik dari pihak lawan ditinggalkan kerana takut. Takut dengan bayang-bayang sendiri. Jika kita boleh duduk semeja dan berbincang semeja dengan orang yang bukan seakidah, tetapi kenapa kita tidak boleh duduk semeja untuk membincangkan kebaikan bersama di kalangan seakidah? Itulah yang terjadi apabila agama dan politik dipisahkan sejauh selat Tebrau. Mana mungkin negara diberkati Allah.

“Jika amanat disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya”. Ada yang bertanya “bagaimana mensia-siakannya? Baginda menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya”.(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Khamis, 9 April 2009

Tahniah Najib dan pemerintahan barunya

Salam pembaca,

Saya disini mengucapkan tahniah di atas kejayaan Dato seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 dan saya mengharapkan ada pembaharuan yang akan berlaku kepada pemerintahan Malaysia supaya lebih telus dan serius dalam menangani masalah dalam membangunkan Malaysia tercinta. Maka telah berjayalah Teori RAHMAN dimana Najib adalah yang terakhir. Namun Lim Kit Siang mengatakan "N" yang terakhir adalah "END" iaitu penamat bagi tradisi Perdana Menteri dalam UMNO di pilihanraya umum 13 akan datang. Beliau telah membuat beberapa langkah untuk mengambil hati rakyat yang mana salah satunya adalah membebaskan tahanan ISA. Semoga kebaikan lain akan dijalankan juga oleh Dato seri Najib walaupun Anwar mengatakan setiap Perdana Menteri akan membuat begitu kerana itu trend dalam UMNO. Kita boleh lihat zaman Pak Lah dulu beliau membebaskan Anwar, Tun Mahathir bebaskan ISA di zaman Tun Razak dan seterusnya. Mungkin kata Anwar ada betulnya.

Pada hari ini, Najib akan menstruktur semula menteri2 kabinet dibawah pimpinan beliau. Anggapan saya mengenai beliau akan melantik orang2 beliau untuk bekerjasama dengan beliau dan menyingkirkan orang Pak Lah adalah betul jika kita lihat muka2 lama di tarik balik ke dalam menteri kabinet. Di bawah saya senaraikan kabinet2 baru. Mukhriz pun mendapat satu jawatan timbalan menteri walaupun kalah dalam pilihanraya UMNO tapi apa yang hendak dikata jika pelbagai spekulasi ketika bapa beliau Mahathir yang kembali semula ke dalam UMNO. Mungkin anggapan para analisis benar jika mereka mengatakan bahawa jawatan kabinet baru telah ditentukan oleh Mahathir. Namun kedatangan Mahathir tidak juga berjaya memenangi pilihanraya kecil parlimen bukit gantang dan bukit selamabau dengan majoriti besar. Namun berjaya memenangi Batang Ai. Tapi jika dilihat pada gambar diatas saya merasakan gambar berkenaan memang boleh menggambarkan bahawa Mahathir dan Pak Lah mcm ada perselisihan antara mereka. Namun bak kata orang negeri Sembilan "apo nak dikato"

Timbalan perdana menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Koh Tsu Koon - perpaduan dan prestasi

Datuk Seri Nazri Abdul Aziz - Parliamen

Mej (B) Jamil Khir Baharum - hal-ehwal agama

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

Kewangan

(1) Datuk Seri Najib Abdul Razak

(2) Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Pelajaran

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pengangkutan

Datuk Seri Ong Tee Keat

Keselamatan Dalam Negeri

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Penerangan, komunikasi dan kebudayaan

Datuk Seri Dr Rais Yatim

Tenaga, teknologi hijau dan air

Peter Chin

Pembangunan luar bandar, wilayah

Datuk Seri Shafie Apdal

Pengajian tinggi

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Perdagangan antarabangsa dan industri

Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)

Pelancongan

Ng Yen Yen

Pertanian dan perniagaan asas tani

Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharom (timbalan)

Pertahanan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Kerja raya

Datuk Shaziman Mansur

Kesihatan

Liow Tiong Lai

Belia dan sukan

Ahmad Shabery Cheek
Razali Ibrahim (timbalan)

Pembangunan sumber manusia

S Subramaniam

Perumahan dan kerajaan tempatan

Kong Cho Ha

Wanita, keluarga dan masyarakat

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Luar

Anifah Aman

Wilayah persekutuan

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin