Isnin, 4 Julai 2011

Kawan dan Lawan


Assalam semua,

Kali ini aku nak bercerita mengenai kawan atau boleh dipanggil juga sebagai sahabat. Di dalam hidup kita ini, sebagai seorang manusia kita memerlukan kawan untuk bersosial, meluahkan perasaan, berkongsi masalah dan macam-macam perkara yang boleh dibuat bersama-sama. Ada yang kata sahabat sejati, kawan dunia akhirat dan macam-macam konsep yang dikeluarkan oleh manusia untuk menunjukkan bahawa erti sahabat sebenar.

Tapi bila difikirkan semula peristiwa yang terjadi kepada salah seorang ahli keluarga aku, aku merasakan konsep kawan ini boleh diragui dan kadang-kadang perlu ditukar kepada satu perkataan lain. Bukan nak kata semua perkara sama, tapi ini merujuk kepada apa yang berlaku di depan mata aku sendiri. Bak kata pepatah, kawan makan kawan. Jika diimbau balik, orang kata macam adik beradik dan macam-macam istilah yang mengambarkan keakraban yang berlaku antara dua sahabat.

Namun bila diketahui niat jahat dan apa yang dilakukan oleh kawan sendiri, maka automatik ia menjadi lawan. Kalau lawan yang kita kenal bagi aku boleh difahamkan, tapi bila kawan dah jadi musuh dalam selimut bagaimana. Aku jadi binggung plak bila memikirkan hal ini, sakit hati pun ada gak. Entah la, ini mungkin dugaan yang harus dilalui sebagai hamba Allah.Jadi bila difikirkan semula, aku redah dengan ketentuannya.