Rabu, 28 Januari 2009

Gong Xi Fa Cai

Salam pembaca,

Rasanya belum terlambat rasanya saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina yang berada di Malaysia terutama kepada pembaca blog saya. Semoga dalam keadaan sejahtera dalam menyambut Tahun Baru Cina.

Sekian

Khamis, 22 Januari 2009

Piala Dunia 2018....... Alahai Bola Sepak Malaysia


Salam pembaca,

Apabila melayari Berita Harian pada hari ini, saya terbaca keputusan Malaysia melawan Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan keputusan 0-5. Apa yang saya hendak katakan disini bahawa mutu bola sepak Malaysia masih jauh lagi dan ketinggalan. Saya bukan hendak mengutuk FAM dan pasukan kebangsaan tetapi ini adalah kenyataan.

Malam semalam saya menonton rancangan "Ally" yang dihoskan oleh Ally Iskandar mengenai isu bola sepak Malaysia ke Piala Dunia 2018. Dalam rancangan itu semua yang ditemuduga memberikan komen yang buruk termasuk jurulatih dan pemain veteran. Masih ramai yang mengatakan mereka bosan dengan aksi bola sepak Malaysia dan lebih baik jika menggunakan pendekatan lain.

Contoh yang diberikan oleh Shebby sebagai tetamu pada rancangan itu, beliau memberitahu bahawa jika hendak mempromosi bola sepak Malaysia janganlah hendak bersaing terus dengan bola sepak BPL tetapi perlu mempromosikan sendiri. Langkah yang dicadangkan adalah membuat perlawanan bola sepak Malaysia pada hari biasa dan bukan pada Sabtu dan Ahad. Alasan yang diberi adalah senang, perlawanan antara Manchester United dan Tottenham Hotspur dan perlawanan Kedah dan Selangor. Perlawanan mana yang akan dilihat oleh penonton. Saya rasa pembaca pun boleh tahu mana lebih ramai penonton.

Kemudian mengenai impian piala dunia 2018, adalah mustahil. Jurulatih Selangor, K. Devan mengatakan ia adalah mengarut kerana sepatutnya Malaysia perlu mencapai sasaran menjadi juara Piala Dunia Remaja dan kemudian baru pergi ke bahagian seterusnya. Saya setuju dengan pendapat Shebby dan K. Devan. Tapi saya berpendapat Malaysia perlu menjadi juara Asia Tenggara baru boleh ke peringkat Asia dan seterusnya. Jika perlawanan dengan Vietnam pun mereka boleh kalah, jangan lah mimpi hendak ke perlawanan Dunia. Pasti memalukan.

Melalui komen perlawanan dari B. Sathianathan (Jurulatih Malaysia), saya terkejut bahawa pemain Malaysia tidak cergas (fit), kerana hanya tiga orang pemain Malaysia yang melepasi Ujian Kecergasan. Ini adalah satu masalah yang menyebabkan Malaysia kalah di peringkat Antarabangsa. Saya merasakan sudah banyak duit rakyat telah digunakan untuk perlaburan pembangunan bola sepak di negara kita ini. Adakah pemain-pemain kita ini tidak sedar?

Apa yang saya boleh katakan adalah sepatutnya Malaysia lebih utamakan sukan yang kita digeruni seperti Badminton, Sepak Takraw, Squash kerana ia dilihat lebih menjamin dan tidak membazir jika dilaburkan. Oleh itu hidup la sukan untuk Malaysia.

Salam

Bersamamu......

Salam para pembaca,

Pada hari ini saya terbangkit untuk menulis mengenai nasib rakyat Malaysia di negara ini. Saya terpanggil menulis mengenai tajuk ini selepas melihat rancangan TV "Bersamamu" di TV3. Apabila saya meilhat kedaifan terhadap keluarga itu, saya terpanggil kenapa perkara ini berlaku?

Persoalan banyak yang timbul di kepala saya, salah satu persoalan yang timbul adalah bagaimana TV3 boleh jumpa keluarga yang daif ini padahal keluarga ini tinggal di Masai, Johor dan bukan berada di Sri Petaling? Persoalan yang kemudiannya, dimana ketua kampung, JKKK, Ahli ADUN, Ahli Parlimen? Adakah mereka tidak memantau perkara ini? Adakah selepas menang pilihan raya dan telah dilantik mejadi YB dan jawatan mereka duduk senang lenang di pejabat? Bukankah itu salah satu tugas mereka menolong orang yang susah? Dengan memegang jawatan sebagai wakil rakyat adakah tidak mengerti maksud itu?

Saya bukan hendak menyalahkan perkara ini 100% kerana ini melibatkan penduduk kampung itu sendiri dan keseluruhan kerajaan dalam membasmi kemiskinan tegar. Jika kerajaan Malaysia tiada duit saya rasa tidak patut kerana saya percaya keuntungan dari pungutan cukai dan pungutan zakat amat besar jumlahnya. Dibawah ini saya catatkan beberapa jumlah pungutan zakat setiap negeri:

1. Selangor - RM 222 juta (http://www.selangorkini.com.my/my/info-terkini/95)
2. Pahang - RM 32.5 juta (http://www.zakatpahang.com.my/news_item.asp?NewsID=234)
3. Melaka - RM 5,557,975.63 (http://www.mohdalirustam.com/?p=79)
4. Kuala Lumpur - RM143.3 (http://zakat.com.my/laporan/bulanan/kutipan_tahunan.htm)
5. Negeri Sembilan - RM33,797,056.18 (http://www.zakatns.com.my/v2/Analisis/Tahun2008.html)
6. Perak - RM 57,016,676.56 (http://www.maiamp.gov.my/)
7. Kedah - RM 40,025,418.66 (http://www.zakatkedah.com/data_hasil.asp)
8. Johor - RM 73,321,840.60 (http://www.maij.gov.my/utama.htm)

Jika dilihat pada maklumat ini, boleh dilihat berapa banyak jumlah duit yang boleh diagihkan kepada orang-orang yang memerlukan duit zakat ini. Kerana zakat ini tujuan utama ini adalah membangunkan ekonomi orang Islam dan membantu orang Islam yang berada dalam kesusahan. Tetapi apa yang menghairankan di manakah duit itu dan kenapa masih ada lagi rancangan "Bersamamu"? Ini yang amat pelik bagi saya.

Jika di zaman Khalifah dahulu, khalifah ini di siang hari ia bekerja untuk rakyat dan malam hari pergi mencari fakir miskin untuk diagihkan sumbangan tanpa perlu publisiti dan penghargaan orang. Sehinggakan ada diantara fakir miskin itu tidak tahu bahawa yang sedang memberi sumbangan itu adalah seorang khalifah. Namun apa yang jadi dengan pemimpin kita sekarang, jika hendak memberi sumbangan perlu ada media yang membuat liputan dan pengikut supaya ia diberi penghargaan. Namun kejadian ini yang berlaku di negara kita, amatlah sedih.

Sekian sahaja penulisan saya pada hari ini,

Wasalam.

Rabu, 21 Januari 2009

Presiden Amerika Barack Obama

Salam pembaca,

Seperti mana yang kita tahu 20 Januari 2009 adalah tarikh bermakna dalam sejarah Amerika apabila seorang rakyat Amerika berkulit hitam berjaya menjadi seorang Presiden Amerika. Dengan laungan "Change" yang mejadi perkataan hikmat apabila berkempen bagi bertanding dalam merebut jawatan presiden yang menggantikan Bush.



Apa yang saya hendak kongsikan disini, apakah akan berlaku kepada situasi global buat masa ini? Adakah Obama akan membuat perubahan dalam peperangan yang berlaku di Timur Tengah? Adakah ekonomi dunia juga akan berubah? Bagaimana dasar luar Amerika terhadap isu global?

Semua perkara ini akan kita lihat pada pemerintahan Obama sebagai Presiden Amerika yang baru. Apa yang boleh saya katakan mungkin beliau akan membuat perubahan dari segi ekonomi dunia, tetapi isu terhadap Islam dan isu di Timur Tengah beliau akan menjadi boneka dan ia tidak akan dapat diselesaikan kerana kebanyakan pemimpin Amerika adalah Yahudi. Namun apa yang saya boleh katakan kita umat Islam perlu bangkit dalam perkara ini dan kita perlu mendalami ilmu pengetahuan supaya tidak diperkotak-katikan oleh Yahudi ini.

Sekian, Wasalam

Isnin, 19 Januari 2009

Tahniah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca,

Saya ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan calon PAS Yang Berhormat Mohd Abdul Wahid Endut di Kuala Terengganu, Terengganu. Kejayaan ini membuktikan bahawa pengundi semakin menunjukkan kuasanya untuk memilih parti bagi memerintah kawasan parlimen P36. Kepada yang kalah harap dapat perbaiki kelemahan yang ada.

Saya merasakan kemenangan ini adalah berpunca daripada rakyat yang ingin menunjukkan protes terhadap kerajaan yang sedia ada dan memberi amaran kepada kerajaan sekiranya mereka tidak membuat perubahan maka kuasa rakyat akan menggulingkan mereka.

Banyak isu yang telah wujud semasa pilihanraya ini berjalan. Namun isu-isu ini adalah penyumbang kepada kekalahan BN yang menyebabkan rakyat bosan mendengarnya. Dengan media-media luar seperti TV3, Utusan Melayu dan Berita Harian yang mereka-reka cerita terhadap isu yang remeh seperti hukum hudud, ketuanan Melayu dan macam-macam lagi di pilihanraya ini.

Saya mengharapkan agar rakyat akan lebih peka terhadap isu-isu politik di negara kita dan memberi kesedaran kepada kerajaan sekarang supaya menyedari kuasa rakyat yang semakin membara. Sekian.

Hidup3x rakyat

Jumaat, 16 Januari 2009

Hukum hudud

Salam para pembaca,

Pada posting untuk kali ini, saya ingin meluahkan pendapat saya terhadap isu hukum hudud yang sekarang menjadi isu yang agak panas dikatakan. Seperti mana yang kita tahu hukum hudud ini adalah hukum yang Allah telah ciptakan untuk hamba-hambanya. Hukum ini bukanlah hukum yang dibuat2 oleh manusia tetapi hukum yang memang telah dinyatakan dalam Al-Quran. Ini bermakna hukum ini adalah paling sesuai dijalankan bagi sesebuah negara bagi menjalankan hukuman terhadap pesalah2.

Pelbagai pihak yang melatah apabila isu ini diketengahkan, jika PAS ingin menggunakan hukum hudud apabila menduduki Putrajaya apa salahnya jika Malaysia ini agama rasminya Agama Islam. Kenapa perlu berdoal dalih terhadap isu ini. Kenapa Karpal Singh perlu melatah dalam isu ini? Hukum hudud ini bukan hukum yang menyelewengkan manusia tapi mengajar manusia dalam membentuk sahsiah diri. Lagipun usaha PAS dalam isu ini adalah untuk dilaksanakan kepada orang Islam dahulu dan kemudiannya baru kepada agama lain jika hukum ini munasabah dijalankan.

Hukum hudud bukanlah satu hukum yang suka2 untuk memotong tangan orang, memalukan orang dan sebagainya. Bukan lah seperti yang dikatakan oleh Ustazah Masyitah dalam isu ini bahawa hukum hudud sesuatu hukum yang tidak teliti. Hukum hudud adalah perkara yang paling teliti kerana jika hendak sabitkan kesalahan terhadap seseorang ia perlu bukti dan saksi dan bukan boleh menjatuhkan hukuman sesuka hati. Apa yang saya tahu ia memerlukan 3 orang saksi dan beberapa syarat yang lain. Hukuman juga ditentukan oleh kesalahan yang dilakukan bukan mencuri semuanya potong tangan. Jika betul kesalahan yang dilakukan oleh pesalah barulah hukuman dilaksanakan. Perkara ini perlu diperbetulkan oleh para ulama dan jangan disebabkan oleh politik hukum hudud ini disalah tafsir.

Adakah hukum hudud ini tidak bagus untuk dijalankan dan mengadili sesuatu hukuman? Cuba fikirkan lah jika seseorang yang bersalah menjalani hukuman potong tangan selepas didapati mencuri. Maka adakah orang yang melihat tidak insaf? Adakah ini tidak menggerunkan orang lain yang melihatnya. Memang perkara mengaibkan orang tetapi kalau tidak mahu diaibkan jangan lah mencuri atau membuat salah. Bukankah kita hidup di dunia ini untuk melakukan kebaikan? Cuba fikirlah wahai pemimpin yang buta terutama yang nampak hukum hudud ini memberatkan. Jika anda tidak buat salah perlukah anda takut dengan hukum hudud?

Oleh itu nasihat saya jika lihat pada luaran sahaja tetapi kaji dan selidiklah dahulu. Pepatah Inggeris mengatakan "Don't judge the book by its' cover".

Sekian

Khamis, 15 Januari 2009

Perjalanan Ke Hanoi, Vietnam


Salam,

Pada posting kali ni saya ingin berkongsi pengalaman saya berada di Hanoi, Vietnam. Cerita ini dah lama sebab tarikh saya pergi itu adalah pada bulan Disember 2008. Tapi saya ingin berkongsi pengalaman berada di sana. Hanoi adalah ibu kota bagi negara Vietnam tapi saya ingatkan kepada anda bahawa mereka ni adalah negara komunis kerana gaya hidup dan pembangunan di sana memang menunjukkan gaya soviet.



Saya di sana atas menghadiri persidangan di Hanoi University of Technology (HUT) bagi membentangkan kertas kajian saya. Hanoi mempunyai udara lembap dan suhu diantara 20- 22 darjah celcius jadi saya di sana macam berada di dalam makmal di UTM. Di sana turun sahaja dari kapal terbang anda akan melihat lapangan terbang yang agak sunyi berbanding dengan Malaysia di mana KLIA dan LCCT agak sibuk juga. Saya menaiki kereta sewa ke bandar Hanoi yang jauhnya 35km dari lapangan terbang tadi. Di dalam kerete sewa itu, saya berkenalan dengan pemandu dengan pembantu pemandu itu yang sebaya dengan saya. Mereka juga yang membawa saya berjalan-jalan di bandar Hanoi pada hari pertama. Dengan bayaran 30 USD mereka bawa ke tempat-tempat yang biasa dikunjungi oleh pelancong.

Antara tempat yang di bawa adalah tasik yang berada di tengah bandar, tokong-tokong dan beberapa tempat sejarah seperti penjara dan beberapa tugu di sana (lupa nama tempat). Tempat membeli belah susah juga untuk mencari dan kelemahan orang Vietnam adalah mereka tidak tahu berbahasa Inggeris jadi agak sukar untuk ke mana-mana jadi bila malam saya hanya duduk di dalam hotel sambil membuat persiapan bagi persidangan itu. Di sana pada pukul 8.00 kawasan bandar sudah mulai sunyi cuma kedengaran bunyi kenderaan dan hon kereta atau motor kerana di sana mereka suka bermain hon kerana mungkin kenderaan di jalan raya di sana tidak akan bergerak kalau bunyi hon tiada.



Berjalan kaki di sana agak menyusahkan kerana keadaan kaki lima yang kotor dan berhabuk tapi nasib baik tidak berpeluh. Di sana anda boleh memilih sama ada menaiki teksi atau motor yang bertukar menjadi teksi. Tetapi melihat keadaan di sana saya bersyukur hidup di bumi Malaysia yang bertuah kerana bandar Hanoi adalah bersamaan dengan zaman 80-an di Malaysia. Ok lah jika anda hendak ke Vietnam nasihat saya belilah peta sebelum pergi kerana ia akan membantu anda. Sekian sahaja posting kali ini

Selasa, 13 Januari 2009

Pakatan Malaysia

Salam semua,

Posting kali ini adalah untuk mengucapkan tahniah kepada pemimpin yang berada di Malaysia yang sangat prihatin terhadap isu di Palestin. Saya mengharapkan agar apa yang telah di usul di parlimen semalam akan disokong oleh semua pihak bagi menyelamatkan penduduk Palestin yang menghadapi kekejaman Yahudi yang selama 60 tahun menduduki dan mengecam Palestin.

Diharap agar rakyat Malaysia bersatu dalam perkara ini, kita berdoa memohon pada yang Maha berkuasa agar penduduk Palestin selamat dan memenangkan pejuang-pejuang Palestin dalam peperangan menentang Yahudi. Kita juga boleh memboikot barang-barang makanan dan barang keperluan yang menyumbang kepada ekonomi Amerika dan Yahudi. Di bawah saya akan menyediakan gambaran untuk anda lihat barangan yang boleh diboikot, usaha ini akan sedikit sebanyak membantu rakyat Palestin dan menjatuhkan ekonomi Amerika dan Israel. Beramai-ramailah kita dalam menjayakan usaha ini. Allahuakbhar

Sekian, wasalam

Rabu, 7 Januari 2009

Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan


Salam pembaca,

Hari ini penulisan saya adalah mengenai perjuangan bahasa kebangsaan kita bahasa Malaysia. Seperti mana yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia, bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia. Apa yang menghairankan adalah kenapa perkara ini dipertikaikan oleh ramai pihak, terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran?

Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa seperti GAPENA dalam memperjuangkan bahasa Malaysia supaya ia menjadi bahasa rasmi dalam urusan rasmi di Malaysia. Walaupun tindakan menyaman kerajaan terhadap isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris agak terlambat. Walaupun ia telah lama dilaungkan oleh pihak pembangkang. Namun saya memuji juga tindakan ini agar kerajaan merasa bertimbang rasa dalam membuat keputusan terhadap hala tuju rakyat. Namun masih ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah mencemarkan bahasa ini, dengan cara menukarkan bahasa sistem pembelajaran dari bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris. Adakah Bahasa Malaysia ini telah di "double standard" kan atau dianggap sudah tidak menjadi bahasa yang relevan dalam bidang pembelajaran? Adakah ada pihak yang hendak mengambil keuntungan dalam perkara ini?

Memang betul bahasa Inggeris adalah bahasa yang sangat diperlukan di dalam bidang pekerjaan terutama di peringkat antarabangsa. Namun adakah bahasa Malaysia juga tidak boleh bersaing di peringkat antarabangsa? Bagaimana pula dengan bahasa Melayu semasa di pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang mengiktiraf bahasa Melayu sebagai linguafranca?

Namun sekarang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pula sedang merangka pembelajaran Matematik dan Sains menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Dengan tindakan begini pelbagai kesan buruk yang akan melanda di dalam bidang pembelajaran di sekolah terutama di peringkat sekolah rendah. Antara kesan buruk yang boleh saya nyatakan adalah:

1. Masalah akan muncul di sekolah rendah dimana kebanyakan murid-murid masih lagi dalam proses pembelajaran untuk memahami asas kepada ilmu pengetahuan. Jika budak dari bandar bagi saya tidak hairan la mereka boleh memahami bahasa Inggeris kerana tahap pendidikan ibubapa mereka yang kebanyakan yang berpelajaran. Bagaimana pula dengan pelajar kampung yang ada diantara mereka sehingga darjah 6 pun masih ada yang belum boleh membaca.

2. Dengan pengajaran dalam bahasa Inggeris, secara tidak langsung ia akan berkait dengan budaya kepada seseorang murid. Saya melihat kanak-kanak sekarang masih lagi tidak mempunyai adab seorang muslim dam melayu di dalam diri masing-masing. Ini kerana mereka merasakan jika bahasa Malaysia di "double standard" kan, bagaimana pun dengan adab Islam dan Melayu. Ini secara tidak langsung akan menjadikan mereka mengagung-agungkan budaya barat yang selama ini dapat dilihat di sekolah dan kaca televisyen.

Ini adalah dua alasan kukuh yang saya rasa seharusnya membubarkan pembelajaran di dalam bahasa Inggeris harus dimansuhkan di peringkat awalan. Secara tidak langsung ia juga akan mendatangkan kesan buruk kepada akhlak generasi muda. Saya cadangkan jika hendak melakukan juga pembelajaran Bahasa Inggeris ini, harap ia dapat dilakukan kepada pelajar sekolah menengah dan pelajar universiti bagi mempelajari bahasa Inggeris kerana saya rasakan pada tahap ini pelajar matang dalam menentukan perkara yang baik dan buruk dalam menentukan hal hidup masing-masing. Sekian.

Oleh itu, majulah bahasa unutk bangsa.

Khamis, 1 Januari 2009

Salam Tahun Baru


Assalamualaikum.....

Salam tahun baru 2009 dan tidak terlambat rasanya saya mengucapkan salam maal hijrah kepada pembaca semua. Alhamdulillah kerana kita masih lagi berada di tahun 2009 dan hidup aman dan tenteram di Malaysia ini. Pada malam 31 Disember 2009, dikala kita di Malaysia sedang sibuk membuat persiapan untuk meraikan tahun baru dengan menghadiri konsert dan kelab-kelab malam. Kita tidak ambil peduli tentang apa yang terjadi dengan saudara-saudara seagama kita yang berada di Palestine yang sedang bergelut dalam memperjuangkan hak mereka dalam memerdekakan agama, bangsa dan negera.

Saya amat gembira kerana masih ada NGO dan persatuan yang lain yang masih lagi mengingati dan mengadakan ceramah-ceramah dan aktiviti yang membantu rakyat di Palestine ini. Syabas kepada JIM dan NGO lain yang mengadakan solat hajat dan ceramah mengenai penderitaan rakyat Palestine ini. Semoga Allah membantu kamu. Amin.

Saya berasa hairan terhadap apa yang dilakukan oleh OIC terhadap isu Palestine ini. Bagi saya namanya kononnya cukup gah dengan Malaysia menjadi presiden di persidangan tersebut. Tetapi apa yang dilakukan oleh OIC dalam menyelamatkan saudara se-Islamnya di Palestine baik bubarkan sahaja jika OIC hanya duduk mengampu dan bertempik didalam mesyuarat tetapi tidak memberikan kesan terhadap tindakan Israel jahanam dan sekutunya Amerika Syarikat. Apa guna pemimpin-pemimpin Islam ini?

Saya cukup marah dengan sikap pemimpin Fatah yang tidak langsung faham dan ambil kisah terhadap penderitaan bangsa dan negara mereka sendiri. Tidakkah mereka sedar bahawa Israel dan Amerika yang mereka sokong itu adalah bangsa yang hipokrit dan telah menjajah negara mereka yang dahulu luas dan sekarang hanya tinggal 20% sahaja. Bayangkan Gaza yang tanahnya itu sebesarnya Pontian itu dihujani bedilan roket dan bom? Dengan berlakunya sekatan dari segi perubatan dan makanan yang menyebabkan kanak-kanak kebuluran dan pesakit tidak dapat dirawat. Bayangkan bagaimana rakyat yang tinggal didalamnya?

Oleh itu saya menyeru kepada pembaca agar sama-sama membantu dalam meringankan beban seperti menderma, sebarkan berita mengenai Palestine ini dan sama-sama berdoa agar saudara kita di sana dijauhkan dari bala ini dan di selamatkan dari tentara Israel laknatullah. Sumbanglah sedikit dan jangan sampai di akhirat nanti Allah bertanya kepada kita apa yang kita lakukan dikala saudara seagama kita di Palestine sedang bergelut dengan musuh Islam?

Semoga posting kali ini memberikan iktibar kepada saya dan saudara semua. Akhir dari saya dengarlah nasyid dari kanak-kanak di Palestine ini terhadap penderitaan mereka di sana. Akhir kata dari saya agar janganlah kita berasa terlampau selesa dan fikir2 lah mengenai penderitaan terhadap orang lain yang berada di dalam kesusahan.

Wasalam