Isnin, 19 Januari 2009

Tahniah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca,

Saya ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan calon PAS Yang Berhormat Mohd Abdul Wahid Endut di Kuala Terengganu, Terengganu. Kejayaan ini membuktikan bahawa pengundi semakin menunjukkan kuasanya untuk memilih parti bagi memerintah kawasan parlimen P36. Kepada yang kalah harap dapat perbaiki kelemahan yang ada.

Saya merasakan kemenangan ini adalah berpunca daripada rakyat yang ingin menunjukkan protes terhadap kerajaan yang sedia ada dan memberi amaran kepada kerajaan sekiranya mereka tidak membuat perubahan maka kuasa rakyat akan menggulingkan mereka.

Banyak isu yang telah wujud semasa pilihanraya ini berjalan. Namun isu-isu ini adalah penyumbang kepada kekalahan BN yang menyebabkan rakyat bosan mendengarnya. Dengan media-media luar seperti TV3, Utusan Melayu dan Berita Harian yang mereka-reka cerita terhadap isu yang remeh seperti hukum hudud, ketuanan Melayu dan macam-macam lagi di pilihanraya ini.

Saya mengharapkan agar rakyat akan lebih peka terhadap isu-isu politik di negara kita dan memberi kesedaran kepada kerajaan sekarang supaya menyedari kuasa rakyat yang semakin membara. Sekian.

Hidup3x rakyat

1 ulasan:

aramisz ``^_^ berkata...

errmm mgikut kiraan golongan muda yang ramai menyumbang kepada kemenangan ni...bagus laa da ramai young generation dapat kesedaran...yang tinggal tok nek2 yang tak sesedor gik