Khamis, 27 September 2012

Keeway Dorado 250

Assalam semua,

Citer pasal nak beli motor berkuasa tinggi ni dah lapuk dah dalam diari hidup aku, yer la kalo tgk entri2 lepas mmg ada gak aku citer pasal nak tunai impian aku. So aku tercari2 sehingga skrg. last2 jumpa kat mudah, satu iklan motor dari syarikat V Power kat area Gombak ni. Aku ni mmg minat motor easyrider sebb style la mcm Ghost Rider, hehehe. tak pe la janji dapat rasa gak, sbb kalo dah kawin jgn harap dpt rasa plak. mcm2 nak tanggung.


Last2 atas nasihat dan komen2, aku berdegil gak amik motor jenis Keeway Dorado 250. Ok gak la jenis 250cc. harga pun dalam 13K, boleh la bagi beginner bagi aku yang nak bawak motor besar ni. Boleh la, nak bayar ansuran bulanan dengan menggunakan loan TM.

Motor ni adalah buatan dari company China yang mana ia telah mengambil teknologi dari syarikat Itali iaitu Benelli satu nama yang tidak asing dari dunia permotoran. Ikut citer, Benelli ni dah beroperasi selama lebih seratus tahun, so dah terumbang ambing gak company ni dan at last Keeway ni pun beli. So Keeway ni pun perbesarkan pasaran motor Keeway berteknologi Benelli serta produk Benelli. So, Keeway dah bukak kilang pemasangan di Bukit Beruntung, Rawang. So, bagi aku spare part untuk motor ni senang nak cari di area KL/Selangor. Boleh klik link Keeway Malaysia untuk tgk produk motor yang lain. Buat masa ni aku puas hati la dgn design tapi bunyi motor ni pun aku cari kat Google jer. So, mungkin minggu depan dapat la motor ni sebb minggu ni aku kene settle kan dokumen perjanjian dan geran motor. Lepas tu tunggu payment dan boleh la aku naik motor idaman aku ni.

Budak2 office dah ajak gerak konvoi beramai2 ke Kuala Sepetang, Perak untuk makan mee udang. Pergh kalo jadi mmg best la, hehehehe. Sesiapa yang berminat untuk produk Keeway atau Benelli ini, boleh la tgk2 kat Kilang Keeway kat Bukit Beruntung atau kat authorized dealers kat bawah ni.


Khamis, 13 September 2012

Kad kene telan plak

Assalam.....

Tahun ni raya aku byk jugak menggunakan duit gaji aku, dah la gaji bulan 8 kuar awal pastu nak tunggu bulan 9 punya gaji plak. Aduhhhh bencintanyaaa. Lambat sgt aku tunggu smpi kering akaun aku, terpaksa korek akaun lain. huhuhu.

Kali ni plak, aku dah terbayar kad kredit aku awal sebelum statement date. padahal aku bayar masa tu untuk  next month, so terpaksa aku bayar kali kedua kad kredit aku before due date. Kalo tak interest yang sakit tu nak tanggung. So kepada sesiapa nak guna kredit kad kene la ikut jadual. Pastikan statement date and payment date tu betul mengikut jadual anda.

Lepas aku bayar, aku pun gatal la untuk set telebanking pin kat atm machine HSBC. Try punya try last2 kad aku kene telan, adussss. So, bagus gak kene telan. At least aku dah tak guna kad kredit aku selama bape hari. Hehehehe. Tapi hidup kene disiplinkan diri, pandai pakai pandai bayar.

P/S: Entry lepas, office aku wat persiapan TM Raya Merdeka. Office aku dapat masuk final so esok akan umumkan pemenang kat Menara TM. Harap menang la. Hehehehe

Khamis, 6 September 2012

TM Raya Merdeka 2012

Office aku agak busy sikit pada minggu lepas, sebb mcm2 yang hendak buat apabila bos besar minta masuk pertandingan TM Raya Merdeka 2012. So satu office duk la hias dengan konsep rumah desa beraya dengan TM.

Daripada konsep ini, pergi la cari buluh, atap rembia, barang2 rumah, kain batik, pelita raya, patung kat TM Point, barang2 antik yang mana semuanya dijadikan hiasan demi pertandingan tersebut.

Bendera dipasang, gambar dilekat, dinding plak diketuk dengan paku so jadi lah ia seperti didalam gambar. so nampak cantik la, so semangat sikit la nak masuk office bila ada deko yang cantik mcm ni.

So kepada sesiapa staff TM yang nak vote untuk office aku ni, boleh la buka 1intra pastu cari link TM Raya Merdeka 2012 pastu cari uploader nama Mohd Fauzi Mohd Salleh. Korang vote la dapat 5 bintang. hehehehe.

Sekian terima kasih.

Main Bowling..... Strike

Assalamualaikum wbt,

Lepas abis master ni, aku agak bosan bila dah takde assignment nak kene buat, paper work nak kene buat, kerja office pun byk aku dah siapkan. So bosan gak la, jadi aku cadangkan kat family besar aku, yang aku nak wat tournament bowling pada minggu depan.



So sejak akhir2 ni, rajin la aku practice bowling hari2 kat area Bukit Jalil ngan ayah aku yang jugak salah seorang peserta utk tournament kali ini. Bukan apa, kira ada geng jugak la nak baling daripada main sorang2. So bila main bowling ni, ko kira mcm angkat dumbbell dan ini menyebabkan otot2 tangan kanan aku jadi keras. hehehe.

 

So kat atas ni score aku masa main aritu, boleh tahan la. Aku blaja main bowling ni pun masa masuk TM, manager aku yang ajar. Tq Kak Lin (wakil Ibu Pejabat TM, so mmg terror la). So lepas ni tunggu la tournament tu nanti. apa2 hal aku update result. hehehhe