Selasa, 31 Ogos 2010

Aku tak faham, apa benda yang ko bising. Bodoh?

Hari ini pada tanggal 31 Ogos 2010, ia tarikh di mana kita menyambut kemerdekaan yang ke 53. tapi aku masih bengang dengan sikap orang Malaysia yang tak habis2 dengan sikap yang tidak menunjukkan kemerdekaan yang telah 53 tahun berlalu. Mana taknya semalam, waktu aku nak masuk tidur masih lagi kedengaran bunyi2 "ramp" motorsikal yang kuat dari depan rumah aku. sekali lagi yang memalukan kita ialah budak melayu. Melayu oh melayu kenapa ko layu. orang lain dah ke depan tapi ko masih ke belakang dan terus mundur dari zaman globalisasi ini.

Bila ditegur ko marah, bila dimaki ko naik angin, itulah sikap budak2 sekarang yang tidak boleh ditegur dan semakin ditegur semakin menjadi2. Apa punca perkara ini? adakah sebab pemimpin negara, mak bapak, cikgu atau diri sendiri yang tak betul? Baru pakai motor pinjam ko dah berlagak macam pakai motor besar, ramp sana, ramp sini last2 minyak abis. aku memang benci betul budak bodoh macam ni. tak de otak.

Sekarang ni kat berita terutama berita UMNGOK, makin menjadi2 isu perkauman dan agama dimainkan. Aku tak faham perkara ni, kita dah 53 tahun merdeka kenapa masih lagi korang nak mainkan isu kaum. Woit tak de otak ke? Isu agama pun jadi masalah gak, bukan ke ramai ulama' dan ustaz kat Malaysia ni apa kata korang duduk semeja berbincang dengan isu ini. Tapi tak faham sebab politik, ustaz jadi bangang, rakyat jadi bangang pastu pemimpin yang bangang duduk gelak sampai jadi bangang.

Tapi aku setuju dengan Ustaz Asri dengan artikel dia, kita sebagai umat Islam ini sepatutnya menjadi contoh kepada agama lain atau kaum lain. Jadi cara hidup kita perlu memberi kesan kepada orang lain, tak perlu sampai orang kata Islam ni jumud dan kejam. Siapa kata dalam Islam tak boleh mendoakan orang bukan Islam? Rasulullah juga pernah mendoakan agar orang kafir dalam sejahtera dan dibuka pintu hati untuk Islam. Benda ini tak salah, jangankan sebab ko nak menang pilihanraya ko songsang semua yang betul jadi salah. Tindakan khatib yang baca doa tu tak salah, cuba tgk balik doa yang dibacakan tu, doa tu sebenarnya menyeluruh untuk semua pemimpin Islam dan bukan Islam.

Orang kafir masuk masjid pun tak salah, sebab Islam ini terbuka kepada sesiapa sahaja, tapi mungkin ahli parlimen serdang tu cuma perlu lebih sopan dalam pemakaian tapi tak pe dia pun mungkin kali pertama masuk surau. cuma kita sebagai umat Islam, perlu nasihat menasihati semoga yang bukan Islam ini faham apa yang tidak patut dan patut dilakukan didalam masjid atau surau. Kadang2 kita yang Islam ni pun masih ada yang tak menghormati surau dan masjid sebagai tempat ibadah.

P/S: Kita sepatutnya menjadikan surau dan masjid sebagai tempat untuk melakukan aktiviti yang sihat dan baik untuk masyarakat. Tidak tidak perlu jumud sehingga meletakkan masjid dan surau sebagai tempat ibadah sahaja. Banyak perkara yang boleh dilakukan di masjid atau surau, aku rasa kalo nak buat senaman aerobik pun bagus untuk semua agama dan kaum. Ini secara tidak langsung mendekatkan golongan muda dan orang bukan Islam mendekati dan memahami apa itu Islam. Jangan kita mengambil tindakan bodh dan jadi bodoh sampai menggadaikan maruah agama dan bangsa. Baik tak yah jadi pemimpin

Rabu, 11 Ogos 2010

Renungan bulan puasa

Salam pembaca,

Hari ini dah masuk hari pertama dalam bulan Ramadhan, so ni kali kedua aku berpuasa di Kuala Lumpur dan sebagai seorang pekerja. Semalam aku berjaya jugak sembahyang terawaih kat Masjid Bandar Tasik Selatan dan semasa menuju ke masjid aku tertawa terhadap diri sendiri. Yer la mana taknya, bila sembahyang terawih baru la nampak muka kat masjid kalo tak batang hidung pun tak nampak. Kadang2 rasa malu pun ada nak menjengah takut ada yang bertanya "Duk sini ke? Tak pernah nampak pun kat masjid ni". Tapi tak pe, aku teruskan gak pergi sembahyang di masjid dan On the way nak pergi masjid tu, berduyun2 org dtg nak bersembahyang terawih dan tiba2 masjid tu penuh macam org sembahyang jumaat.

On the way jalan ke masjid ni terdengar geng budak2 yang memperli sesama sendiri pasal solat ni. Salah satu ayat diorg "Poyo la, sembahyang wajib ko tak buat, tapi sembahyang terawih bukan main sibuk ko". Tapi aku rasa betul jugak ckp budak tu mana taknya, orang zaman sekarang ni pelik betul. Diorg ni lebih utamakan yang sunat dari yang wajib. Contoh dalam bab sembahyang. Sembahnyang fardhu ko tak nak buat tapi bila time puasa ko puasa then bila time sembahyang terawih sibuk jugak ko dtg. Bukanlah hendak ckp poyo tapi tak ada gunanya kalo berpuasa bagai nak rak, sembahyang tearawih tunggang terbalik  tapi solat fardhu lima waktu ko tak sempurnakan dan kadang2 tu ada lobang2 lagi.

So, diharapkan bulan puasa ni kepada yang hendak berubah teruskan niat tu dan jangan jadi mcm mat jenin.Ok la, ucapan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa.

Khamis, 5 Ogos 2010

Blaja blaja blaja

Salam,

 Untuk sekian kalinya, aku meneruskan pembelajaran aku di peringkat Sarjana, tapi kali ni bukan di UTM tapi di UPM. Minggu ni minggu ke 4 dan masih dalam proses hendak mengenal rakan2 tmpat belaja aku ni. Tapi tak pe ni suma proses untuk blaja tentang hidup. Kat UPM ni sangat berbeza dengan UTM tempat aku belajar dahulu. Kat sini lecturer sangat ok dan motivate kita setiap kali dtg kelas, tapi apa yang best diorg sangat galakkan pelajar diorg buat Master by research atau PhD.

Diorg akan bagi motivasi dan solution untuk pelajar tu nampak apa yang hendak dibuat sehingga student mereka berjaya. Jadi tak hairan la kalo UPM dari segi research diorg lagi berjaya dari UTM. diorg menggalakkan pelajar mereka dan bukan kondem pelajar. Aku sangat respect lecturer kat sini rasa mcm nak buat research balik.


Gambar kali, aku nak tunjuk piala aku menang bowling tapi tempat ke 9. tak menang pun tapi at least boleh dibanggakan jugak la.hahhah. kat TM ni permainan bowling ni mcm sinonim dengan gaya sukan diorg jadi aku kene mencebur kan diri dalam bidang sukan ini. hahhaha

Kenapa tension aku bertambah?


Salam pembaca,

Agak lama jugak aku tak update blog aku ni, maklum la skang ni agak busy berbanding dahulu, balik rumah lepak jer. tak de masalah nak update blog. Sekarang ni dengan sambung blaja n kerja kat office yang berlambak2 menyebabkan aku agak surrender gak la.

Dulu masa aku belajar, aku rasa aku nak kerja ngan swasta n tak kerja ngan kerajaan atau GLC yang sangat memboringkan. Bagi aku takde apa yang boleh buat dan mungkin kalo kerja hanya duduk rilek dan tunggu waktu nak balik kerja. Tapi bila dah bekerja dengan TM ni, aku sedar kerja ngan TM ni tak mcm persepsi aku yang dulu. Lagi mencabar fizikal dan minda aku ini. Letih jugak la sampai kadang2 aku rasa mcm nak berenti. Tapi kadang2 ok gak kerja kat TM sebab enviroment yang best kene dengan jiwa aku.

Namun hidup perlu diteruskan, walaupun aku tau banyak agenda yang menanti aku dimasa akan datang. kat TM, aku lebih kepada develop system for supporting business untuk division aku. Tapi yang meletihkan adalah segala yang dibuat tak mengikut hukum 'Software Engineering'. Maksud aku kat sini adalah melanggar etika untuk membuat sistem. jadi ia menyebabkan system developer kelam kabut. bayangkan diorg bagi masa dalam 1 bulan untuk siapkan sistem from scratch to complete. Giler ke apa?

Jadi dalam proses ni habis teruk aku kene, kene maki la, kene pressure la, dan mcm2 la tapi aku learn from the best untuk lepaskan tekanan tu. Ni kata2 dari seorang manager masa aku gi kursus iaitu "Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri". Mula2 memang susah sebab aku ni jenis concern apa orang cakap tapi at last aku terima gak masuk dalam otak aku ni. kalo tak hari2 aku pressure. Mana taknya dengan kelas Master aku, pastu dengan kerja lagi, last aku tension gak la.

P/S: Jadi nasihat aku kat sini, kalo tension tu pandai2 la cari tempat utk lepaskan kemarahan tu. Macam aku, kat office aku ni ada tempat untuk ping pong jadi skang ni aku dah blaja sikit2 tentang ping pong. Jadi bila geram jer aku smash la bola ping pong tu. hahhahah