Rabu, 15 Ogos 2012

Usaha yang berhasil

Assalam semua,

Akhirnya penantian untuk bergelar "Master" berakhir sebab nama aku dah senarai dalam "List of Senate for 36th UPM Convocation 2012" yang mana dah diluluskan pada mesyuarat senat yang ke 568 pada 9 Ogos 2012. Yuhuuuuuuuuu.


Skang ni aku nak kene fikir nak amik jubah dan fotografi, pembayaran RM 200 dah settled. Cuma tunggu surat jer la dari pihak UPM mengenai konvokesyen ni. Perghhh mmg best sgt2. hehehe.

Selasa, 14 Ogos 2012

Olimpik oh olimpik

Assalam semua,

Olimpik 2012 pada tahun ni dikira agak cemerlang dengan atlit2 kita berjaya merangkul satu perak dan satu gangsa sambil menempa nama dalam kelompok terbaik dunia. Namun bagi aku ia agak baik jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu sebab tahun ni bonus kepada Pandelela yang berjaya meraih gangsa dalam acara terjun. Ucapan tahniah kepada beliau dan Datuk Lee Chong Wei (DLCW) yang berjaya meraih pingat Perak kedua bagi acara badminton.

Walaupun hari tu aku solat terawih lewat dan bersendirian slepas melihat kekalahan DLCW menentang Lin Dan. Sememangnya Lin Dan dapat mengatasi ketangkasan DLCW serta mengawal gelanggang dengan baik sekali. Tak pe la, kali ini ucapan Semoga Berjaya kepada atlit2 paralimpik kita semoga berjaya dalam Paralimpik 2012. Semoga dapat mengutip banyak pingat dalam kejohanan kali ini.

Posting kali ini, nak tunjuk gambar2 lama Olimpik 1908 di London. Fuh lama tu, memang classic abih. hehehhe

P/S: Kali ni banyak betul spekulasi mengenai persembahan pembukaan, logo dan maskot Olimpik 2012 yang mempunyai unsur2 Freemason (bagi pendapat aku la). Doakan agar kita dijauhi oleh fitnah2 Dajjal. Inshallah.



Sabtu, 11 Ogos 2012

Iklan raya Bernas 2012


Assalam semua,

Puasa kali ni alhamdulillah aku dapat jalaninya dengan baik sekali. Alhamdulillah syukur kepadaNya atas rahmat yang diberikan utk berpuasa selama sebulan. Puasa kali ni aku rasa kene berdiet la, sahur jer makan sikit jer sbb minggu pertama puasa aritu badan makin naik, bukan makin turun sebb byk makan n tidur. kali ni aku ubah la. Alhamdulillah la turun sikit berat badan aku 3 kg. hehehe

Tapi posting kali ni aku nak review iklan raya dari BERNAS iaitu syarikat Beras Nasional. Bagi aku iklan ni paling bermakna utk kita yang ada ibu bapa supaya hargai ibu bapa kita. Kalo diluar iklan, aku respek gak kat budak2 yatim piatu ni sbb boleh berdikari walaupun ibu bapa tiada. Iklan ni kisah kan sorang budak pekak n bisu yang ingin nak lawat kubur mak dia. dia ada kawan yang buta so dia minta kawan buta ni teman dia balik kmpg kat segamat.

Bermula la perjalanan dua org hamba Allah ini menuju ke kampung si bisu n pekak ini. Namun perjalanan nya mengalami pelbagai dugaan, akhrinya sampai ke kampung dan melawat kubur mak si bisu n pekak ni.