Khamis, 30 Julai 2009

Utusan Meloya

Rujukan: http://www.malaysiakini.com/news/109538

Salam pembaca,

Sepertimana yang kita tahu, Utusan Meloya aka Utusan Melayu akhirnya meminta maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Aziz di ruangan media utama sama ada di dada akhbar ataupun ruangan siber. Ini adalah mengenai percakapan Tuan Guru terhadap perpaduan diantara kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan pusat yang telah diputarbelit oleh pihak media terutama media2 UMNO.

Media2 UMNO ini telah menambahkan bara, kayu, arang dan minyak dalam menambahkan kemarahan dan salah faham di dalam PAS sendiri. Ini cara yang amat kotor yang digunakan oleh media2 UMNO dalam memperbodohkan orang Melayu. Namun kelantangan Tuan Guru Nik Aziz dalam memperjuangkan hak beliau dengan menyaman pihak Utusan Meloya adalah tindakan yang berani hingga menyebabkan Utusan Meloya memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz.

P/S: Kepada pihak2 media BN ni sudah2 lah nak memecah-belahkan parti orang, jaga tepi kain pemimpin BN yang banyak korupsi dan pecah amanah. Dedahkan yang sebenarkan.

Selasa, 28 Julai 2009

Kematian Teoh Beng Hock

Salam pembaca,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan takziah atas kematian Teoh Beng Hock kepada keluarga mendiang. Kematian setiausaha politik ini telah mengemparkan Malaysia kerana cara kematian mendiang sangat diragui oleh pihak pembangkang dan orang ramai. Mayat mendiang ditemui di bumbung bangunan SPRM Selangor dan dipercayai mayatnya telah jatuh dari tingkat 14 dari bangunan tersebut. Ini kerana mendiang dipercayai hadir ke bangunan SPRM untuk memberi keterangan terhadap isu rasuah yang dikenakan ke atas beliau. Ia berhubung dakwaan penyelewengan peruntukan kepada ADUN di Selangor.

Melalui pembacaan saya, pelbagai tanggapan dan andaian yang telah dibuat terhadap kes ini kerana cara kematian yang pelik. Antara faktor pelik yang timbul adalah:

1. Baju dan seluar mendiang telah terkoyak. Ini sangat pelik kerana mayat jika jatuh dari bangunan tinggi pun takkan terkoyak macam pakaian yang dipukul orang.
2. Mayat mendiang masih memegang pemegang cermin bangunan ketika dijumpai. Ada mengatakan beliau membunuh diri dan ada yang mengatakan beliau dipukul dan di campakkan ke luar bangunan. Namun ia masih belum dapat dipastikan.
3. Kedudukan semasa jatuh dari bangunan juga amat pelik kerana ia mengiring ke sebelah kanan.
4. Timbul juga tanda tanya mengapa soal siasat terhadap Teoh dilakukan hingga ke 3.45 pagi.

Namun, sekarang rakyat Malaysia masih menunggu keputusan siasatan dari pihak polis dan pihak kerajaan telah menubuhkan inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh.

Jumaat, 24 Julai 2009

Datuk Aku


Salam,

Tergerak hati nak cari maklumat tentang datuk aku di Internet dan tidak sangka pula banyak maklumat pasal dia. Ruangan kali ini adalah untuk memberi penghargaan kepada datuk aku yang telah menyumbangkan jasa beliau untuk mendapatkan kemerdekaan Malaysia dan berjaya memperjuangkan bahasa dan bangsa Melayu. Oleh itu, aku hendak memaparkan biografi beliau di ruangan kali ini.

Datuk Wira Haji Borhan bin Md. Yaman

Datuk Wira Haji Borhan bin Md Yaman dilahirkan pada 12 Julai 1930 di Kampung Lubuk Redan, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lubuk Redan dari tahun 1935 hingga 1941 dan Sekolah Melayu Kuala Sungai Baru dari tahun 1941 hingga 1946. Beliau menerima altihan formal keguruan melalui Kursus T.U.O.S (Teacher Under Others Scheme) 1948 - 1951 di Maktab Perguruan Bahasa, Johor Bahru. Beliau pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Melayu Kuala Sungai Baru (1946 - 1951). Sekolah Melayu Lubuk Redan (1952 - 1954), Sekolah Melayu Parit Melaka (1954 - 1956), Sekolah Melayu Limbongan (1956 - 1957), SMJK Pay Fong (1959 - 1961), SMJK Yok Bin (1962 - 1964) dan Sekolah Hendry Gurney (2) Bandar Hilir, Melaka (1974 -1984). Kementerian Pembangunan Negara dan Bandar pernah melantik beliau sebagai Pengelola Pelajaran Dewasa Negeri Melaka dari tahun 1964 hingga 1970.

Datuk Wira Haji Borhan adalah seorang pejuang kemerdekaan dan berjiwa patriotik. Beliau menyemai semangat patriotik melalui karya-karyanya yang tersiar di akhbar dan majalah semenjak zaman prakemerdekaan lagi. Antara sajak ciptaannya ialah Rela Membela (1951), Pemuda Seruanku (1952), Tunaikan Kewajipan (1953), Lambang Kota Melaka (1954), Penganjur (1954) dan Manifesta Palsu (1954). Di samping itu beliau juga menulis artikel dalam beberapa penerbitan seperti Panduan Hidup (1952), Buku Bacaan di Sekolah Melayu (1952) dan Kecerdasan Akal Wanita (1953). Antara media massa yang banyak menyiarkan karyanya ialah Majalah Guru dan Akhbar Merdeka. Sifat gemar membacanya mendorong beliau menyediakan ruang perpustakaan mini dirumahnya yang mengandungi sebanyak 2,160 buku koleksi semenjak zaman mudanya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia.

Atas jasanya yang telah ditaburkan, beliau telah dianugerahi pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada tahun 1963. Darjah Mulia Seri Melaka (D.M>S.M) pada tahun 1980 dan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) pada tahun 2001. Jabatan Pelajaran Melaka juga telah mengiktirafnya sebagai Tokoh Guru Negeri Melaka pada tahun 1989. Beliau juga menerima Anugerah Tokoh Budaya Negeri Melaka pada tahun 1997 dan Anugerah Dharma Bakti Gapena pada tahun 2002.

Rabu, 22 Julai 2009

Tahniah PAS

Salam pembaca,

Minta maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini kerana ada banyak kerja yang perlu dilakukan dan diselesaikan. Pada ruangan ini ingin mengucapkan tahniah kepada PR dan BN kerana telah berjaya dalam kejayaan masing2.

Seperti mana yang kita tahu Manek Urai telah dimenangi oleh PAS namun dengan sedikit kemenangan majoriti iaitu 65 undian sahaja. Ini amat serius bagi PR kerana BN telah hampir berjaya memenangi semula hati rakyat. Kemenangan majoriti yang sedikit ini telah disebabkan oleh:

1. Kisah pertengkaran dalam PAS mengenai isu kerajaan perpaduan dengan UMNO yang mana ia melibatkan pimpinan tertinggi PAS iaitu Ustaz Hadi, Ustaz Nasha dan Tuan Guru Nik Aziz. Isu ini kemudian dimainkan oleh pihak media dengan melaga-lagakan sesama pihak sehingga menyebabkan Mursyidul AM PAS memberi kata dua kepada Ustaz Nasha kalau beliau meneruskan kerajaan perpaduan maka keluar dari PAS. Ini menyebabkan ada berita Ustaz Nasha merajuk dan tidak mahu datang ke Manek Urai untuk bertanding. Namun ada yang mengatakan beliau sedang melakukan pembedahan kecil untuk penyakit beliau.

2. Isu mengenai Kampung Buah Pala, Pulau Pinang tidak dapat diselesaikan oleh KM Pulau Pinang Lim Guan Eng. Ini adalah disebabkan pemerintahan kerajaan BN dahulu yang telah menjual tanah di Kampung Buah Pala sehingga penduduk terpaksa berpindah.

3. Isu perobohan pusat penyembelihan babi secara haram di Kedah yang mana ia melibatkan kemarahan orang Cina yang tidak puas hati dengan pentadbiran PAS di Kedah. Ini menyebabkan DAP Kedah telah mengambil keputusan keluar dari PR di Kedah. Apa yang saya lihat adalah ini perkara bodoh kerana kita sudah tahu pusat penyembelihan babi itu dilakukan secara haram jadi kerajaan Kedah mengambil keputusan untuk mengalihkannya di tempat lain.

4. Di Manek Urai juga, Datuk Muhyiddin telah memberi harapan (menggugut) kepada penduduk Manek Urai jika sekiranya mereka menyokong UMNO mereka akan mendapat pelbagai keistimewaan seperti pertanian moden dan jambatan baru. Bagi saya, duit yang kerajaan dapat pun duit rakyat kemudian berani pula kerajaan nak main2 ugut rakyat. Kalau hak rakyat, pulangkan semula kepada rakyat jangan pula nak main tarik tali.

Walau apa sekali pun, tahniah kepada BN kerana telah berjaya melakukan perang saraf hingga menyebabkan PR hampir kalah. Bagi saya, Dato Najib dan Dato Muhyiddin telah memainkan peranan yang bagus dalam usaha menjatuhkan PR dengan cara membuka ruang politiknya namun dalam diam timbus balik. Jadi kepada PR jangan pula memecahkan pakatan yang setelah lama dibina.

Isnin, 13 Julai 2009

Laskar Pelangi

Salam Pembaca,

Pulang ke JB adalah saat paling membosankan bagi aku, yerlah dah pulang ke kampung memang lah malas. Sampai jer rumah di JB aku rasa bosan sangat dan dengan rasa ingin bebas dari kebosanan aku pun membelek direktori komputer aku yang sarat dengan filem2 yang belum dilihat lagi. Tergerak hati nak tengok sebuah cerita Indonesia yang dinamakan "Laskar Pelangi" yang sudah lama aku ambil dari kawan rumah ku.

Sinopsis cerita ini lebih kepada semangat ibubapa dan kanak2 yang mahu belajar walaupun dalam serba kekurangan. Atas dasar ilmu dan dorongan dari guru2 yang berada di sekolah itu ia menjadikan kanak2 disekolah itu ingin belajar dan berjaya di masa akan datang. Saya mengesyorkan kepada guru2 sekolah dan pelajar2 menonton cerita ini. Tanamkan semangat dalam hati untuk belajar hingga berjaya.

P/S: Saya sangat hormat pada karya filem ini. Saya tabik kepada krew filem kerana menghasilkan cerita yang bajetnya rendah, mudah difahami dan memberikan impak kepada anak bangsa mereka. Tapi saya sangat pelik kenapa cerita begini tidak boleh dihasilkan di Malaysia tak habis2 dengan bohsia, mat rempit, kehidupan yang alpa dan sebagainya. Jadi ambil lah iktibar dari cerita ini.

Sabtu, 11 Julai 2009

Bangkit lah engkau.....

Salam pembaca,

Sekarang sudah seminggu rasanya pelajar-pelajar baru yang melanjutkan pelajaran di IPTA telah mendaftarkan diri. Tahniah kepada pelajar-pelajar baru yang berjaya ke menara gading terutama sekali kepada adik aku Sabrina yang telah berjaya memasuki UIA. Tahniah juga kepada pelajar2 yang telah memasuki UTM terutama kepada pelajar FSKSM.

Setelah seminggu pendaftaran pelajar baru, rasa gatal campur miang juga hendak berjalan untuk "mengusha"pelajar-pelajar yang "freshie" atau "junior". Setelah berjalan kaki di CICT kemudiannya ke Mak Jah Cafe dan kemudiannya ke FSKSM. Apa yang di lihat adalah ramainya pelajar perempuan melebihi kaum lelaki di IPTA. Kadang2 terasa bagus betul ramai pelajar perempuan yang boleh di"usha" untuk dijadikan bakal bini (angan2 kosong), namun jauh di sudut hati rasa terkilan kerana kurangnya pelajar lelaki di IPTA.

Isu kurangnya pelajar lelaki di IPTA bukan perkara baru, malah ia pernah dibincangkan oleh beberapa forum untuk membincangkan perkara ini. Namun aku juga ada beberapa kesimpulan kenapa perkara ini boleh berlaku. Antara sebab2 perkara ini berlaku:

1) Ramai lelaki mudah terpengaruh dengan wang dan keseronokan apabila mereka terjebak dengan dunia pekerjaan.
2) Kebanyakan mereka yang mempunyai teman wanita ingin berkahwin dan untuk mengumpul duit mereka terpaksa bekerja.
3) Ada sesetengah lelaki juga membuat tindakan yang bodoh. Antaranya pergi ke pusat serenti, merempit, melakukan jenayah dan dll.
4) Ada diantara mereka juga terpaksa memikul tanggungjawab keluarga.

Namun apa jua alasan, aku sebagai orang lelaki amat terkilan dengan fenomena ini. Jika ramai lelaki pun, bukan dari bangsa sendiri tetapi dari bangsa lain. Kita boleh lihat dengan berlakunya penukaran sistem meritokrasi lebih ramai pelajar dari bangsa bukan Melayu telah berjaya memasuki Universiti. Bagaimana pula dengan bangsa Melayu yang semakin pupus di IPTA. Sekarang pemilihan pelajar memasuki IPTA semakin sukar, macam UTM mereka telah mengurangkan pelajar2 ijazah sarjana muda demi untuk mengejar status "Research University" dan ini menjadikan kemasukan pelajar pada tahun 2009 telah dikurangkan. Berita ini amat membebankan kepada pelajar di Matrikulasi dan Diploma dan menjadikan mereka terpaksa bersaing untuk merebut tempat di IPTA.

Dengan ini aku menyeru kepada pemuda2 Malaysia, bangkitlah wahai pemuda2 terutama yang berbangsa Melayu, majulah kamu ke hadapan. Jangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh dan tidak penting kerana ia boleh merubah sesebuah negara. Kerana negara di masa akan datang memerlukan pemuda2 yang berkaliber dan bijak dalam membuat keputusan.

Jumaat, 3 Julai 2009

Kapitalis dan pemodal yang menipu

Salam pembaca,

Jangan tidak membaca posting ini, kena baca agar kita tidak mudah ditipu dengan apa maksudnya liberalisasi dan sistem kapitalis yang sebenar. Jangan kita mudah dipijak oleh pemimpin2 dan pemodal2 yang selama ini menipu kita.

Tajuk:DASAR EKONOMI BARU YANG TERBARU !!
Pautan: http://tukartiub.blogspot.com/2009/07/dasar-ekonomi-baru-yang-terbaru.html

Pada tahun 2004 John Perkins telah menulis Confession of an Economic Hit Man – Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.

Untuk menghalalkan tugas – Perkins – telah dimasukan bekerja disebuah syarikat konsultan ekonomi. Ini hanyalah baju yang dipakai oleh Perkins kerana syarikat ini memiliki hubungan rapat dengan NSA. Sebagai penasehat ekonomi Perkins merayau-rayau ke Indonesia, Panama, Ecuador, Colombia, Saudi Arabia, Iran dan negara yang dianggap memiliki potensi ekonomi.

Tugas Perkins cukup enteng : dia akan menasehatkan pemimpin negara-negara ini untuk membuat projek-projek mega ( seperti projek Bakun). Perkins tidak memiliki masaalah untuk bertemu dengan pemimpin politik negara-negara Dunia Ketiga. Ini kerana Perkins sedar bahawa pemimpin negara-negara ini apabila mendengar ada Mat Saleh ingin bertemu mereka maka mulut dan buntut mereka ternganga luas.

Perkins akan dijemput untuk menghadiri pelbagai seminar dan mesyuarat ( seperti Invest Malaysia 2009) dan dijemput dalam perbincangan percambahan pendapat. Akhirnya Perkins akan membuat dan mengajukan kertas-kerja dan cadangan untuk memunculkan projek mega. Dalam masa yang sama melalui Perkins - Bank Dunia atau IMF atau bank-bank lain akan bersiap sedia mengeluarkan dana.

Projek mega ini adalah cara ‘merasuah’ para pemimpin dan kroni para politikus Dunia Ketiga. Projek-projek ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan ekonomi warga negara itu walau pun dengan lunak Perkins akan menggambarkan bagaimana projek mega ini akan memberi manafaat untuk rakyat. Ini hanya kelentong.

Kontrektor-kontrektor projek, pekakas pembuatan – semuanya didatangkan dari nasehat Perkins. Projek ini akan menggunakan pakar-pakar ‘Mat Saleh ‘ yang dibayar dengan lumayan berbanding dengan pakar tempatan. Perkins melahirkan pekerjaan untuk para Mat Saleh yang di panggil ‘expert’.

Dalam masa yang sama Perkins cukup sedar banyak dana ini akan masuk ke dalam poket para pemimpin negara ini. Ini adalah sebahagian dari strateji Perkins. Ini perangkap yang sengaja dipasang.

Sedikit demi sedikit negara ini akan terhutang dengan lembaga-lembaga bank antarabanga – IMF, World Bank, Europen Bank dan pelbagai lembaga dana yang bekerja erat dengan Perkins. Bunga dan hutang ini akan meningkat. Ini menambahkan lagi beban negara.Perkins akan mengusulkan cara terbaik untuk mencari dana agar dapat membayar hutang dan bunga.

Cadangan Perkins : subsidi dihapuskan. Barangan kawalan makanan dilupuskan. Impot dibesarkan. Barangan ekspot dimurahkan. Nilai ringgit dikurangkan dengan alasan akan menarik orang luar membeli barangan ekspot.

Akhirnya – akan sampai satu masa – dimana hutang bagitu menjerut untuk negara ini. Maka Perkins akan ‘ menasehatkan’ para politikus agar Pertamina memberikan hak untuk Exxon cari gali di Ambalat –mislanya yang terjadi di Indonesia. Ini perangkap awal.

Jika pemimpin politik ini memiliki perasaan nasionalisma dan enggan tunduk atau berdegil maka akan di hantar apa yang di panggil ‘ The Jackals’. Mosaddeq di Iran menjadi mangsa pada thun 1953. Presiden Geutemala pada tahun 1954 menjadi mangsa agar bumi negaranya selamat untuk dijadikan ladang pisang United Fruits Company. Sukarno pada thun 1965. Ecuador pada thun 1981.

Mari kita melihat kes klasik sejarah Terusan Panama yang telah dimilik negarakan oleh Omar Torrijos pada thun 1977. Kemudian pada July 31, 1981 kapalterbang yang dinaikinya meletup di udara. Sesudah Torrijos mati Amerika kembali mendapat hak i untuk meletakan tenteranya di Terusan Panama. Khalas.

Di negara kita sendiri pekara yang sama pasti berlaku. Dasar Ekonomi Baru yang dilakar oleh Razak Hussein telah mengenepikan kepentingan pemodal antarabangsa. Kaum pemodal ini merasa kurang senang dengan dasar ini. Melalui media dunia mereka terus mempertikaikan dasar ini.

Dasar ini juga di kritik oleh kapitalis nasional dan kapitalis komprador yang suaranya diwakili oleh MCA. Ketika itu air, api, talikom, universiti, jalan raya, hospital, tanah Felda, Felcra, SEDC – semuanya adalah milik orang ramai i.e milik negara.

Kritikan dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Maj Jah peniaga warong di Gombak atau Pak Huseing pembuat budu di Pengkalan Chepa. Kritikan ini datang dari kaum kapitalis yang tidak dapat membuat keuntungan maksima.

Apabila Mahathir naik semua ini diubah. Untuk mendapat sokongan kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca pemodal Cina - Mahathir telah menswastakan harta rakyat ini. Maka gembiralah dan berkundurilah kaum kapitalis ini. Harta kekayaan mereka bertimbun tambah. Laporan terbaru membuktikan bagaimana 58 bilion ringgit harta negara di sawastakan hanya 2 bilion ringgit sahaja yang menjadi milik Melayu.

Mahathir naik tocang apabila dinobatkan oleh kaum pemodal ( kaum pemodal Cina) sebagai penjana pembangunan. ( Ini tidak ada sangkut paut dengan Mak Cik Limah di Felda Chomomoi atau Haji Timah tuan punya warong di Senawang.)

Dasar Ekonomi Baru ini hakikatnya adalah dasar ekonomi kapitalis yang penuh dengan percanggahan. Dasar ini bercita-cita untuk memunculkan ‘zaibatsu’ Melayu/Bumiputera. Ini hanyalah mimpi tegang yang tidak pancut-pancut. Cita-cita ini tidak mungkin tercapai hingga bumi meletup. Kalau tupai beranakkan gajah pun dasar ini tidak akan tercapai.

Dasar DEB ini tidak akan berjaya kerana dalam hukum ekonomi kapitalis – apa boleh jual akan di jual – apa yang boleh di beli akan dibeli. Dalam ekonomi kapitalis tidak ada agama atau bangsa. Setiap kali modal dilabor untuk Melayu ianya pasti akan bertalian dengan ekonomi Cina yang telah lama kukuh. Ini belum diambil kira rasuah.

Tidak mungkin semua orang Melayu/Bumiputera akan dapat di kayakan. Pemodal memerlukan buruh yang boleh diupah murah. Pemodal memerlukan pengguna untuk membeli. Kalau Melayu semua kaya siapa pula yang akan menjadi buruh di ladang sawit, penanam padi, penangkap ikan dan Minah Karan dan Mat Spana?

Dasar Ekonomi Baru ini hanyalah satu kelentongan/tipu helah dimana para politikus Melayu berkumpul membuat dasar atas nama Melayu. Dengan bersandarkan keMelayuan maka para politikus Melayu ini dapat ‘merembat’ harta negara.

Pada ketika DEB dimulakan pergaduhan Melayu/Bukan Melayu baru selesai. Kapitalis nasional dan kapitalis komprador tidak berani menyuarakan tentangan pada ketika itu. Mereka melihat dari jangka panjang kepentingan mereka lebih terjaga dengan dasar ini. Anggapan mereka cukup tepat. Siapa dia Lim Goh Tong, siapa dia Ananda Krishnan, siapa dia Vincent Tan ?

Dasar untuk menjadikan 30% harta kekayaan negara ini dimiliki oleh Melayu/Bumiputera adalah mimpi kosong dan dasar yang salah. Tidak perlu membuat kajian ilmiah – pergi sahaja keluar dari Kuala Lumpur dan lihat sendiri kehidupan orang-orang di kampong. Memang betul ada perubahan. Kalau dulu pada tahun 1974 di Kampong Chenor ( kampong saya ) tidak ada leterik dan air – hari ini telah ada.

Tetapi air dan leterik kini dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Hospital dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Sekolah dan univeristi dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Jalan raya dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Talipon dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Ini bezanya. Ini hakikat.

Dua minggu dahulu Najib telah membuat dasar liberalisasi. Perkataan LIBERALISASI ini perkataan hampeh. Ini perkataan putar alam bertujuan untuk mengelirukan kefahaman yang tuntas kepada orang ramai terutama kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda. Leberalisai bermakna : Syarikat antarabangsa dibenarkan berniaga bebas dalam negara ini.

Dua hari dahulu Najib Razak telah mengubah satu jalur DEB. Kaum pemodal pasti akan mengalu-alukan dasar ini. Ertinya pasaran Malaysia terkangkang luas untuk di entot. Ertinya tidak ada lagi halangan untuk sesiapa sahaja memiliki harta kekayaan negara ini. ( Kalau saya kapitalis saya akan terpancut siang dan malam dan meleleh air liur melihat harta negara ini boleh dimiliki ).

Kenapa Najib membuat dasar baru ini ?

Cukup senang untuk memahaminya. Najib memiliki masaalah pribadi yang berat. Jangan silap baca ini tidak ada sangkut paut dengan berat badan isteri Najib. Berat di sini bermakna berat dari segi politik. Contohnya : Parti yang dipimpin oleh Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Retak retak kelihatan dalam gabungan Barisan Nasional. Dan paling menakutkan Najib apabila kaum kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca – pemodal Cina - telah menjauhkan diri dari Najib.

Dalam masa yang sama media antarabangsa terus menghantui Najib dengan kes pembunuhan Altantuya gadis cun dari Mongolia. Media luar ini adalah alat pembesar suara untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa terjaga rapi. Kuam pemodal antrabangsa ini telah lama ingin merembat harta kekayaan negara ini.

Hantu dan polong-polong puaka ini perlu dijaga.

Najib wajib melakukan sesuatu. Seperti Mahathir menswastakan harta negara untuk kaum komprador dan kapitalis nasional maka Najib Razak menswastan seluruh bumi Malaysia ini untuk kepentingan kelas kapitalis dalam dan luar negara. Inilah hakikat dari dasar ekonomi yang akan dijalankan oleh Najib Razak.

Dimana Perkins Kaki Pukul sedang bersemayam?

Jangan risau si Perkins ini masih wujud. Perkins telah menghatar budak suruhannya dari Singapura. Lupa projek mega – Jambatan Ketiga ?

Perkins-Perkins ini mungkin ada jaringan dalam EPU. Si Perkins ini mungkin masih bersarang di Tingkat Empat atau ingin pindah ke tempat yang lebih tinggi seperti di Menara Petronas. Si Perkins sedang berselerak menjalankan tugas untuk memastikan kepentingan kaum kapitalis akan didahulukan.

Dasar Ekonomi Baru atau Dasar Pedekatan Baru ini semuanya TIDAK akan memberi apa-apa manafaat kepada rakyat biasa. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Gopal pemandu teksi dari Segambut. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Swee Heng peniaga nasi Itek di Jalan Petaling. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Hajah Limah pembekal kerepek ubi dari Sijangkang.

Rakyat biasa tidak berjudi di bursa saham. Rakyat biasa tidak tahu apa itu ‘pink form’. Rakyat biasa tidak memahami turun naiknya Nasdaq atau Index Heng Seng. Rakyat biasa mahu keselesaan dan bukan mahu di ikat dengan pelbagai gaya/cara – cukai/tol/bil hospital/bil air/bil api/ bil sewa rumah/cukai rumah - dimana mereka wajib dan dipaksa mengeluarkan duit yang tidak mereka miliki.

Dasar ekonomi terbuka dan terkangkang ini akan menjemput kapitalis antarabangsa – dengan alasan untuk melabor dan membawa modal. Ini betul-betul hujah dari kertas kerja John Perkins. Inilah cara yang digunakan oleh Perkins untuk memastikan sesebuah negara itu akhirnya akan dapat dijajah kembali.

Satu kerajaan yang baik adalah kerajaan yang berkiblatkan rakyat. Sebuah kerajaan yang adil tidak akan mempedulikan kepentingan kaum kapitalis kerana mereka menghisap darah warga negara. Dasar yang wajib dinobatkan ialah dasar dimana kepentingan ramai mendahului kepentingan pribadi. Kepentingan ramai menjadi nakhoda dan juragan.

Kerajaan yang adil ialah sebuah pentabiran yang telus dimana dasar ekonominya akan menobatkan kepentingan kaum buruh dan tani. Ini kerana dari tenaga kaum buruh dan kuam tani inilah munculnya modal. Modal muncul dari tenaga manusia. Modal bukan wang ringgit. Wang ringgit adalah tanda nilai tenaga dan fikrah manusia. Modal datang dari tenaga warga negara itu sendiri.

Modal bukan datang dari IMF atau Bank Dunia Bank. Duit dari IMF atau Bank Dunia itu adalah hasil rompakan dari tenaga buruh dan tani dari seluruh dunia.

Justeru dasar Menjual Felda mungkin dilihat dapat mengumpulkan modal. Awas! Menjual Felda samalah seperti Lebai Sudin di Kuala Nerang yang hanya memiliki sebuah rumah dan 3 relong sawah. Satu hari untuk membaiki atap rumahnya Lebai Sudin telah menjualkan 3 relong tanah sawahnya kepada …….(TT)
( Tulisan ini boleh dicekup demi membuat kebaikan. Sila baca buku Confessions of an Economic Hit Man - jangan malas baca! Kalau malas kena jual nanti ! )

Khamis, 2 Julai 2009

Ini sudah lebih ni

Salam pembaca,

Seperti mana yang kita tahu, Najib telah mempergunakan pengaruh Mahathir dalam pilihanraya UMNO yang lepas bagi memenangi kerusi Presiden dan seterusnya diangkat menjadi Perdana Menteri. Awal pemerintahan Najib, beliau telah melunaskan janji2 beliau dengan melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri walaupun telah kalah dalam merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO. Namun sedikit demi sedikit, Najib telah menunjukkan taringnya dengan melantik orang2 yang tidak disukai Mahathir dengan memegang jawatan yang berprofil tinggi. Ini amat merungsingkan Mahathir.

Namun begitu Mahathir telah membalas semula tindakan Najib dengan menolak cadangan Najib untuk melantik Omar menjadi ahli lembaga pengarah Petronas mewakili kerajaan. Jika kita membaca artikel ini, Hassan Merican tidak tahu menahu tentang hal ini dan menyerahkan bulat2 perkara ini kepada penasihat Petronas iaitu Mahathir. Melihat profil Omar ini, beliau seorang yang berpelajaran tinggi dari Oxford dan juga penasihat ekonomi dan kewangan kepada Najib. Namun bila semua hendak kroni, kita boleh lihat kebanyakan GLC telah mengalami kerugian yang disorokkan contoh macam TNB yang hampir hendak muflis gara2 IPP disebabkan idea Mahathir. Bayangkan gaji CEO TNB boleh mencecah 600K sebulan, bagaimana boleh terjadi. Namun isu Petronas ini tidak boleh dipermainkan oleh pemimpin kerana kita tahu 60% sumber pendapatan Malaysia dijana oleh Petronas dan kita perlu mencari lembaga pengarah yang bijak dalam menangani isu ini.

P/S: Bila terfikir tentang perkara ini, ia menjadi lucu pula kerana pemimpin sekarang bukan hendak memikirkan hak rakyat tetapi memikirkan perut masing2 dengan melantik kroninya sahaja.