Isnin, 31 Ogos 2009

Selamat Menyambut Kemerdekaan


Salam Pembaca,

Tahniah saya ucapkan kepada negaraku Malaysia yang sudah berusia 52 tahun dan ucapan salam satu Malaysia dan salam kemerdekaan kepada semua warga Malaysia tidak kira agama dan bangsa. Dengan tema kemerdekaan tahun ini, Satu Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan.

Namun walaupun sudah 52 tahun, saya masih terkilan dengan gaya hidup pemuda2 kita yang tidak menentu hidupnya. Malam tadi rumah saya kedengaran budak2 rempit yang masih berkeliaran bermain motor dan membuat bising sehingga mengganggu penduduk setempat. Apakah budaya ini yang kita hendak terapkan dalam masyarakat kita? Lebih2 lagi didalam bulan puasa yang mana kita tahu ia adalah bulan rahmat tapi lihat la pemuda2 sekarang yang masih lagi di takuk lama. Diharap para pembaca berubah demi kemajuan diri sendiri dan jadikan tema Satu Malaysia untuk memupukkan perpaduan diantara kaum dan agama yang mengasingkan fahaman politik dan perkauman.

Sekian

Jumaat, 28 Ogos 2009

Peraturan Islam mesti ditegakkan


Salam pembaca,

Minta maaf kerana terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadan al Mubarak ini. Bukan apa sejak 2 minggu ni tidak sempat untuk mengemaskinikan laman web ini kerana sibuk dengan urusan panggilan temuduga syarikat swasta. Alhamdulillah, saya telah mendapatkan pekerjaan baru sebagai pengaturcaraan PHP di sebuah syarikat di Kuala Lumpur iaitu Ikonxept Sdn Bhd dan melaporkan diri pada 1/9/2009. Terima kasih kepada yang mengambil berat dan doakan agar saya berjaya.

Saya kali ini hendak membincangkan isu Dewi Kartika iaitu seorang model yang telah mengaku kesalahan diri yang meminum arak di kawasan terbuka. Saya tabik kepada tindakan Dewi kerana telah mengaku kesalahan diri dan merelakan hukuman rotan keatas dirinya. Secara tidak langsung, beliau menginsafi kesalahan beliau dan redha hukuman itu dengan menjadikan iktibar kepada dirinya. Saya mendoakan agar beliau insaf dan bertaubat kepada Allah swt.

Namun yang saya pelik adalah mengenai tindakan mahkamah yang saya rasakan ia memalukan agama Islam sebagai agama rasmi dan pegawai2 jabatan agama Islam di Malaysia ini. Bukan apa, saya mengucapkan syabas kepada mahkamah syariah Pahang yang telah mengambil tindakan terhadap Dewi yang didapati bersalah namun isu ini telah dibawa oleh keluarga Dewi ke mahkamah sivil untuk membatalkan hukuman mahkamah syariah.

Saya hairan kerana tindakan keluarga Dewi yang tidak menghormati tindakan mahkamah syariah yang mana ia melaksanakan hukuman terhadap pesalah agama Islam. Sepatutnya, kerajaan Malaysia harus menggubal semula undang2 dimana keputusan mahkamah syariah tidak boleh dibantah atau kes dari mahkamah syariah mengenai Islam tidak boleh dibawa kepada mahkamah sivil yang mana menjalankan kes2 bukan mengenai agama. Ini akan mengelirukan umat Islam secara tidak langsung.

Bayangkan betapa lemahnya hukum Islam di Malaysia ini, ia secara langsung menampakkan agama Islam tidak berkuasa dengan hukumannya atau peraturannya sendiri. Sudahlah hukum hudud ditolak, ini keputusan mahkamah syariah pula disepak dan ditendang. Dimana kita dalam menegakkan syariah Islam tu sendiri, apabila isu yang semudah begini pun boleh disepak dan ditendang. Bayangkanlah.....

P/s: Ucapan selamat berpuasa kepada semua keluarga, pembaca dan rakan2 sekalian.

Khamis, 20 Ogos 2009

Isu Syurga Neraka oleh Nik Aziz


Salam Pembaca,

Pada posting kali ini, saya hendak mengulas tentang isu mengenai ucapan Nik Aziz mengenai isu neraka dan syurga. Seperti mana kita tahu ia semakin menjadi2 di media2 pro UMNO yang mana ia mengatakan Nik Aziz memberitahu jika mengikut UMNO akan masuk neraka dan mengikut PAS akan masuk syurga. Jadi isu ini telah digembar-gemburkan oleh media sehingga dicorong radio, paparan televisyen dan di dada2 akhbar.

Bagi saya, isu neraka dan syurga memang tidak boleh ditentukan oleh manusia dan hanya Pencipta sahaja yang tahu siapa yang layak dan tidak. Namun jika kita lihat pada zaman kanak2 kita, kita telah diajar agar tidak membuat perkara yang tidak baik kerana balasan Allah tentunya akan dibalas di neraka jahanam. Contohnya, saya masih ingat emak dan ustazah saya mengatakan jika mencuri barang diakhirat balasan yang kita akan dapat adalah dipotong tangan kita. Namun mengikut sejarah Islam hukuman ini telah tertulis dalam hukum hudud untuk balasan di dunia.

Jadi tiada bezanya ucapan yang dibuat oleh Nik Aziz kerana bagi saya ucapan Nik Aziz mengatakan menyokong UMNO masuk neraka dan menyokong PAS masuk syurga. Beginilah maksud saya, kita boleh lihat antara dua parti seperti PAS dan UMNO. Parti mana yang menyokong rasuah, penipuan, penyelewengan dan mengamalkan hiburan yang terlampau? Soalan ini saya serahkan kepada pembaca untuk menilai sama ada baik atau buruk sesebuah parti berdasarkan kepada penilaian anda mengikut apa yang anda belajar selama ini.

Namun bagi saya, ada juga betulnya kata Nik Aziz kerana jika kita lihat sesiapa yang menyokong negara Islam, ajaran Islam dan hukum Islam iaitu mengangkat martabat Islam keatas dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan akan memasuki syurga. Insyallah. Jadi kita boleh lihat siapa betul dan salah dalam hal ini. Bagaimana dengan UMNO, jika kita lihat pada pilihanraya UMNO pada tahun ini lebih kurang 1000 laporan mengenai isu rasuah dan hanya beberapa laporan sahaja yang dibongkarkan oleh pihak SPRM. Namun isu Ali Rustam dan isu beberapa ahli UMNO itu bagaimana ia diselesaikan oleh pihak UMNO, adakah Ali Rustam dibuang dari UMNO atau dihukum penjara dan meletakkan jawatan dari menjadi Ketua Menteri Melaka. Bagaimana pula dengan isu memilih pemimpin dengan melantik Taib yang dahulunya Menteri Luar Bandar yang sudah tentunya mempunyai rekod buruk dalam isu penyelewengan duit
ke Australia.

Oleh itu pembaca sekalian, fikir2kanlah isu ini. Jangan kita ini menjadi sebuah bangsa dan umat yang tidak berfikir dalam menentukan sesuatu keputusan dan disuap dengan isu2 yang menjadikan kita bodoh. Kita patut melihat bangsa lain yang mana memperjuangkan dan menentukan sesuatu keputusan dengan cara yang rasional.

P/S: Isu ini makin menjadi2 apabila hendak pilihanraya namun lepas pilihanraya senyap jer.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Oh..... Permatang Pasir

Salam Pembaca,

Pada masa ini, penduduk Permatang Pasir sekarang boleh meminta kepada kerajaan apa yang mereka mahukan di dalam kampung mereka kerana pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi. Kesemua parti telah membuat penamaan calon masing2 bagi pilihanraya kecil pada kali ini. Pilihanraya kali ini disebabkan kematian seorang wakil rakyat PAS iaitu Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana sakit jantung.

Pada kali ini, kita boleh melihat pertandingan 3 penjuru di antara 3 orang calon iaitu Kamarul Ramizu Idris (calon bebas), Salleh Man (calon PAS) dan Rohaizat (calon BN). Pada pilihanraya kali ini, kita boleh melihat 2 muka baru dan 1 muka lama iaitu Ramizu Idris yang sudah kalah di Bukit Gantang.

Namun saya menjangkakan pilihanraya kali ini sangat sukar bagi PAS untuk mempertahankan rekod di Permatang Pasir kerana pelbagai isu yang dikaitkan oleh media2 BN dalam memburukkan rekod PR. Ini secara langsung membuka peluang kepada calon BN dan calon bebas untuk memenangi undi rakyat. Bagi saya pengundi BN akan mengeluarkan isu2 yang menaikkan kemarahan kaum untuk melagakan PR.

P/S: Namun saya akan tetap menyokong mana yang membawa Islam ke atas.

Khamis, 13 Ogos 2009

Ridhuan Tee: DAP Melampau

Pautan: Utusan Malaysia

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

H1N1 konspirasi kapitalis buat duit

Pautan: Malaysiakini.com

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group
."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

DAP yang melampau

Salam pembaca,

Seperti mana yang kita tahu, media2 telah memulakan peranan mereka dalam memecah-belahkan PR di setiap negeri pembangkang. Kita boleh lihat di TV3, Berita Hairan, Utusan Meloya telah banyak mengungkit mengenai isu2 yang membangkitkan isu perkauman dan agama.

Bagi saya, perkara ini tidak salah namun PR harus bersatu semula dan DSAI perlu memainkan peranan dalam mencantumkan setiap belahan dalam PR. Satu contoh kes di Selangor mengenai isu arak, sepatutnya perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana pihak DAP mahupun PAS sepatutnya duduk satu meja dalam membincangkan perkara ini. Tidak perlu dihebahkan hingga ke pengetahuan media, yang mana ini boleh menunjukkan kelemahan PR dalam menangani isu agama. Perkara ini amat jelas, bahawa arak ini adalah haram dan ia boleh menjejaskan pemikiran seseorang individu jika ketagihan arak. Jadi tindakan mengawal penjualan arak adalah amat digalakkan, namun PAS tidak boleh mengambil tindakan drastik dalam isu ini. PAS sepatutnya menggunakan cara Rasulullah dalam membuat perbincangan dengan kaum bukan Islam. Dengan cara ini, isu dapat diselesaikan.

DAP juga haruslah bijak dalam isu ini dan janganlah mudah melatah dengan cara menghebahkan kepada pihak media. Bagi saya, DAP amat melampau kerana permintaan mereka dan tuntutan mereka dalam setiap kerajaan negeri pembangkang. Kadang2 saya merasakan mereka perlu prihatin terhadap setiap isu yang membabitkan perkauman dan agama. Ini amat jelas dengan isu pusat penyembelihan babi dan penarikan diri di Kedah, yang mana ia boleh diselesaikan secara aman dan tidak perlu bergaduh. Ini secara tidak langsung menunjukkan tiada permuafakatan dalam PR sendiri.

Jadi maran kepada PR yang mana mereka perlu sedar diri dan jangan mudah terperangkap dengan isu perkauman dan agama. Yang mana ia sedikit sebanyak boleh menarik kepada peristiwa 13 Mei.

Ucapan Terima kasih

Salam Pembaca,

Saya minggu ini agak sibuk dalam menguruskan penarikan diri saya dari membuat Ijazah Sarjana atas sebab2 tertentu. Oleh itu, saya tidak sempat untuk mengemaskinikan blog ini yang mana sudah mencecah 1000 hits dan ini amat membanggakan bagi saya.

Dengan itu, ucapan terima kasih kepada semua pembaca-pembaca blog saya ini dimana hits bagi blog ini sudah mencecah 1000 dalam masa tidak sampai setahun. Saya harap agar blog saya ini dapat memberikan yang terbaik kepada anda semua. Terima kasih saya ucapkan sekali lagi.

Sekian.