Sabtu, 24 Mac 2012

Alhamdulillah syukur

Assalamualaikum,

Masih ramai lagi yang masih belum buat e-filing, pelik gak aku. Bukan susah pun, tapi masih ramai yang bagi alasan belum kuar borang J dari majikan, tapi kalo dah dapat cepat2 la buat sebelum kene denda. Tahun ni kali kedua aku wat e-filing, alhamdulillah buat cepat then kalo ada terlebih bayar cepat plak dapat, direct transfer plak tu. Hehe, tgh2 aku sesak ni alhamdulillah dah masuk duit claim tu.

Minggu ni gak SPM dah kuar, so adik aku Masyitah berjaya dapat 6A 2B 1C, tahniah aku ucapkan. Bagus la sebb dia dapat pencapaian SPM tertinggi dalam family aku. Hehhe, takde la dia ikut perangai aku sekadar 3A jer. Namun apa pun, rezeki masing2  dan kene la suruh dia berusaha dan membuat pilihan tepat untuk tentukan hidup beliau.

Sekian

Ahad, 18 Mac 2012

Mcm mana yer?

Assalamualaikum,

Minggu ni agak memenatkan diri aku, sebab minggu cuti sekolah jadi memang agak busy sikit sebab mak aku n adik2 aku selalunya akan lepak KL. So, setiap malam diaorg akan keluar mungkin ke rumah kakak aku, melawat adik aku kat UIA dan pergi la mana2 at least makan luar kot.


Tapi minggu ni gak aku nak gi redeem barang yang aku beli melalui Groupon yang mana aku dah membeli sebuah TV Toshiba Regza dan Samsung Camera ES80 dengan harga RM999. It's quite cheap and reasonable. Mungkin tauke kedai nak clear stock kot. Ada org cadang baik beli LED TV tapi aku rasa just nak tgk tv jer pun, lagipun teknologi siaran TV Malaysia ni belum sampai tahap LED lagi. So mmg membazir.

So mak aku pun nak membeli jugak sebuah notebook dalam masa yang sama, so hari tu Plaza Low Yat ada buat promotion notebook and gadget2 lain dijual dengan harga yang murah. So hari tu dia angkat Fujitsu LH531 yang bestnya Intel i3 beb, boleh tahan gak la sebab diorg bagi Windows 7 Free sekali dan sebagai seorg IT Savvy mmg aku tau Windows tu original sbb aku yang setup laptop ni. Lepas tu mcm2 free gift diorg kasi, mmg terkejut gak la aku tgk. Untung plak mak aku beli, sepanjang hari tu dia senyum jer walaupun pagi tu dia bergaduh dengan Guru Besar sekolah dia. Tak pe mak, janji mak happy.


Untuk tahun ni, aku rasa aku perlu kawal berat badan aku. Huhu, biasa la mcm2 jadi, stress lagi, problem lagi dan menyebabkan aku makin nak makan hari2. Sehingga melebihi had. So kene la kurus berat badan

So apa2 hal, hidup kene diteruskan dan happy alwayzzzz

Rabu, 7 Mac 2012

Benda yang aku target selama ini

Assalam semua,

Awal tahun ni, aku tgk ramai plak member2 aku yang berjaya achieved diorang punya goal bagi kepuasan hati diorg. Kebanyakan mereka dah berjaya dapatkan macam kepuasan cth perkahwinan, hasilkan anak, yang perempuan bujang plak melancong sana sini, yang lelaki pun tak kurang nyer beli kete ke, melancong la. Then mcm2 la yang diorg dah berjaya dapatkan apa yang diorg nak. So aku rasa aku pun deserve to get it.

Ok, skang ni plak aku nak listkan beberapa benda yang aku nak achieve sepatutnya tapi sampai skang tak jalan2. Antaranya ialah:

  1. Nak kurus, tapi tak kurus2 lagi (still tgh usaha, Inshallah dah ada penasihat kat office ni, hehehehe)
  2. Nak kawin tapi calon belum lagi jumpa
  3. Nak beli kete, tapi kewangan belum mampu.
  4. Nak beli motorsikal berkuasa tinggi, inshallah tgh fikir
  5. Nak melancong, inshallah tahun ni nak start
So, skang ni aku dah fikir masak2. Oleh kerana tahun ni aku tak de komitmen dari segi relationship so aku boleh tinggal azam no 2. So skang ni antara no 3 atau 4. So, semalam aku dgr budak kelas Master aku Shatish dah mula order Kawasaki ER6 kat kedai area Sepang guna AEON kredit. So kat kepala aku, apa salahnya kalo aku pun start. So mlm tadi pun aku google la, motorsikal berkuasa 250cc sebb aku tak de lesen B full hehhehe. So buat permulaan ni, biar la motor berkuasa 250cc aku test dulu. Bila dah agak2 terror, so up la lagi CC tu. hehehe

Honda CBR 250
Kawasaki Ninja 250R
Kawasaki Vulcan 250


Setelah membuat penyelidikan, aku tgk ada tiga buah motor yang aku dah berkenan untuk kategori 250cc ini. Model2nya adalah seperti dibawah. Namun aku memikirkan dari segi keselesaan dan impian aku juga. Kalo ikutkan hati nak angkat Kawasaki Vulcan 250 ni, sebb aku mmg dari dulu minat motor easy rider ni kononnya nampak cool la kan, hehehhe. tapi sebenarnya aku dah lama teruja dengan motor easy rider ni masa aku naik skuter dari melaka ke UTM aku tgk motor virago ni nampak steady jer bawak asyik aku jer makan asap. uwekkkkk....

So, mcm mana pembaca2 ada cadangan untuk pemilihan motor aku ni? hehehe, sila beri cadangan


Ahad, 4 Mac 2012

Pemergian Tok Usop



Assalam semua,

Aku bermula mengenal huruf di dalam Al Quran sejak tadika lagi, ketika itu mak agak pening juga untuk mencari sorang guru ngaji yang sesuai untuk anaknya mengenal apa itu Al Quran serta isinya. Kadang-kadang aku tidak mengerti kenapa susah sangat mak nak cari guru ngaji Al Quran. Yer la bagi aku kat tadika dah ada cikgu yang boleh ajar huruf2 dalam Al Quran iaitu Alif, Ba, Ta.

Didalam pencarian itu, akhirnya dapat juga mak mencari guru ngaji yang merupakan jiran datuk aku hanya 50 meter dari rumah aku. Guru ngaji aku ini dikenali dengan nama Tok Usop dan isterinya Nek Nah. Tok Usop dan datuk aku mmg bersahabat baik sehingga sekarang mmg berkawan baik. Namun, bila semakin tua badan mula tak larat dan hanya sekali sekala berjumpa.

Semasa mengaji dengan beliau, aku amat rapat dengan Tok Usop dan dah mcm atuk aku sendiri. Bagi aku, beliau sangat mesra dengan senyuman jika setiap kali aku datang mengaji dengan beliau. Tapi bila sesi mengaji, beliau sangat serius dan rotan jika ada pelajar yang main2 dengan ayat Al Quran. Jika dah abis mengaji, beliau akan memanggil anak murid nya minum jika Nek Nah buatkan air bagi menghilangkan haus. Dari situ, bab Iqra aku kira dah fasih utk membaca Al Quran dengan surah2 pendek. Alhamdulillah. Namun, pembelajaran AlQuran dengan beliau tidak lama kerana family kena pindah ke Johor atas urusan kerja ayah.

Pada 3 Mac 2012 bersamaan hari Sabtu pada pukul 12 tgh malam, beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada umur beliau 95 tahun. Beliau didapati hanya sakit tua. Namun aku sangat terharu dengan jasa beliau dalam pembelajaran Al Quran. Sejak dari aku tinggalkan pembelajaran AlQuran dengan beliau, beliau masih mengajar AlQuran walaupun hanya berbaring di atas katil kerana terlantar sakit. Subahanallah, tabah semangat beliau dalam mengajar kitab Allah kepada orang Islam. Melihatkan jasadnya yang tersenyum, inshallah Tok Usop berada dikalangan orang yang beriman.

Kepada kawan2 yang membaca posting ini, harap dapat sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Tok Usop semoga beliau dicucuri rahmat hendaknya

Jumaat, 2 Mac 2012

Apa itu LYNAS?

Assalam semua,

Isu ini aku ada bangkit kan pada post yang lepas. Cuma pada kali ini aku nak kongsikan ringkasan mengenai LYNAS ini pada korang semua. Harap korang fikir2kan la kebaikan dan keburukan memproses bahan radioaktif ini kepada rakyat Malaysia.