Rabu, 7 Mac 2012

Benda yang aku target selama ini

Assalam semua,

Awal tahun ni, aku tgk ramai plak member2 aku yang berjaya achieved diorang punya goal bagi kepuasan hati diorg. Kebanyakan mereka dah berjaya dapatkan macam kepuasan cth perkahwinan, hasilkan anak, yang perempuan bujang plak melancong sana sini, yang lelaki pun tak kurang nyer beli kete ke, melancong la. Then mcm2 la yang diorg dah berjaya dapatkan apa yang diorg nak. So aku rasa aku pun deserve to get it.

Ok, skang ni plak aku nak listkan beberapa benda yang aku nak achieve sepatutnya tapi sampai skang tak jalan2. Antaranya ialah:

  1. Nak kurus, tapi tak kurus2 lagi (still tgh usaha, Inshallah dah ada penasihat kat office ni, hehehehe)
  2. Nak kawin tapi calon belum lagi jumpa
  3. Nak beli kete, tapi kewangan belum mampu.
  4. Nak beli motorsikal berkuasa tinggi, inshallah tgh fikir
  5. Nak melancong, inshallah tahun ni nak start
So, skang ni aku dah fikir masak2. Oleh kerana tahun ni aku tak de komitmen dari segi relationship so aku boleh tinggal azam no 2. So skang ni antara no 3 atau 4. So, semalam aku dgr budak kelas Master aku Shatish dah mula order Kawasaki ER6 kat kedai area Sepang guna AEON kredit. So kat kepala aku, apa salahnya kalo aku pun start. So mlm tadi pun aku google la, motorsikal berkuasa 250cc sebb aku tak de lesen B full hehhehe. So buat permulaan ni, biar la motor berkuasa 250cc aku test dulu. Bila dah agak2 terror, so up la lagi CC tu. hehehe

Honda CBR 250
Kawasaki Ninja 250R
Kawasaki Vulcan 250


Setelah membuat penyelidikan, aku tgk ada tiga buah motor yang aku dah berkenan untuk kategori 250cc ini. Model2nya adalah seperti dibawah. Namun aku memikirkan dari segi keselesaan dan impian aku juga. Kalo ikutkan hati nak angkat Kawasaki Vulcan 250 ni, sebb aku mmg dari dulu minat motor easy rider ni kononnya nampak cool la kan, hehehhe. tapi sebenarnya aku dah lama teruja dengan motor easy rider ni masa aku naik skuter dari melaka ke UTM aku tgk motor virago ni nampak steady jer bawak asyik aku jer makan asap. uwekkkkk....

So, mcm mana pembaca2 ada cadangan untuk pemilihan motor aku ni? hehehe, sila beri cadangan


2 ulasan:

The Fakhirin berkata...

utk yg 250cc ninja tu berapa ringgit yea bro?

Unknown berkata...

Dalam RM 25K la, tapi tak pasti harga skang bape.