Khamis, 25 Ogos 2011

Lynas dengan Nadir Bumi nya

Assalamualaikum semua,

Sejak akhir2 ini, aku tgk banyak projek2 yang hendak dijalankan di Malaysia ini. Tapi bila dikaji atau baca rasanya banyak projek bodoh yang dirancang oleh kerajaan untuk rakyat tercinta. Salah satunya projek Kilang Pemprosesan Nadir Bumi di Gebeng oleh Lynas. Tahukah kamu bahawa projek ini sebenarnya banyak keburukan dari kebaikan.Namun ada yang bersetuju tentang perkara ini, bagi aku mmg patut dihalang bagi keselamatan rakyat Malaysis yang hidup dibumi yang tak berapa besar.

Walaupun pada mulanya aku bersetuju dengan projek Lynas ni, sbb boleh meningkatkan ekonomi Malaysia yang mana projek ini sangat menguntungkan kerajaan Malaysia. Tapi bila aku baca hujah2 dari blog2 lain dan pendapat org terhadap projek ini aku merasakan ia sangat berbahaya kepada org Malaysia terutama di sekitar Gebeng.

Baca disini
Kenapa Malaysia Memerlukan Kilang Memproses Nadir Bumi Lynas @NajibRazak ?

Makna Kemerdekaan


 Assalamualaikum semua,

Tahun ni kita sambut merdeka raya, yang mana perayaan hari kemerdekaan Malaysia disekalikan dengan hari raya aidilfitri. Namun bila melihat suratkhabar dan berita2 di televisyen, aku melihatkan banyak perkara yang aku rasa pemikiran rakyat Malaysia harus berubah. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian aku la.

Di televisyen, kita lihat pemimpin dan kerajaan sanggup berhabisan menghabiskan duit utk membeli bendera untuk diberikan kepada rakyat Malaysia yang aku rasa itu satu pembaziran. Lebih baik kalo buat kempen kibar jalur gemilang dan biar rakyat guna duit diorg sendiri utk beli bendera, secara tak langsung akan menambahkan semangat patriotisme dalam diri diorg.

Namun perkara ini harus dimulakan dengan pemimpin-pemimpin kita juga, tidak kira la dari parti mana pun dan sekiranya mereka pemimpin mereka harus tunjukkan contoh yang lebih baik. Maksudnya dari segi perwatakan, cara hidup dan cara pemikiran mereka yang sepatutnya diubah kepada pembentukan semangat patriotisme kepada negara.

Cth yang ketara kita lihat yang mana kebanyakan pemimpin negara kita yang kaya raya, ada ke diorg nak hantar anak diorg belajar didalam negara maksud aku di universiti awam dan swasta di Malaysia? Bagi aku universiti kat Malaysia ni kira ok apa, tak de la seburuk yang disangka. Aku tak kisah la sebab itu duit diorg tapi sikap yang aku kisahkan, disuruhnya rakyat hantar anak di universiti tempatan tapi diorg kalo anak tak berapa nak pandai pun hantar luar negara. Kalo yang pandai maksud aku dah masuk A-Level ke atau dah passed test yang sepatutnya nak pergi luar negara aku tak kisah. Ni blaja pun suam2 kuku, hantar sampai US, UK dan tempat lain janji oversea la kononya.

Pastu satu lagi, ko sibuk promote rakyat malaysia pakai kereta Malaysia, tapi anak ko ke bini ko ke semua pakai jenama luar. kereta buatan Malaysia ni ko langsung tak pandang, atas alasan tak de standard. Mcm mana ko nak kata ko ada semangat patriotisme. Kalo nak shopping, ada beli barang buatan Malaysia, aku boleh gerenti la bini2 pemimpin banyak shopping kat luar dari beli barang buatan Malaysia. Jenama Gucci la, DKNY la n mcm2 la. So takyah la nak gebang kat rakyat yang ko nak buat transformasi la, tanamkan sifat patriotisme la, semangat 1Malaysia la dan macam2 semangat la. Bagi aku ubah dulu pemikiran dan cara hidup baru ko boleh ckp perkara2 mcm ni kat rakyat.

Selasa, 2 Ogos 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak



Assalamualaikum semua,

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kawan-kawan yang beragama Islam tak kiralah di Malaysia atau di luar negara. Jadi saya mengharapkan kepada kawan2 yang berpuasa tu, tingkatlah amalan anda di bulan puasa ini. Banyak rahmat dan pahala jika memperbanyakkan amalan di bulan puasa. Nasihat saya perbanyakkanlah solat kerana ia tiang agama, yang mana kawan2 tak solat tu solatlah kerana sia2lah puasa anda tu kalau tak solat. Sempena bulan Ramadhan ini juga, saya ingin share satu artikel yang diambil dari IluvIslam.com supaya kita ambil iktibar dari artikel ini.

http://www.iluvislam.com/berita/advertorial/3274-advertorial-terapi-ramadhan-.html