Khamis, 25 Ogos 2011

Makna Kemerdekaan


 Assalamualaikum semua,

Tahun ni kita sambut merdeka raya, yang mana perayaan hari kemerdekaan Malaysia disekalikan dengan hari raya aidilfitri. Namun bila melihat suratkhabar dan berita2 di televisyen, aku melihatkan banyak perkara yang aku rasa pemikiran rakyat Malaysia harus berubah. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian aku la.

Di televisyen, kita lihat pemimpin dan kerajaan sanggup berhabisan menghabiskan duit utk membeli bendera untuk diberikan kepada rakyat Malaysia yang aku rasa itu satu pembaziran. Lebih baik kalo buat kempen kibar jalur gemilang dan biar rakyat guna duit diorg sendiri utk beli bendera, secara tak langsung akan menambahkan semangat patriotisme dalam diri diorg.

Namun perkara ini harus dimulakan dengan pemimpin-pemimpin kita juga, tidak kira la dari parti mana pun dan sekiranya mereka pemimpin mereka harus tunjukkan contoh yang lebih baik. Maksudnya dari segi perwatakan, cara hidup dan cara pemikiran mereka yang sepatutnya diubah kepada pembentukan semangat patriotisme kepada negara.

Cth yang ketara kita lihat yang mana kebanyakan pemimpin negara kita yang kaya raya, ada ke diorg nak hantar anak diorg belajar didalam negara maksud aku di universiti awam dan swasta di Malaysia? Bagi aku universiti kat Malaysia ni kira ok apa, tak de la seburuk yang disangka. Aku tak kisah la sebab itu duit diorg tapi sikap yang aku kisahkan, disuruhnya rakyat hantar anak di universiti tempatan tapi diorg kalo anak tak berapa nak pandai pun hantar luar negara. Kalo yang pandai maksud aku dah masuk A-Level ke atau dah passed test yang sepatutnya nak pergi luar negara aku tak kisah. Ni blaja pun suam2 kuku, hantar sampai US, UK dan tempat lain janji oversea la kononya.

Pastu satu lagi, ko sibuk promote rakyat malaysia pakai kereta Malaysia, tapi anak ko ke bini ko ke semua pakai jenama luar. kereta buatan Malaysia ni ko langsung tak pandang, atas alasan tak de standard. Mcm mana ko nak kata ko ada semangat patriotisme. Kalo nak shopping, ada beli barang buatan Malaysia, aku boleh gerenti la bini2 pemimpin banyak shopping kat luar dari beli barang buatan Malaysia. Jenama Gucci la, DKNY la n mcm2 la. So takyah la nak gebang kat rakyat yang ko nak buat transformasi la, tanamkan sifat patriotisme la, semangat 1Malaysia la dan macam2 semangat la. Bagi aku ubah dulu pemikiran dan cara hidup baru ko boleh ckp perkara2 mcm ni kat rakyat.

Tiada ulasan: