Ahad, 22 Januari 2012

Online Tijarah

Assalamualaikum semua,

Sejak akhir2 ini, macam2 benda dah aku plan untuk tahun ni. Tapi mcm biasa la, kita manusia hanya rancang tapi akhirnya Allah tentukan. Erm redha  jer la kententuan Allah pada diri aku ni. Tapi kadang2 putus asa gak untuk plan2 ni sbb jika berjaya alhamdulillah, jika tak hampa jer. Penat gak la.

Tapi tahun ni aku nak berniaga la secara online. So aku pun dah wujudkan blog perniagaan aku http://onlinetijarah.blogspot.com/ dan sesiapa yang berminat dengan kerongsang dan mutiara boleh la tgk. ni baru permulaan, nanti akan ada stok baru utk sesiapa yang berminat nak beli. Tapi bukan tu saja, benda2 lain pun akan dijual. Heheheh.

Sekian, terima kasih

Ahad, 8 Januari 2012

Kembali Macam Budak Degree

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah lama tak menulis, rasa mcm tak best pun biarkan blog aku ni terbiar. Kalo rumah terbiar org kata ada hantu, ni kalo blog terbiar nak kata apa ek? Hehehehe. Untuk pengetahuan semua, aku ni dah lama tak menulis sebab busy dengan Master ni. huhuhu, penat gak.

Kadang2 aku rasa menyesal pun ada, tapi disebabkan masa depan aku yang aku rasa aku dah plan baik punya. Namun kita kene ingat macam mana baik pun rancangan kita, rancangan Allah itu lagi hebat. Oleh sebab itu, aku serahkan semuanya kepada Allah dengan apa yang aku rancangkan selama ini. Harap semua berjalan dengan lancar untuk tahun baru ini.

Skang ni dah masuk fasa Master proposal, so faham2 la busy mcm mana. nak kene wat report and programming dan harap semuanya berjaya mengikut perancangan. Namun masih ada gak subjek2 lain yang perlu diambil perhatian. Fuh, cepat la abis. Semoga apa yang dirancang berjaya, inshallah aminnnn

Sabtu, 7 Januari 2012

Galaxy Nexus



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Posting kali ni nak ceritakan satu product baru keluaran Galaxy dan mendapat kerjasama oleh Google. Pada Galaxy Nexus ini, kiranya Google sudah mempertaruhkan the new version of Android 4.0 iaitu Ice Cream Sandwich. Pergh mcm makanan yang sedap plak, hehehhe. Yup, Android 4.0 ini mempunyai spesifikasi yang sangat menarik. Yang bestnya Android 4.0 membolehkan camera digunakan untuk menangkap panorama view. Giler gempak. So lepas ni, sapa2 yang selalu kene perli gambar tak muat tu jgn risau sebb panorama view ni ada. hehehe, inshallah ramai2 boleh muat nyer.

Apa2 pun boleh lah layari laman web ini http://www.google.com/nexus untuk lebih lanjut mengenai Galaxy Nexus.