Jumaat, 28 Januari 2011

Alahai Tenang nyer

Assalamualaikum pembaca,

Erm tahun 2011, ni kali kedua aku tulis kat blog ni. Ni semua sebab kesibukan yang melanda diri dengan 3 perkara yang hendak diselesaikan oleh aku yang bergelar pekerja, pelajar dan pencinta wanita. hehehehe.Namun tu semua tak menjejaskan fokus aku kepada dunia politik yang semakin lama semakin membingungkan. Biasalah politik semua perkara boleh jadi.


Namun sebelum pergi lebih jauh, aku nak beritahu sedikit tentang pengalaman pertama aku berada di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Ucapan tahniah dari aku kepada kerajaan Malaysia yang mana telah memikirkan yang terbaik untuk rakyat. Fasiliti yang bagus bagi memudahkan rakyat untuk berulang alik dari Kuala Lumpur ke serata semenanjung Malaysia. Dengan suasana terminal bas kelas pertama, kemudahan kelas pertama dan layanan staf yang seragam kelas pertama bagi menyenangkan rakyat. Apa yang menjadi persoalannya ialah kenapa banyak syarikat pengusaha bas tidak menyertai TBS ini? Setelah meninjau TBS untuk membeli tiket adik aku ke Melaka, baru aku faham kenapa syarikat pengusaha bas melakukan bantahan beramai-ramai.

Antara yang perlu diambil perhatian ialah:
  1. Kemana agaknya staf2 pengusaha bas ni hendak pergi sekiranya TBS telah menyediakan staf2 yang menjual tiket, menjaga keselamatan TBS, menjaga laluan bas dan lain2 lagi. Ini menyebabkan ramai staf2 pengusaha bas akan diberhentikan kerja kerana TBS menyediakan kemudahan sebegitu.
  2. Sewa yang dikenakan mungkin agak mahal kerana TBS mempunyai fasiliti kelas pertama.
  3. Harga tiket bas pula naik dan ini menyebabkan beban juga ditanggung rakyat.
Kesimpulannya, pihak kerajaan perlu mengambil sikap prihatin kepada syarikat pengusaha bas dan pekerja2 mereka supaya tidak diabaikan.

Beralih kepada Dun Tenang, aku merasakan bahawa muslimat PAS kali ini menunjukkan kematangan dalam berpolitik. Ini dapat dilihat dengan cara bagaimana calon PAS di Tenang iaitu Cikgu Mala bergitu bersemangat dan mempunyai misi dan visi yang begitu tepat dengan aspirasi Pakatan Rakyat. Dibandingkan pula dengan calon BN di Tenang, beliau tidak nampak begitu agresif seperti yang calon dun Galas yang mana lebih kepada rakyat. Mohd Azahar Ibrahim seperti lebih mahu dipimpin oleh bos2 besar dalam BN untuk menemani beliau.

Apa yang aku pelik ialah walaupun berlaku pilihanraya di Tenang, masih ada lagi muka2 pelakon lama yang keluar secara tiba2 dengan tidak tahu apa tujuannya. Aku maksudkan ialah Umi Halfida, peliknya dia langsung tak rasa malu atas kesnya pada masa dahulu.Yang lebih pelik ialah apabila Chua Soi Lek masa lagi tidak faham mengenai Islam yang selama ini menjadi agama rasmi di Malaysia. Beliau mempersoalkan mengenai bersalaman antara lelaki dan perempuan yang mana beliau mempersoalkan Cikgu Mala bersalaman menggunakan sarung tangan. Yang aku tak faham plak iaitu mcam mana MCA boleh lantik penzina ni jadi presiden, tak malu ke anda melantik penzina menjadi ketua. in adalah satu isu yang serius yang mana ia mengaitkan dengan tanda2 akhir zaman apabila manusia sebgini diangkat pemimpin.

Akhir sekali, saya mendoakan agama Dun Tenang pada kali ini dimenangi oleh orang yang betul2 layak memerintah dibumi Allah yang indah ini semoga rakyat mendapat berkat dari pemerintahan yang adil dan saksama. Amin

Rabu, 12 Januari 2011

Tahun 2011

Assalamualaikum,

Dah nak masuk bulan Februari baru aku terhegeh-hegeh untuk update blog aku bagi tahun 2011. Tapi tak pe la, biasa la busy. hehehe. Tahun ni mcm2 aku nak achieve untuk diri aku dan kerjaya aku. Walaubagaimanpun, untuk tahun ni bos aku dah tetapkan KPI. huhuhu. Ni yang menambahkan kusut kat kepala.

Untuk tahun ini, aku nak pasang azam untuk abiskan semester 2 dan 3 untuk program master aku kat UPM dengan jayanya. Semoga aku dapat result yang bagus dan cemerlang. Then nak kumpul duit banyak2 sebab nak jalan2 pastu nak simpan untuk kahwin lagi (Walaupun belum ada calon). Bukan apa, sekarang ni mcm2 naik minyak naik, gula naik, sayur pun naik, hantaran naik dan macam2 la. Ni yang kene kumpul dulu. Penat beb. Duit asyik abis jer. Mcm mana la rakyat lain yang gaji kecil dari aku nak kahwin.

Pastu tahun ni gak, aku rasa azam yang aku dah rancang untuk 2011 tak leh buat. contohnya untuk beli motorsikal 250cc, mmg tak cukup kot. mahal sgt, lagipun aku duduk rumah flat. risau plak letak motor mahal2 kat parking tu.

So, perkara yang lain untuk 2011 ni adalah menghadiri majlis kahwin jer la. Mana yang dekat aku gi la, kalo jauh tak dapek la. kalo ada duit aku kirim la. hehhe, tak pun transfer melalui bank tu jer la. Apapun, ucapan 2011 ni semoga anda semua sukses dan gembira.