Khamis, 27 November 2008

Mykad??

Contoh MyKad

Assalamualaikum dan salam sejahtera, seperti mana yang kita tahu MyKad adalah pengganti kepada kad pengenalan diri yang dulu hanyamenggunakan kertas yang telah 'diliminatekan'. Penukaran secara mendadak telah dilakukan untuk menyeragamkan urusan kerajaan dan memudahkan urusan yang lain kerana MyKad yang baru ini dilengkapi ciri2 yang agak canggih kerana ada cip yang menyimpan segala maklumat tentang empunya MyKad dari segi lesen memandu, kesihatan, profil diri dan lain-lain. Bunyi macam canggih.

Namun adakah anda sedar yang sebenarnya MyKad ni saya anggap benda yang Malaysia hanya hendak 'show off'. Sebab jika ada lihat pelbagai perkara yang dilakukan oleh kerajaan dalam mempromosikan MyKad ini sehingga ada iklan dan promosi mengenainya dan dipaparkan dalam surat khabar yang kononnya penggunaan MyKad ni kita lebih maju dari Amerika Syarikat.

Baru-baru ini di dalam parlimen, seorang wakil rakyat telah memberitahu parlimen bahawa penggunaan Mykad tidak lagi selamat kerana sudah ada yang berjaya memalsukannya. Nampaknya macam tidak canggih lagi dan sampai masa nanti rakyat dipaksa menukarkan MyKad baru lagi.

Satu lagi yang hendak saya sentuh adalah mengenai tentang penggunaan MyKad secara menyeluruh. Bukan la saya nak mengutuk sesiapa cuba anda fikirkan dengan kecanggihan yang ada pada Mykad perlu ke kita memerlukan lesen memandu yang menggunakan kertas yang 'diliminate'. Jika MyKad dah ada kemudahan gunakan sahaja. Jika hendak menggunakan MyKad secara menyeluruh, seharusnya pihak berkuasa menggunakan 'reader' bagi memudahkan pembacaan data individu tanpa perlu melihat lesen memandu, kan lebih mudah? Penggunaan MyKad di hospital juga perlu dengan hanya menyimpan maklumat tentang pesakit dan penyakitnya, kan lebih mudah? Jika tidak boleh buat semua itu, baik tidak perlu buat. Saya bercakap begini kerana benda ini boleh dibuat dengan segera dan hanya perlu membuat sistem yang sistematik dan efektif sahaja. Lagipun ramai pelajar dari jurusan komputer sains dan IT yang boelh mengendalikan sistem ini.

Akhir sekali, jika ada kemudahan yang sedia ada gunakan la sebalik dan jangan membazirkannya atau mensia-siakannya. Penggunaan MyKad sepatutnya boleh digunakan secara lebih meluas dan memudahkan rakyat dalam membuat urusan.

Isu Pengkid & Gay



Isu Pengkid dan Gay bukanlah sesuatu isu yang baru tapi benda ni sejak dari zaman Nabi Luth lagi. Kenapa keadaan jadi semakin berleluasa begini sehingga tidak dapat dikawal dan dibendung lagi. Melihat kan video di atas kejadian ini semakin berleluasa sehinggakan ada yang sanggup menentang perkara yang mengharamkan ini.

Yang tak paham nya ada golongan pengkid yang menganggap diri mereka adalah sebahagian dari lelaki. Bagi saya sebagai seorang lelaki, kalau dah perempuan tu perempuan juga. Tidak perlu la nak berlagak lelaki. Bukan apa perempuan dan lelaki ada satu dunia yang berbeza dan tidak boleh diubah sebab sejak azali lagi Allah sudah menentukan perkara ini. Janganlah hendak mengubahnya sesuka hati.

Cuba anda semua imbas semula cerita mengenai kisah Kaum Nabi Luth, di mana Allah swt telah menterbalikkan negeri itu kerana umat Nabi Luth telah menderhaka dengan melakukan hubungan sejenis. Tidak bolehkan kita semua yang masih ada di akhir zaman ini mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi. Kisah ini telah diceritakan didalam surah Hud ayat 82. Hadis Nabi Muhammad saw ada meyebut mengenai isu ini yang dikatakan haram dan salah disisi agama.

Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang lelaki janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang lelaki di dalam sehelai kain dan seorang perempuan janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang perempuan dalam sehelai kain (Nail al-Autar, 6:16).

Mengenai bantahan terhadap isu pengkid dan gay ini, ini adalah tugas kita sebagai umat Islam mentarbiahkan mereka yang tersesat. Oleh itu, pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Isla, Majlis Agama Islam dan jabatan2 yang bertanggungjawab perlu melakukan tindakan yang segera dan jangan hanya goyang kaki terhadap isu yang semakin melarat ini. Mereke seharusnya mengadakan forum2 yang melibatkan golongan muda dan golongan bukan Islam supaya mereka memahami apa maksud Islam dalam mengharamkan isu pengkid dan gay. Mereka juga perlu mendalami jiwa pemuda-pemudi zaman sekarang supaya dapat menarik minat dalam aktiviti2 melibatkan Islam. Jangan hanya menggunakan polis dan pihak berkuasa dalam hal ini, kerana ini menyebabkan mereke bertambah marah dan merasakan perbuatan pihak berkuasa adalah kejam. Bak kata orang jangan bermain api kelak membakar diri.

Olehe saranan saya adalah sepatutnya kita berganding bahu dalam menangani isu ini dan jangan biarkan ia melarat. Penguatkuasaan perlu ada dalam undang2 kerana kita adalah sebuah negara Islam dan tidak perlu takut dalam menegakkan agama Allah yang selama ini mengamanahkan kita menjadi khalifah di muka bumi ini.