Khamis, 27 November 2008

Mykad??

Contoh MyKad

Assalamualaikum dan salam sejahtera, seperti mana yang kita tahu MyKad adalah pengganti kepada kad pengenalan diri yang dulu hanyamenggunakan kertas yang telah 'diliminatekan'. Penukaran secara mendadak telah dilakukan untuk menyeragamkan urusan kerajaan dan memudahkan urusan yang lain kerana MyKad yang baru ini dilengkapi ciri2 yang agak canggih kerana ada cip yang menyimpan segala maklumat tentang empunya MyKad dari segi lesen memandu, kesihatan, profil diri dan lain-lain. Bunyi macam canggih.

Namun adakah anda sedar yang sebenarnya MyKad ni saya anggap benda yang Malaysia hanya hendak 'show off'. Sebab jika ada lihat pelbagai perkara yang dilakukan oleh kerajaan dalam mempromosikan MyKad ini sehingga ada iklan dan promosi mengenainya dan dipaparkan dalam surat khabar yang kononnya penggunaan MyKad ni kita lebih maju dari Amerika Syarikat.

Baru-baru ini di dalam parlimen, seorang wakil rakyat telah memberitahu parlimen bahawa penggunaan Mykad tidak lagi selamat kerana sudah ada yang berjaya memalsukannya. Nampaknya macam tidak canggih lagi dan sampai masa nanti rakyat dipaksa menukarkan MyKad baru lagi.

Satu lagi yang hendak saya sentuh adalah mengenai tentang penggunaan MyKad secara menyeluruh. Bukan la saya nak mengutuk sesiapa cuba anda fikirkan dengan kecanggihan yang ada pada Mykad perlu ke kita memerlukan lesen memandu yang menggunakan kertas yang 'diliminate'. Jika MyKad dah ada kemudahan gunakan sahaja. Jika hendak menggunakan MyKad secara menyeluruh, seharusnya pihak berkuasa menggunakan 'reader' bagi memudahkan pembacaan data individu tanpa perlu melihat lesen memandu, kan lebih mudah? Penggunaan MyKad di hospital juga perlu dengan hanya menyimpan maklumat tentang pesakit dan penyakitnya, kan lebih mudah? Jika tidak boleh buat semua itu, baik tidak perlu buat. Saya bercakap begini kerana benda ini boleh dibuat dengan segera dan hanya perlu membuat sistem yang sistematik dan efektif sahaja. Lagipun ramai pelajar dari jurusan komputer sains dan IT yang boelh mengendalikan sistem ini.

Akhir sekali, jika ada kemudahan yang sedia ada gunakan la sebalik dan jangan membazirkannya atau mensia-siakannya. Penggunaan MyKad sepatutnya boleh digunakan secara lebih meluas dan memudahkan rakyat dalam membuat urusan.

1 ulasan:

aramisz ``^_^ berkata...

saya kenal dengan orang dalam contoh my kad itu...