Sabtu, 23 Januari 2010

TM point Rawang


Salam pembaca,

Kali ini aku nak menceritakan pengalaman aku bekerja di TM Point Rawang since sebelum ini aku dah menceritakan apa itu OJT jadi pengalaman di TM Point menyedarkan diri aku betapa pentingnya orang bawahan jika kita menjadi bos. Terima kasi aku ucapkan kepada brader2 dan kakak2 di TM Point Rawang yang telah memberikan tunjuk ajar kepada aku. Yerla bdk baru jadi faham2 lah.

Kadang2 kita memandang remeh kerja seseorang yang menjadi customer service tapi percayalah jika anda ditempat itu anda akan merasakan azabnya berhadapan dengan customer ang penuh dengan emosi, fiil, perasaan dan mcm2 lagi. Kadang2 sampai tak terlayan dibuatnya. Ada kes yang aku kene marah sebabkan customer tidak mahu menunggu giliran abis satu TM Point dia maki. Ada pula marah, disebabkan kesalahan sendiri kerana tidak terminate phone line jadi sewa bulanan dia terpaksa bayar. Mcm2 lagi la tetapi aku sebagai pekerja TM hanya mampu tersenyum dan layan sahaja gelagat mereka.

Akhir sekali, kepada sesiapa yang menjadi bos hargailah staf anda kerana kejayaan sesebuah kumpulan terletak kepada ahli kumpulan itu. Jadi janganlah menindas atau memandang rendah sesuatu pekerjaan kerana ianya mulia daripada membuat perkara yang dimurkai Allah.

P/S: Dari TM point ini mcm2 boleh belajar, tapi aku dah tahu pakej2 TM yang boleh menguntungkan diri sendiri. hahahhaha, aku juga dah hafal button untuk no giliran customer. hehehehhe. Apa pun staf kat TM point Rawang mmg best and friendly. Kesimpulannya OJT kira best gak la.

Selasa, 19 Januari 2010

Khusyuk kah anda dalam solat?


Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.


Golongan 1.

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.


Golongan 2.

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.


Golongan 3.

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.


Golongan 4.

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.


Golongan 5.

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.


Golongan 6.

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.


Golongan 7.

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.


Golongan 8.

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )


Golongan 9.

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.


Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...


Marilah kita berMUHASABAHDimanakah solat kita?Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita? Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain...

Ahad, 17 Januari 2010

OJT

Salam,

Untuk tahun 2010 ini, aku masih lagi kene menjalani kursus selama 2 minggu lagi. Jadi, esok tarikh 18 Januari aku akan ditugaskan ke Menara Mutiara Bangsar untuk menjalani OJT iaitu "on job training" sebagai staf TM Point. Pergh, yang tak tahan pula tempat training tidak dapat dipastikan lagi jadi harap tidak jauh dari rumah. Jangan la pulak sampai ke Gombak, letih beb.

4 minggu OJT, di cawangan TM Shah Alam dan Jln Raja Chula mengajar banyak erti hidup dan bagaimana staf TM bekerja dari awal perancangan hingga pemasangan dan pembaikpulihan. Banyak yang aku belajar dari segi gaya hidup dan gaya kerja orang lama di TM. Yang baik boleh di contohi dan yang tidak baik tidak payah diikuti.

Namun yang bestnyer pasal OJT ni, kita boleh balik awal atas kebenaran bos atau blah mm tu jer. Jgn tiru aksi ini masa kerja nanti nahas. Apa2 pun terima kasih pada Farhana dan Lily yang menemankan aku masa OJT tu.

Sekian.

Selasa, 12 Januari 2010

Re: Isu penggunaan perkataan Allah

Salam pembaca,

Saya dapat beberapa feedback daripada pembaca tentang posting saya mengenai isu penggunaan perkataan Allah. Bagi saya, isu ini adalah serius namun tidak perlu sampai membakar gereja dan berlaku perbalahan agama sehingga tercetusnya kes pembunuhan.

Bagi saya, isu penggunaan Allah boleh digunakan oleh agama lain tetapi harus dipantau oleh KDN dan JAKIM secara serius supaya tidak berlaku pemesongan akidah. Seperti mana yang dikatakan oleh Ustaz Asri (www.drmaza.com) perkara ini perlu ada garis panduan. Contoh jika dalam majalah tersebut mengatakan Allah itu Tuhan alam semesta jadi kita kena akui perkara itu. Jika berlaku pula perkara yang Allah itu Tuhan anak atau Trinity ia harus ditentang secara habis-habisan oleh pihak Islam kerana ia boleh memesongkan akidah.

Kita tidak perlu melatah tentang perkara ini, kerana diluar negara terutama negara Timur Tengah mereka membenarkan perkataan Allah oleh agama lain terutama agama Kristian dan Yahudi. Kita pun telah diterangkan dari kecil bahawa setiap manusia yang dilahirkan perkataan alif lam lam ha telah ada pada setiap badan manusia dan 99 nama2 Allah pun telah ada. Jadi ini menunjukkan Allah itu milik semua orang.

Oleh itu, kita yang sudah sedia Islam seharusnya tidak perlu melatih tetapi sebaliknya lebih berfikiran terbuka dan mengutamakan perintahNya dari pada melakukan laranganNya.

P/S: Saya bukannya hendak menyokong sesiapa tetapi kadang yang saya lihat yang melebih lebih ini banyak terjerumus dalam kancah politik daripada agama itu sendiri. Bukan apa, apabila kita lihat yang berkobar2 ni lebih sudu dari kuah bukan apa amalan dari Allah tidak dibuat tetapi larangan yang banyak dilakukan.

Jumaat, 8 Januari 2010

Perkataan Allah

Salam pembaca,

Bagi kes mengenai perkataan Allah pada Herald Times yang telah dibicarakan di mahkamah telah memberikan keputusan bahawa Herald Times berhak menggunakan perkataan Allah pada setiap keluaran mereka. Ini secara tidak langsung menaikkan kemarahan umat Islam di Malaysia. Namun rayuan dikemukan dan mahkamah menangguhkan keputusan perbicaraan itu.

Namun apa yng menjadi masalah adalah di mana kedudukan agama Islam di Malaysia ini walaupun kita mempunyai YDP Agung yang mana ia menjadi Ketua Agama Islam di Malaysia. Perkara ini bagi saya sepatutnya dibincangkan dengan Majlis Raja2, para ulama, pihak gereja dan cendiakawan dan bukan di Mahkamah Sivil yang banyak perkara yang meragukan.

Bagi saya, penggunaan kalimah Allah ini memang berhak digunakan oleh pihak gereja seperti yang dikatakan oleh Nik Aziz yang mengatakan bahawa semua agama Samawi memang menggunakan perkataan Allah. Bagi saya ini logik kerana kenapa Rasulullah saw sebelum wafat mengatakan Al Quran dan hadis sebagai wasiat beliau kepada umat Islam akhir zaman. Oleh itu wasiat ini yang akan membezakan bahawa Islam kah seseorang itu. Namun apa2 pun penggunaan Allah seharusnya dilarang agar tiada yang keliru dan sekiranya dibenarkan jadikanlah AlQuran dan hadis Rasulullah sebagai panduan hidup.

P/S: Penggunaan Allah turut digunakan oleh ajaran sesat yang lain. Bagi saya, apa yang membezakan kita dengan yang lain adalah pegangan AlQuran dan hadis Rasulullah. Ini secara langsung, menentukan bahawa kita ini golongan ahli Sunnah Wal jamaah. Amin

Politik yang memeningkan tahun 2010

Salam pembaca,

Pada tahun ini iaitu tahun 2010 pelbagai kontroversi yang dibangkitkan oleh pihak media dan pihak politik mengenai isu2 yang terjadi dinegara kita. Isu yang paling hangat dibincangkan ialah mengenai keputusan siasatan Tan Sri Gani Patail terhadap kehilangan enjin F-5E. Beliau mengatakn bahawa hanya pegawai rendah sahaja yang terlibat dan bukan pegawai atasan. Bagi saya, apa yang beliau mengarut ini. Kalau cerita pada budak2 pun mereka akan ketawa sebab tidak logik dari segi faktanya.

kenapa saya kata tidak logik? Ini kerana untuk mengangkat, mengalih dan menjual barang ini kepada sindiket antarabangsa bukan boleh dikomplot hanya 5-10 orang pegawai biasa. Perkara begini mesti melibatkan beberapa orang atasan untuk meluluskan pengangkutan enjin tersebut. Almaklumlah harga ini ini berjuta-juta harganya dan ini secara tidak langsung menyebabkan pihak yang menjual boleh merasuah orang lain untuk menjadi kambing hitam dan penutup cerita.

P/S: Perkara ini juga mempunyai jalan cerita yang sama dengan cerita Atlantuya yang diakhir cerita tersebut hanya kambing hitam yang dipersalahkan sampai ke hukuman gantung. Pemerintahan Najib pada kali ini menunjukkan bahawa beliau sangat lemah dalam menangani isu rasuah dan semakin banyak pengkhianat negara.

Jumaat, 1 Januari 2010

Salam Tahun Baru 2010

VS

Salam semua,

Sempena tahun 2010 yang telah muncul tiba, saya dengan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pembaca blog saya ini. Walaupun tahun 2009 telah berlalu, namun tahun 2009 telah banyak memberi impak yang besar dalam hidupku yang sudah bergelar pekerja. Kadang2 tertawa sendiri bila mengenang tahun 2009 yang banyak mengajar aku erti hidup.

Antara perkara terbesar dalam tahun 2009 ialah aku telah menyambung ke semester 2 semasa peringkat Sarjana dan pada bulan Ogos 2009 aku telah menarik diri dari Sarjana dan ambil keputusan untuk bekerja. September 2009 aku telah bekerja di sebuah syarikat pembangunan perisian di Ikonxept. Kemudian pada bulan November pelbagai kisah suka duka dalam hidup aku di mana telah meletak jawatan sebagai pengaturcara komputer dan memasuki TM sebagai Penolong Pengurus. Terima kasih kepada Dr Ali dan rakan2 Sarjana di UTM dan tidak lupa kepada bos Samayah serta rakan2 di Ikonxept. Diharap agar pada 2010 ini, TM menjadi syarikat yang membuat aku memacu ke hadapan.

Sekian

P/S: Untuk tahun 2010, azam aku memang terlampau banyak yang mana salah satunya adalah untuk membeli kereta. Jadi tahun ni banyak la kene kumpul duit untuk down payment kereta. Kereta apa nak beli masih menjadi tanda tanya, tapi pilhan aku ialah Vios dan City. Tapi bila ikut kemampuan Vios la kelas E. Kepada member2 yang membaca kemukalah cadangan kepada saya ini.

Namun ramai persoal tentang rumah dan kereta ini. Tapi bila difikirkan tentang down payment dan deposit memang kita akan terfikir baik beli kereta dahulu sebagai harta pertama dan kemudian rumah.