Jumaat, 8 Januari 2010

Perkataan Allah

Salam pembaca,

Bagi kes mengenai perkataan Allah pada Herald Times yang telah dibicarakan di mahkamah telah memberikan keputusan bahawa Herald Times berhak menggunakan perkataan Allah pada setiap keluaran mereka. Ini secara tidak langsung menaikkan kemarahan umat Islam di Malaysia. Namun rayuan dikemukan dan mahkamah menangguhkan keputusan perbicaraan itu.

Namun apa yng menjadi masalah adalah di mana kedudukan agama Islam di Malaysia ini walaupun kita mempunyai YDP Agung yang mana ia menjadi Ketua Agama Islam di Malaysia. Perkara ini bagi saya sepatutnya dibincangkan dengan Majlis Raja2, para ulama, pihak gereja dan cendiakawan dan bukan di Mahkamah Sivil yang banyak perkara yang meragukan.

Bagi saya, penggunaan kalimah Allah ini memang berhak digunakan oleh pihak gereja seperti yang dikatakan oleh Nik Aziz yang mengatakan bahawa semua agama Samawi memang menggunakan perkataan Allah. Bagi saya ini logik kerana kenapa Rasulullah saw sebelum wafat mengatakan Al Quran dan hadis sebagai wasiat beliau kepada umat Islam akhir zaman. Oleh itu wasiat ini yang akan membezakan bahawa Islam kah seseorang itu. Namun apa2 pun penggunaan Allah seharusnya dilarang agar tiada yang keliru dan sekiranya dibenarkan jadikanlah AlQuran dan hadis Rasulullah sebagai panduan hidup.

P/S: Penggunaan Allah turut digunakan oleh ajaran sesat yang lain. Bagi saya, apa yang membezakan kita dengan yang lain adalah pegangan AlQuran dan hadis Rasulullah. Ini secara langsung, menentukan bahawa kita ini golongan ahli Sunnah Wal jamaah. Amin

4 ulasan:

Syahmi berkata...

salam nadzri, setuju dgn pandangan bahawa penganut agama samawi lain buleh guna kalimah itu tanpa mencacatkan sifat2 Pemilik kalimah itu.
aku sarankan agar kita semua ambil pandangan ulama' dalam hal ini. antara ulama' yg buleh dirujuk adalah ust zaharuddin, dr maza, ust nasruddin hassan tantawi dan sumber daripada gerakan islam seperti PAS sendiri. semua tu leh search kat internet.

Arfian berkata...

beb, tu pada pandangan ko..
tp pada pandangan Harun Din laen laks.. --> http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=87

bahaya ko kuarkan isu tue..
aku rase baek ko turunkan pos ko tue..
kite takde ilmu/ ilmu ciput, jgn kuarkan kenyataan ikot nafsu..
and seperti khutbah jumaat oleh visiting prof kat utm, die pon tak bape setuju penggunaan tue..nie sume mainan yahudi tue...

Unknown berkata...

Salam,

Saya setuju dengan pendapat anda tentang perkara ini, tapi kene ingat bahawa Allah ini adalah hak milik semua orang tidak kira agama. sebab yang mana kita tahu sejak manusia yang lahir ke dunia telah berada pada badan kita kalimah Allah dan tapak tangan kita telah tertulis 99 iaitu nama2 Allah. Jadi perkara ini tidak harus dipandang sebagai menjadi perkara yang serius hingga menyebabkan perbalahan agama oleh semua pihak.

Cuma yang sepatutnya JAKIM cadangkan adalah satu garis panduan yang mana penggunaan perkataan Allah itu betul seperti yang diperkatakan oleh Ustaz Asri (www.drmaza.com). Jgn kita melatah tidak tentu pasal kerana di luar negara isu ini tidak menjadi masalah kerana mereka yakin Allah tuhan seluruh alam. Berpegang la kita pada kalimah syadah yang kita ucapkan hari2 waktu sembahyang

syahmi berkata...

kepada saudara arfian: saya menghormati pandangan saudara. tapi saya menyokong tulisan nadzri dan minta nadzri biarkan pos ini agar semua umat islam sedar tanggungajwab mereka. bukannya sebuk mempertahankan kalimah tapi pada masa yang sebuk meninggalkan suruhan Pemilik Kalimah.

anyway, kita kene baca pandangan semua alim ulamak di malaysia dan kita cuba ikut yg paling kuat. as for ustaz haron din's opinion, m sure he'll agree to PAS' stance.