Ahad, 5 Disember 2010

Genap setahun dah......

Ni adalah officemate aku di TM. hehehhe.


Assalamualaikum pembaca,

Agak lama tak menulis blog ni, maklumlah busy dengan kerja2 yang memaang telah menyibukkan diri ini. Ok la, ruangan kali ini sebenarnya hendak memberitahu sebenarnya aku dah setahun bekerja di Telekom Malaysia. Pada tanggal 1 Disember 2010, adalah tarikh yang mana aku dah bekerja setahun di Telekom Malaysia, yang mana company ni dah menaja pelajaran aku masa diploma. Terima kasih TM dan sekarang masa untuk aku membalas jasa.

Bekerja di TM bagi aku adalah perkara yang agak menyeronokkan walaupun banyak masalah, dugaan dan ujian yang telah aku lalui dan berjaya diatasi dengan bantuan rakan2 office yang lain. Ucapan terima kasih kepada mereka semua kerana menolong aku untuk memudahkan urusan aku. Terima kasij tak terhingga kepada En Khairi dan Pn Izlin kerana membantu dan asyik suruh aku mengorat anak Tan Sri. hehehhe.

Terima kasih juga kepada bos besar aku iaitu En Hazarudin kerana  memberikan kelonggaran kepada aku dtg lambat sikit, panjangkan tempoh kerja, luluskan cuti dan akhir sekali belanja makan. hahahhaha, Kat TM Taman Desa banyak perkara boleh dilakukan seperti main ping pong waktu lunch n after office hours. (Hari2 main tak kurus2 gak). Best2 n skang aku dah kira tahap intermediate player. hhuhuhu.

Pengumuman jugak bahawa aku sudah tamat semester pertama di UPM dan berjaya lulus iaitu dengan mendapat 3.167. hehehhe. Yuhuuu, tak re-sit semester. penat tu aku pulun masa final exam. hehehehhe, letih gak la, Ngan kerja dan belajar, so kepada sesiapa yang nak keje sambil blaja kena la bersedia dan jangan main terjah jer macam aku. hehehehh. last2 mengeluh.