Khamis, 22 Oktober 2009

Kekuasaan Allah

Salam pembaca,

Kali ini saya hendak menunjukkan video yang saya ambil dari YouTube yang mana ia mengisahkan sebuah keluarga dari Rusia yang mendapat seorang cahaya mata yang istimewa. Apa yang istimewa mengenai bayi ini adalah di anggota badan beliau tertulis ayat-ayat dari Al-Quran. Ayat2 Al-Quran ini bukanlah ditulis tetapi timbul dan kemudian menghilang. Jika ayat itu muncul semula dengan ayat yang lain dan ia berubah-ubah. Maha Suci Allah.

Ahad, 18 Oktober 2009

Kerja oh kerja

Minta maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini kerana tidak sempat. Ini adalah kerana terlalu banyak kerja di pejabat yang perlu diselesaikan oleh saya menyiapkan sebuah projek untuk syarikat konsesi air. Hari2 mengadap program2 yang banyak dan memenatkan.

Kepada sesiapa yang biasa membuat program, mereka akan tahu bagaimana rasanya ia bagaikan membuat matematik setiap hari dan otak kita akan penat berfikir. Oleh itu sesiapa yang bercita-cita menjadi seorang pengaturcara komputer bersedia lah untuk menghadapi perkara berkenaan. Ini adalah perkara asas yang dilakukan oleh pengaturcara komputer sebelum pergi ke penganalisis sistem.

Yang bencintanya adalah kita bekerja dengan syarikat kecil yang dimiliki oleh Cina jadi pengalaman bekerja dengan syarikat ini memang lain dan kita kena menjadi seorang yang kuat. Kadang2 rasa nak keluar pun ada juga, sebab bayangkanlah jika tugasan yang diberi siap pada pukul 6 dan saya pula pulang pada pukul 6.30 jadi dalam masa setengah jam itu tidak diberikan kita peluang untuk berehat dan bersedia untuk pulang. Jadi cuba anda bayangkan masa2 lain pula dan ia amat memenatkan. Kadang2 rasa cemburu juga kepada kawan2 yang bekerja di agensi kerajaan yang asyik bermain Facebook. huhuhuhu.

Tahniah BN

Salam pembaca,

Ruangan kali ini adalah bercerita mengenai kemenangan BN yang mana saya telah menjangkakan sejak awal lagi walaupun pemimpin yang dipilih seperti mana yang kita tahu memang korup dan mempunyai rekod rasuah. Kadang2 apabila difikirkan balik pemikiran orang kampung dan bandar amat berbeza. Apabila kita melihat perkara ini berlaku di Bagan Pinang, kita memang melihat orang kampung tidak melihat latar belakang seorang pemimpin yang dipilih tetapi apa yang dilihat adalah seorang pemimpin yang menjaga mereka tidak kira melalui cara yang baik atau buruk.

Namun dalam pertandingan ini, kita boleh melihat Isa Samad iaitu bekas menteri besar Negeri Sembilan berpengalaman dalam meraih undi pengundi pilihanraya. Beliau juga adalah anak jati kawasan Bagan Pinang. Ini sudah tentu memihak kepada beliau. Kepada pembangkang banyak perkara yang perlu diambil kira jika pergi ke kawasan kampung kerana pemikiran kawasan kampung yang diwakili oleh orang veteran amat susah untuk ditukarkan.

P/s: Bagi saya, kita di Malaysia perlu jadi seperti rakyat di negara2 maju yang mana kita rakyat yang menjadi kuasa dalam pemerintahan negara yang mana kita yang menentukan semuanya. Bagi saya apa salahnya menukarkan kerajaan jika kita hendak lihat perubahan dalam Malaysia. Kita tukar dan jika tidak bagus kita tukar lagi. Dengan cara ini, kita boleh lihat rakyat penentu segalanya bukan kerajaan.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Pengalaman kerja

Salam pembaca,

2 Oktober 2009 telah genap sebulan bekerja, pergh mmg letih la kerja KL ni yer la hari2 merempuh onak duri dan cabaran. Tapi semua perlu dilalui hanya untuk mendapatkan gaji tiap2 bulan. Mcm2 kene dilalui dlm perjalanan menuju ke office yang terletak di Jln Pinang, Wisma UOA. Aku tiap2 hari naik LRT dan Monorail jadi tiap2 pagi kali tak jadi ikan sardin takde masalah. Setelah sebulan ni duit gaji sudah dapt tetapi habis camtu jer sebab nak beli sebuah motorsikal. huhuhu.

Pada 30 September 09, peristiwa yang dahsyat telah melanda di beberapa buah negara seperti Filipina, kepulauan Samoa dan Kepulauan Sumatera, Indonesia. Ucapan takziah saya ucapkan kepada semua mangsa2 kejadian ini. Kejadian gempa bumi di Indonesia pada hari itu telah menyebabkan Malaysia turut merasai gegaran itu dan tidak terkecuali juga kepada aku yang berada di tingkat 18 di Wisma UOA. Ini adalah pertama kali aku merasakan gegaran ini dan pelbagai perasaan yang melanda difikiran. Terfikir juga bagaimana dengan orang yang berada di kepulauan yang menghadapi situasi itu.

Oleh itu harapan aku agar, semua umat Islam berdoa bersama2 bagi menyelamatkan umat Islam dan kepada yang telah pergi ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin

P/s: Kepada kawan2 yang nak rasa gaji first aku tak dpt la, sebab duit dah abis