Sabtu, 20 November 2010

Pengalaman di MIMOS

Awal bulan november, aku dan budak kelas master dari UPM ada buat lawatan ke MIMOS. Lawatan ni pun dibuat untuk mempelajari dan melihat apa itu high performance computing dan grid computing. Teknologi grid di Malaysia dikira akan maju dengan cepat kerana semakin ramai pengguna internet kat Malaysia.

Kerjasama kerajaan dan MIMOS membina Grid juga dah banyak membantu ke arah kemajuan teknologi Malaysia. Cth utk pendidikan, automotif, animasi upin dan ipin dan macam2 lagi. Boleh layari laman web MIMOS.

P/S: dulu ada gak mohon minta kerja kat MIMOS tapi tak dpt. Sebab tgk kat MIMOS dia ada a group of intelligence so qualifications aku belum layak lagi la. Tgk team Diorg mmg ramai org Malaysia yg graduate overseas dan ada yang mmg dah jadi sainstis kat overseas. Erm tak pe TM perlukan aku. Hehehe.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Rabu, 10 November 2010

Buat tu tak kena, buat ni tak kena

Salam,

Agak lama juga tak berblog ni, maklum lah agak busy sikit dengan kerja dan assignment yang agak berlambak dah ni. Erm namun ada jugak member2 yang memanggil untuk saya memberi komen mengenai bajet 2011 dan program tranformasi ekonomi yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib.

Bagi saya sebagai rakyat Malaysia, bajet 2011 pada kali ini kira boleh dikatakan sama sahaja dengan bajet2 sebelum ini yang tidak tercapai. Tetapi bajet kali ini lebih menjurus kepada peningkatan ekonomi Malaysia yang seperti mana yang kita tahu tema bajet 2011 ialah "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi". Pada bajet kali ini, apa yang saya tidak puas hati ialah pembinaan Menara 100 tingkat yang diberi nama Menara Warisan Merdeka yang mana RM 5 Billion ialah anggaran kos untuk membina bangunan ini. Apa yang saya lihat, pembinaan ini adalah satu pembaziran dimana seperti mana yang kita tahu banyak lagi bangunan kerajaan yang sepatutnya boleh digunakan telah terbiar kosong. Tidak usah kata bangunan kerajaan, tetapi bangunan kebanggaan kita Twin Tower KLCC pun masih banyak yang kosong. Sehingga ada yang mengatakan telah jadi tempat hantu bersarang.

Seperti mana yang kita tahu, bahawa kos pembinaan Petronas daripada kos RM 4.8 Billion tetapi apabila siap ia meningkat sampai mencecah RM 10 Billion. Pada mulanya kita nampak megah dengan bangunan ini namun diakhirnya Petronas yang rugi kerana banyak aras yang kosong tidak dipakai oleh Petronas sendiri. Inikan pula nak membina satu lagi menara yang mana kos ini akan ditanggung oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Namun mana datangnya pula duit PNB ni, kalo bukan hasil titik peluh rakyat yang melabur kat diorang.

Satu lagi mcm mana Datin Rosmah plak yang tak memegang apa2 jawatan dalam kerajaan pun boleh dapat bajet sebanyak RM 100 juta bagi menjayakan program permata. Bagi aku kalo nak bagi pun cover2 la biar bawah Kementerian Pelajaran.Sayang betul najib kat Rosmah. Tapi tak pe sebab aku tgk permata ni pun ada gak gunanya.

Namun at last aku tgk bajet 2010 ni bukan untuk langkah2 penjimatan, seperti mana yang kita tahu negar kita telah mengalami defisit kekal selama 7 tahun. apa yang merungsingkan ialah hutang negara semakin meningkat sehingga RM362.39 bilion pada tahun 2009. Ini adalah laporan ketua audit negara. Yang mana ada laporan mengatakan Malaysia akan bankrup pada tahun 2019 iaitu hutang yang melebihi RM 1,000 bilion (petikan dari Datuk Seri Idris Jala). Ada yang mengatakan pada saya, kalo pembangkang memerintah Malaysia lagi takde kemajuan. Bagi saya biara kemajuan tu slow and steady tapi, ekonomi negara meningkat.

Menegenai ETP pula, saya sangat tidak bersetuju dengan program ini membentuk perubahan ekonomi Malaysia. Yang mana, saya melihatkan ekonomi kita hendak berkiblatkan cara hidup barat yang mana Najib akan aplikasikannya di Malaysia. Kita boleh lihat pada ETP itu, dimana beliau akan memperbanyakkan pusat hiburan dan spa supaya Malaysia dijadikan hab untuk hiburan bagi meningkatkan ekonomi Malaysia. Adakah kita terlalu desperate sehingga sanggup menjadi jahil tanpa menghiraukan sensitiviti agama Islam? Adakah beliau tidak fikir lagi banyak pusat hiburana akan mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat kat Malaysia ini. Cukup lah apa yang kita lihat pada Amerika pada hari ini, dan janganlah kita mempertaruhkan masa depan muda mudi kita.

P/S: Saya harapkan perkara ini dipandang serius oleh ulama dan kita sebagai rakyat. Jgn biarkan pemimpin kita sesuka hati membuat perkara2 mungkar walaupun beliau pemimpin. Jangan sampai kita dilaknat oleh Allah sehingga ditimpa pelbagai bencana dan musibah disebabkan setitik nila habis rosak susu sebelanga. Cukuplah dengan anak haram, kaki judi, kaki botol, yang telah menjadi isu hangat kat negara kita, jangan lah ditambah lagi. lebih baik dicegah dari melarat sehingga susah diubati.