Khamis, 23 Jun 2011

Keikhlasan


Assalam semua,

Hidup ni kadang2 kene fikirkan tentang semua orang disekeliling kita. Sebab tu Allah jadikan kita hidup bermasyarakat dan bukannya hidup untuk diri sendiri. Namun bila aku dah bekerja selama 2 tahun, aku terfikir apa bezanya tanggungjawab, keikhlasan, kepuraan dan professionalisme. Sebab dalam agama Islam dan setiap agama di dunia ini, ia menyatakan jika kita membantu orang lain ia dikira satu kebaikan dan ini mestilah ikhlas. Jika tidak ikhlas dan penuh muslihat ia dinamakan kepuraan. Jika kita merasakan diri melakukan kebaikan itu kerana terpaksa maka ia dikira sebagai tanggungjawab. Dan bila kita lakukan sesuatu kerana tanggungjawab dan untuk mencapai sesuatu tanpa memikirkan soal perasaan so ia dikira sebagi professionalisme. Ini bukan lah fakta atau konsep tapi ini adalah apa yang aku nampak.

Sebab tu bila aku tgk cerita Indonesia bertajuk "Kiamat Sudah Dekat", aku melihatkan apa yang cuba dibawakan oleh penulis skrip sangat bermakna kerana apa yang penting dalam melakukan sesuatu adalah ikhlas. Ini sangat penting sebab ia akan menyebabkan hasil sesuatu kerja itu lebih bermakna. Bila dikatikan dengan pengalaman aku bekerja sebagai seorang pekerja untuk dikerjakan. Maklumlah politik office, lebih kurang jer dengan politik negara. Kadang2 aku akan bermain dengan konsep2 ini iaitu tanggungjawab, keikhlasan, kepuraan dan professionalisme. Jika aku bermain dan tidak faham konsep2 ini, maka apa yang aku lakukan mungkin memberi impak kepada kerja aku. So, sometimes we feel that life is unfair but think about ikhlas and it will help you to make you a better person.