Cadangan kerajaan untuk menswastakan Institut Jantung Negara (IJN) adalah sesuatu yang mengejutkan bagi saya kerana IJN adalah salah satu institusi kerajaan yang membantu orang yang kurang pendapatan bagi mendapatkan rawatan yang murah terutama pesakit jantung. Tetapi dengan idea untuk menswastakan IJN ini adalah satu yang amat membebankan rakyat terutama golongan miskin dan sederhana untuk mendapatkan rawatan kos rendah.
Ahad, 28 Disember 2008
Penswastaan Institut Jantung Negara
Cadangan kerajaan untuk menswastakan Institut Jantung Negara (IJN) adalah sesuatu yang mengejutkan bagi saya kerana IJN adalah salah satu institusi kerajaan yang membantu orang yang kurang pendapatan bagi mendapatkan rawatan yang murah terutama pesakit jantung. Tetapi dengan idea untuk menswastakan IJN ini adalah satu yang amat membebankan rakyat terutama golongan miskin dan sederhana untuk mendapatkan rawatan kos rendah.
Selasa, 23 Disember 2008
Babi oh khinzir
Seperti mana yang kita tahu bahawa isu yang melibatkan babi ini semakin meluas dan menjadi-jadi di Malaysia ini. Ini bukan kerana kesalahan babi itu tetapi lebih kepada peternak babi itu sendiri, pihak berkuasa dan pemimpin kita yang tidak pandai mengawal isu babi ini. Lebih-lebih lagi kejadian mengenai babi yang berlaku di Masjid Tanah, Melaka. Apa yang terjadi boleh mejadi isu tegang antara kaum dan ini boleh terjadi apabila berlauknya tuduh menuduh dari pelbagai pihak. Kebanyakan penduduk di kawasan itu marah dan mahu mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa terhadap perkara ini. Bagaimana pihak kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rustam hendak menyelesaikan perkara ini?
Masalah ini muncul kerana berlaku pelbagai musibah yang menyebabkan pelbagai penyakit, gangguan ekonomi penduduk setempat dan pencemaran yang berlaku disebabkan babi. Ini ditambah kesan negatif terhadap kebanyakkan pengusaha-pengusaha chalet dan homestay di Tanjung Bidara bankrup disebabkan oleh babi ini. Mana tidaknya najis binatang haram ini disalurkan ke pantai dan menjadi tempat peranginan berbau busuk sehingga ramai pelancong tidak mahu lagi memilih Tanjung Bidara sebagai destinasi perlancongan. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Takkan pihak berkuasa atau pihak kerajaan negeri Melaka hanya mendiamkan diri atas perbuatan ini atau mereka sudah buta? Adakah perkara 'udang disebalik batu'?
Masalah perternakan babi yang berleluasa di Melaka ini bukan baru. Setahu saya isu ini telah lama berlaku sejak saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Masjid Tanah. Dahulunya isu babi ini tidaklah begitu heboh tetapi sejak akhir-akhir ini isu perternakan babi yang tidak terkawal itu yang menjadi isunya. Mana tidaknya, jika anda melalui kawasan pedalaman Masjid Tanah seperti di Lubuk China anda akan bersetuju dengan pendapat saya kerana bau babi terutama si waktu pagi yang kadang-kadang meloyakan.
Bagaimana pula dengan kerajaan negeri Selangor terhadap isu ini? Saya tabik dengan tindakan yang dilakukan terhadap Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor dalam menangani isu ini. Beliau mengambil pendapat dari semua pihak tentang penternakan babi secara moden. Lagipun isu ini bukan dari kerajaan negeri Selangor sekarang tetapi projek penternakan babi ini telah diluluskan sejak pimpinan Datuk Seri Khir Toyo lagi. Bagaimana hendak membatalkan projek ini jika ia melibatkan duit rakyat tergadai berjuta-juta ringgit. Namun masih ada pihak yang menggunakan isu ini sebagai alat untuk menfitnah kerajaan negeri sekarang. Mereka mengatakan projek ini adalah salah kerajaan negeri Selangor dan memudaratkan kepada penduduk di sekitar Sepang. Tetapi perlu diingat bahawa penternakan moden ini adalah yang canggih di mana najis babi ini digunakan untuk menjana tenaga elektrik dan ini dapat mengelakkan pencemaran terhadap alam sekitar serta penternakan babi terkawal.
Berbanding dengan kerajaan negeri Melaka, bagaimana kerajaan Melaka hendak mengelakkan perkara ini. Adakah hanya dengan memindahkan babi-babi ini sudah cukup untuk memuaskan hati rakyat, setelah pelbagai musibah yang melanda takkan hendak membiarkanya berleluasa lagi. Adakah ingin tunggu sehingga ada pembunuhan atau kepala babi diletakkan didalam masjid pula? Jadi cuba fikir-fikirkanlah dan ambillah tindakan yang drastik terhadap isu ini.
Isnin, 22 Disember 2008
Tandas
Salam para pembaca sekalian,
Saya bukan hendak mengungkit tapi hendak membangkit dimana tanggungjawab kerajaan terhadap perkara ini, tidakkah pihak kerajaan tidak merasa bersalah terhadap perkara kebersihan di Melaka. Jangan disebabkan nila rosak susu sebelanga. Ini kerana perkara kebersihan ini tidak boleh dipandang remeh oleh pihak kerajaan. Saya di sini bukan lah hendak menyalahkan 100% kepada kerajaan kerana saya faham orang awam juga perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Tetapi di manakah duit cukai yang dibayar oleh rakyat kepada kerajaan.
Takkanlah kerajaan negeri tidak boleh memperuntukkan sedikit wang untuk melakukan pembaikpulihan terhadap semua harta benda awam bagi mencantikkan pemandangan negeri sebagai tempat pelancongan. Jika duit itu digunakan untuk mengupah pekerja kepada orang Malaysia sendiri boleh mendatangkan pendapatan kepada ramai penggangur di Malaysia. Ini tidak melakukan perkara2 yang membazirkan seperti konsert, majlis-majlis keraian yang besar-besaran yang boleh dianggap membazir. Adakah terbangunnya sebuah kerajaan adalah untuk orang-orang ternama dan bukannya untuk rakyat yang menderita dan kelaparan?
Berbalik kepada kebersihan, adakah dengan situasi tandas yang teruk itu boleh mengekalkan Melaka sebagai negeri pelancongan dan bandar bersejarah dari UNESCO? Jika inilah sikap memandang remeh yang diambil oleh kerajaan negeri bagaimana hendak menjadikan negeri Melaka sebagai negeri pelancongan. Fikir2kan la.
Khamis, 11 Disember 2008
Untuk rakyat atau orang kenamaan??
Saya sebenarnya telah lama terpanggil untuk mengeluarkan tajuk mengenai isu ni, isu di mana ia melibatkan keselamatan orang awam, imej negara Malaysia dan imej institusi pengajian tinggi awam. Ke semua perkara ini adalah melibatkan tentang jalan-jalan yang terbentang di Malaysia. Saya sangat kesal dengan pihak berkuasa terutama Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam mengatasi masalah mengenai jalan di Malaysia. Jika anda yang pernah melalui jalan hendak masuk ke Universiti Teknologi Malaysia anda mesti melalui jalan di bawah untuk ke Taman Universiti.
Bagi sesiapa yang melalui jalan ini mesti anda akan menggelengkan kepala anda kerana keadaan jalan ini yang sangat teruk. Dengan jalan yang tidak rata dan berlubang. Adakah pihak berkuasa tidak langsung mengambil berat mengenai jalan ini? Adakah jalan ini akan dibaiki apabila berlakunya banyak kematian terhadap orang orang awam yang melalui jalan ini. Saya pelik kerana jalan ini adalah jalan yang menuju ke sebuah menara gading yang ternama di Malaysia dan menjadi kunjungan ramai diplomat atau warganegara asing yang datang untuk menghadiri persidangan. Adakah pihak berkuasa tidak prihatin mengenai perkara ini? Gamabr di bawah adalah menunjukkan sebahagian gambar yang menunjukkan keadaan jalan tersebut.
Pada awal tahun 2008, ada berita mengenai pihak Sultan Brunei hendak mengunjungi UTM atas lawatan kerja. Lalu pihak berkuasa datang untuk membaiki keadaan jalan di diatas namun sekerat jalan sahaja kerana pihak Sultan Brunei memberitahu mereka menaiki helikopter untuk mengunjungi UTM. Saya terkilan kerana usaha pembaikan jalan itu hanya sekerat jalan sahaja dan bukan untuk kebaikan rakyat yang membayar cukai jalan kepada kerajaan setiap tahun. Adakah duit-duit itu semua hanya untuk orang kenamaan sahaja dan bagaimana nasib rakyat yang membayar cukai setiap tahun? Adakah cukup dengan hanya rebet tunai yang diterima dapat menyelamatkan orang awam setiap tahun yang terlibat dalam kemalangan akibat keadaan jalan raya yang teruk? Cuba anda para pembaca fikirkan mengenai ini kerana perkara kecil sebegini walaupun remeh namun kadang kala ia memberikan impak yang besar kepada orang awam. Bak kata nabil lu pikir la sendiri. Sekian.....
Selasa, 2 Disember 2008
Nasib Malaysia
Khamis, 27 November 2008
Mykad??
Namun adakah anda sedar yang sebenarnya MyKad ni saya anggap benda yang Malaysia hanya hendak 'show off'. Sebab jika ada lihat pelbagai perkara yang dilakukan oleh kerajaan dalam mempromosikan MyKad ini sehingga ada iklan dan promosi mengenainya dan dipaparkan dalam surat khabar yang kononnya penggunaan MyKad ni kita lebih maju dari Amerika Syarikat.
Baru-baru ini di dalam parlimen, seorang wakil rakyat telah memberitahu parlimen bahawa penggunaan Mykad tidak lagi selamat kerana sudah ada yang berjaya memalsukannya. Nampaknya macam tidak canggih lagi dan sampai masa nanti rakyat dipaksa menukarkan MyKad baru lagi.
Satu lagi yang hendak saya sentuh adalah mengenai tentang penggunaan MyKad secara menyeluruh. Bukan la saya nak mengutuk sesiapa cuba anda fikirkan dengan kecanggihan yang ada pada Mykad perlu ke kita memerlukan lesen memandu yang menggunakan kertas yang 'diliminate'. Jika MyKad dah ada kemudahan gunakan sahaja. Jika hendak menggunakan MyKad secara menyeluruh, seharusnya pihak berkuasa menggunakan 'reader' bagi memudahkan pembacaan data individu tanpa perlu melihat lesen memandu, kan lebih mudah? Penggunaan MyKad di hospital juga perlu dengan hanya menyimpan maklumat tentang pesakit dan penyakitnya, kan lebih mudah? Jika tidak boleh buat semua itu, baik tidak perlu buat. Saya bercakap begini kerana benda ini boleh dibuat dengan segera dan hanya perlu membuat sistem yang sistematik dan efektif sahaja. Lagipun ramai pelajar dari jurusan komputer sains dan IT yang boelh mengendalikan sistem ini.
Akhir sekali, jika ada kemudahan yang sedia ada gunakan la sebalik dan jangan membazirkannya atau mensia-siakannya. Penggunaan MyKad sepatutnya boleh digunakan secara lebih meluas dan memudahkan rakyat dalam membuat urusan.
Isu Pengkid & Gay
Isu Pengkid dan Gay bukanlah sesuatu isu yang baru tapi benda ni sejak dari zaman Nabi Luth lagi. Kenapa keadaan jadi semakin berleluasa begini sehingga tidak dapat dikawal dan dibendung lagi. Melihat kan video di atas kejadian ini semakin berleluasa sehinggakan ada yang sanggup menentang perkara yang mengharamkan ini.
Yang tak paham nya ada golongan pengkid yang menganggap diri mereka adalah sebahagian dari lelaki. Bagi saya sebagai seorang lelaki, kalau dah perempuan tu perempuan juga. Tidak perlu la nak berlagak lelaki. Bukan apa perempuan dan lelaki ada satu dunia yang berbeza dan tidak boleh diubah sebab sejak azali lagi Allah sudah menentukan perkara ini. Janganlah hendak mengubahnya sesuka hati.
Cuba anda semua imbas semula cerita mengenai kisah Kaum Nabi Luth, di mana Allah swt telah menterbalikkan negeri itu kerana umat Nabi Luth telah menderhaka dengan melakukan hubungan sejenis. Tidak bolehkan kita semua yang masih ada di akhir zaman ini mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi. Kisah ini telah diceritakan didalam surah Hud ayat 82. Hadis Nabi Muhammad saw ada meyebut mengenai isu ini yang dikatakan haram dan salah disisi agama.
Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang lelaki janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang lelaki di dalam sehelai kain dan seorang perempuan janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang perempuan dalam sehelai kain (Nail al-Autar, 6:16).
Mengenai bantahan terhadap isu pengkid dan gay ini, ini adalah tugas kita sebagai umat Islam mentarbiahkan mereka yang tersesat. Oleh itu, pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Isla, Majlis Agama Islam dan jabatan2 yang bertanggungjawab perlu melakukan tindakan yang segera dan jangan hanya goyang kaki terhadap isu yang semakin melarat ini. Mereke seharusnya mengadakan forum2 yang melibatkan golongan muda dan golongan bukan Islam supaya mereka memahami apa maksud Islam dalam mengharamkan isu pengkid dan gay. Mereka juga perlu mendalami jiwa pemuda-pemudi zaman sekarang supaya dapat menarik minat dalam aktiviti2 melibatkan Islam. Jangan hanya menggunakan polis dan pihak berkuasa dalam hal ini, kerana ini menyebabkan mereke bertambah marah dan merasakan perbuatan pihak berkuasa adalah kejam. Bak kata orang jangan bermain api kelak membakar diri.
Olehe saranan saya adalah sepatutnya kita berganding bahu dalam menangani isu ini dan jangan biarkan ia melarat. Penguatkuasaan perlu ada dalam undang2 kerana kita adalah sebuah negara Islam dan tidak perlu takut dalam menegakkan agama Allah yang selama ini mengamanahkan kita menjadi khalifah di muka bumi ini.