Khamis, 11 Disember 2008

Untuk rakyat atau orang kenamaan??

Assalamualaikum..

Saya sebenarnya telah lama terpanggil untuk mengeluarkan tajuk mengenai isu ni, isu di mana ia melibatkan keselamatan orang awam, imej negara Malaysia dan imej institusi pengajian tinggi awam. Ke semua perkara ini adalah melibatkan tentang jalan-jalan yang terbentang di Malaysia. Saya sangat kesal dengan pihak berkuasa terutama Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam mengatasi masalah mengenai jalan di Malaysia. Jika anda yang pernah melalui jalan hendak masuk ke Universiti Teknologi Malaysia anda mesti melalui jalan di bawah untuk ke Taman Universiti.

Bagi sesiapa yang melalui jalan ini mesti anda akan menggelengkan kepala anda kerana keadaan jalan ini yang sangat teruk. Dengan jalan yang tidak rata dan berlubang. Adakah pihak berkuasa tidak langsung mengambil berat mengenai jalan ini? Adakah jalan ini akan dibaiki apabila berlakunya banyak kematian terhadap orang orang awam yang melalui jalan ini. Saya pelik kerana jalan ini adalah jalan yang menuju ke sebuah menara gading yang ternama di Malaysia dan menjadi kunjungan ramai diplomat atau warganegara asing yang datang untuk menghadiri persidangan. Adakah pihak berkuasa tidak prihatin mengenai perkara ini? Gamabr di bawah adalah menunjukkan sebahagian gambar yang menunjukkan keadaan jalan tersebut.

Pada awal tahun 2008, ada berita mengenai pihak Sultan Brunei hendak mengunjungi UTM atas lawatan kerja. Lalu pihak berkuasa datang untuk membaiki keadaan jalan di diatas namun sekerat jalan sahaja kerana pihak Sultan Brunei memberitahu mereka menaiki helikopter untuk mengunjungi UTM. Saya terkilan kerana usaha pembaikan jalan itu hanya sekerat jalan sahaja dan bukan untuk kebaikan rakyat yang membayar cukai jalan kepada kerajaan setiap tahun. Adakah duit-duit itu semua hanya untuk orang kenamaan sahaja dan bagaimana nasib rakyat yang membayar cukai setiap tahun? Adakah cukup dengan hanya rebet tunai yang diterima dapat menyelamatkan orang awam setiap tahun yang terlibat dalam kemalangan akibat keadaan jalan raya yang teruk? Cuba anda para pembaca fikirkan mengenai ini kerana perkara kecil sebegini walaupun remeh namun kadang kala ia memberikan impak yang besar kepada orang awam. Bak kata nabil lu pikir la sendiri. Sekian.....

Tiada ulasan: