Isnin, 22 Disember 2008

Tandas


Salam para pembaca sekalian,

Maaf kerana kali ni gambar agak menjijikan kerana gambar yang saya paparkan pada kali ini adalah gambar sebuat tandas di tempat awam iaitu Melaka Sentral. Jika kita lihat pada gambar ni kita akan mula menunjukkan beberapa presepsi yang tidak elok pada tempat berkenaan. Bayangkanlah jika seseorang pelancong melihat keadaan ini. Apa pandangannya tehadap kebersihan sesuatu tempat di Malaysia?

Saya bukan hendak mengungkit tapi hendak membangkit dimana tanggungjawab kerajaan terhadap perkara ini, tidakkah pihak kerajaan tidak merasa bersalah terhadap perkara kebersihan di Melaka. Jangan disebabkan nila rosak susu sebelanga. Ini kerana perkara kebersihan ini tidak boleh dipandang remeh oleh pihak kerajaan. Saya di sini bukan lah hendak menyalahkan 100% kepada kerajaan kerana saya faham orang awam juga perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Tetapi di manakah duit cukai yang dibayar oleh rakyat kepada kerajaan.

Takkanlah kerajaan negeri tidak boleh memperuntukkan sedikit wang untuk melakukan pembaikpulihan terhadap semua harta benda awam bagi mencantikkan pemandangan negeri sebagai tempat pelancongan. Jika duit itu digunakan untuk mengupah pekerja kepada orang Malaysia sendiri boleh mendatangkan pendapatan kepada ramai penggangur di Malaysia. Ini tidak melakukan perkara2 yang membazirkan seperti konsert, majlis-majlis keraian yang besar-besaran yang boleh dianggap membazir. Adakah terbangunnya sebuah kerajaan adalah untuk orang-orang ternama dan bukannya untuk rakyat yang menderita dan kelaparan?

Berbalik kepada kebersihan, adakah dengan situasi tandas yang teruk itu boleh mengekalkan Melaka sebagai negeri pelancongan dan bandar bersejarah dari UNESCO? Jika inilah sikap memandang remeh yang diambil oleh kerajaan negeri bagaimana hendak menjadikan negeri Melaka sebagai negeri pelancongan. Fikir2kan la.

1 ulasan:

aLiSh berkata...

alahai pasal racer tu berangan je hahah ko ni dah macam ketua menteri sekarang tak mo jadi betul ke? haha eh thanks eh pasal info tu aku tak t au diaorg ada intake hari tu kalau tau aku dah join ko penat dengar mak aku bising nih hahahaha