Selasa, 23 Disember 2008

Babi oh khinzir

Gambar dipetik dari Malaysiakini.com

Assalamualaikum para pembaca,

Seperti mana yang kita tahu bahawa isu yang melibatkan babi ini semakin meluas dan menjadi-jadi di Malaysia ini. Ini bukan kerana kesalahan babi itu tetapi lebih kepada peternak babi itu sendiri, pihak berkuasa dan pemimpin kita yang tidak pandai mengawal isu babi ini. Lebih-lebih lagi kejadian mengenai babi yang berlaku di Masjid Tanah, Melaka. Apa yang terjadi boleh mejadi isu tegang antara kaum dan ini boleh terjadi apabila berlauknya tuduh menuduh dari pelbagai pihak. Kebanyakan penduduk di kawasan itu marah dan mahu mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa terhadap perkara ini. Bagaimana pihak kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rustam hendak menyelesaikan perkara ini?

Masalah ini muncul kerana berlaku pelbagai musibah yang menyebabkan pelbagai penyakit, gangguan ekonomi penduduk setempat dan pencemaran yang berlaku disebabkan babi. Ini ditambah kesan negatif terhadap kebanyakkan pengusaha-pengusaha chalet dan homestay di Tanjung Bidara bankrup disebabkan oleh babi ini. Mana tidaknya najis binatang haram ini disalurkan ke pantai dan menjadi tempat peranginan berbau busuk sehingga ramai pelancong tidak mahu lagi memilih Tanjung Bidara sebagai destinasi perlancongan. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Takkan pihak berkuasa atau pihak kerajaan negeri Melaka hanya mendiamkan diri atas perbuatan ini atau mereka sudah buta? Adakah perkara 'udang disebalik batu'?

Masalah
perternakan babi yang berleluasa di Melaka ini bukan baru. Setahu saya isu ini telah lama berlaku sejak saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Masjid Tanah. Dahulunya isu babi ini tidaklah begitu heboh tetapi sejak akhir-akhir ini isu perternakan babi yang tidak terkawal itu yang menjadi isunya. Mana tidaknya, jika anda melalui kawasan pedalaman Masjid Tanah seperti di Lubuk China anda akan bersetuju dengan pendapat saya kerana bau babi terutama si waktu pagi yang kadang-kadang meloyakan.

Bagaimana pula dengan kerajaan negeri Selangor terhadap isu ini? Saya tabik dengan tindakan yang dilakukan terhadap Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor dalam menangani isu ini. Beliau mengambil pendapat dari semua pihak tentang penternakan babi secara moden. Lagipun isu ini bukan dari kerajaan negeri Selangor sekarang tetapi projek penternakan babi ini telah diluluskan sejak pimpinan Datuk Seri Khir Toyo lagi. Bagaimana hendak membatalkan projek ini jika ia melibatkan duit rakyat tergadai berjuta-juta ringgit. Namun masih ada pihak yang menggunakan isu ini sebagai alat untuk menfitnah kerajaan negeri sekarang. Mereka mengatakan projek ini adalah salah kerajaan negeri Selangor dan memudaratkan kepada penduduk di sekitar Sepang. Tetapi perlu diingat bahawa penternakan moden ini adalah yang canggih di mana najis babi ini digunakan untuk menjana tenaga elektrik dan ini dapat mengelakkan pencemaran terhadap alam sekitar serta penternakan babi terkawal.

Berbanding dengan kerajaan negeri Melaka, bagaimana kerajaan Melaka hendak mengelakkan perkara ini. Adakah hanya dengan memindahkan babi-babi ini sudah cukup untuk memuaskan hati rakyat, setelah pelbagai musibah yang melanda takkan hendak membiarkanya berleluasa lagi. Adakah ingin tunggu sehingga ada pembunuhan atau kepala babi diletakkan didalam masjid pula? Jadi cuba fikir-fikirkanlah dan ambillah tindakan yang drastik terhadap isu ini.

1 ulasan:

aramisz ``^_^ berkata...

bagaimana tanggungjawab anda sbgai rakyat melaka..... shud be more carefull when comes to select the leader maybe...

p/s: ade org kata jackie chan lak nak dapat tan sri