Ahad, 28 Disember 2008

Penswastaan Institut Jantung Negara


Salam para pembaca,

Cadangan kerajaan untuk menswastakan Institut Jantung Negara (IJN) adalah sesuatu yang mengejutkan bagi saya kerana IJN adalah salah satu institusi kerajaan yang membantu orang yang kurang pendapatan bagi mendapatkan rawatan yang murah terutama pesakit jantung. Tetapi dengan idea untuk menswastakan IJN ini adalah satu yang amat membebankan rakyat terutama golongan miskin dan sederhana untuk mendapatkan rawatan kos rendah.

Kononya penswastaan IJN adalah untuk menaikkan taraf IJN kepada taraf yang diiktiraf oleh antarabangsa dan mematuhi piawaian hospital. Penswastaan ini akan diambil alih oleh Sime Darby. Adakah penswastaan ini dapat menyelesaikan masalah itu? Adakah projek penswastaan ini hanya untuk mengenyangkan perut kroni-kroni sahaja? Bagaimana rakyat yang selama ini menderita akibat harga barangan tidak terkawal, taraf hidup yang semakin meningkat, pengangguran dan lain-lain masalah?

Bukankah ini satu perkara yang pelik? Tidak hairanlah bagi orang kaya untuk mendapatkan rawatan macam Tun Mahathir, bagi penduduk kampung yang hanya berpendapatan RM 500 sebulan bagaimana? Saya tidak menafikan bahawa Sime Darby akan menaikkan taraf IJN kepada yang lebih baik. Tapi banyak contoh yang kita boleh lihat daripada projek penswastaan ini, contoh ketara PLUS dan konsesi lebuhraya yang lain seperti KESAS, BESRAYA dan macam-macam lagi. Dengan kadar tol yang pada mulanya rendah tetapi akibat perjanjian yang bangang kadar tol semakin tinggi melambung. Tidak kurang jugak dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sejak diswastakan ia menyebabkan TNB kerugian besar kerana IPP yang mengenakan caj kadar yang tinggi.

Bukti-bukti ini cukuplah menjadikan projek menswastakan institusi kerajaan adalah sangat menyusahkan dan ini akan menyusahkan dan membebankan rakyat terutama golongan miskin. Cukuplah hospital-hospital swasta yang ada ini bagi mengenyangkan perut kroni-kroni. Ingat bahawa kerajaan dibina untuk rakyat dan bukan untuk kroni-kroni.

Wasalam......

Tiada ulasan: