Selasa, 18 Mei 2010

Isu Judi dan Konsert

Salam pembaca,

Kali ini saya amat bengang dengan keputusan kerajaan mengenai kelulusan judi dan konsert yang mana semakin menjadi-jadi. Seperti mana yang kita tahu, judi dan konsert yang melalaikan adalah haram dan tidak bagus dalam pembangunan insaniah di Malaysia terutama kepada umat Islam. Ini sepatutnya diambil serius oleh Majlis agama Islam, Majlis Fatwa, Majlis Ulamak dan mufti2 dalam menghalang isu ini dari berlanjutan. Saya sangat tak faham apa tugas mereka ini dan bagaimana tanggungjawab dalam menentukan hala tuju agama Islam di Malaysia ini.

Di bahagian kerajaan pula, mereka harus tahu bahawa BN itu hanya sebuah parti yang boleh jatuh bila2 masa sahaja dan jangan ingat rakyat bodoh dan tidak tahu apa2. Kerana setiap yang berlaku mesti ada hikmah dan kesannya. Bagaimana Najib dan sekutunya boleh meluluskan lesen judi bola sepak yang sememangnya diketahui haram disisi Islam? Jawapan yang diberikan adalah untuk menghapuskan judi yang dijalankan secara haram sempena Piala Dunia yang diadakan di Afrika Selatan. Adakah logik jawapan tersebut? Ia akan menjadi sangat logik jika yang meluluskan lesen judi  ini bukan orang Islam atau pemimpin negara bukan Islam. Saya menjadi hairan apabila Najib dan sekutunya menjadikan kerajaan Malaysia ini macam mak bapak diorg punya kerajaan kerana meluluskan lesen judi bola sepak tanpa perlu dapat persetujuan di Parlimen.

Bagaimana nak berkat kerajaan Malaysia dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembentukan insaniah yang berkualiti jika hasil keuntungan judi dan arak disalurkan kepada pembangunan ekonomi, sosio-ekonomi dan kebajikan masyarakat. Anda boleh cari di YouTube tentang hasil keuntungan judi dan arak disalurkan ke mana dalam Malaysia ini yang dijelaska oleh Menteri sendiri.

P/S: Insaflah wahai pemimpin yang beragama Islam

Isnin, 10 Mei 2010

Pemergian seorang dijadikan mainan politik

Salam,

Sebelum pergi lebih jauh mengenai tajuk hari ini, saya hendak mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional kerana telah memenangi Dun Hulu Selangor. Bagi saya, ini secara tidak langsung melihatkan bagaimana rakyat memilih untuk tidak memikirkan secara langsung bagaimana hendak menukarkan pemikiran. Bagi saya it's time to change kerana kita kena ubah pemikiran kita bahawa kuasa rakyat menentukan segala-galanya dan bukan kerajaan menentukan kita. Kerajaan hanya menjalankan polisi yang ada mengikut situasi rakyat dan bukannya menindas rakyat.

Untuk tajuk posting kali ini, saya hendak membincangkan tentang budak yang mati ditembak polis ketika pulang dari berjumpa kawan pada lewat malam. Jika dibaca teliti mengenai laporan polis yang dibuat oleh kawan si mati, saya mempunyai dua pandangan yang mana kedua2nya bersalah namun saya lebih menyalahkan anggota polis yang bertugas kerana sikap tidak professional dalam menentukan sesuatu keadaan. Jika dilihat ibu bapa si mangsa langsung tidak menjaga dan mengambil tahu anak mereka sehingga boleh si anak yang berumur 15 tahun boleh mengambil kunci kereta untuk berjumpa kawan pada lewat malam.

Si anak yang telah melanggar sebuah kereta dan motor mesti akan berasa cuak dan bersalah kerana telah melakukan kesalahan yang jika ditangkap dan akan tankut dengan mak bapak mereka. Maka larikan diri hingga melepasi kereta polis. Yang peliknya macam mana polis boleh menembak kereta tersebut tanpa tahu apa yang ada dalam kereta tersebut sehingga si budak tadi di tembak dikepala. Saya merasakan kalo hendak menembak di tayar agak munsabah dan yang peliknya macam mana ia boleh dihalakan ke kepala. Jawapan yang diberikan oleh Ketua Polis Negara pula agak mengecewakan dan bagai hendak menutup kes ini dengan senang sahaja tanpa melakukan siasatan.

Jika dilihat pada anggota polis tersebut dimana sikap professionalisme yang diterapkan pada anggota polis untuk mengawal keselamatan rakyat. saya tidak menyalahkan 100% sebab ada anggota polis yang menjalankan tugas dengan baik. Namun dalam situasi begini, mungkin anggota polis nak menyelamatkan diri dari dibunuh oleh budak berumur 15 tahun yang disangka penjenayah. Sebab sekarang penjenayah makin merbahaya kerana masing2 ada taktik sendiri sehingga sanggup membunuh. Tapi terpulanglah kepada pendapat masing2 kerana setiap org ada pendapat kerana jika tanya pada polis mmg akan menyalahkan budak tersebut.

Ingatan kepada ibu bapa sentiasa tahu anak anda dimana dan kepada budak2 sekolah yang rasa dah besar kepala nak langgar peraturan jgn kelam kabut dan rileks untuk hadapi segala masalah. kalau silap kene tembak.

P/S: Bacaan Al-fatihah untuk adik Aminurashid

Rabu, 5 Mei 2010

Minggu-minggu kepenatan

Salam,

Dalam bulan April dan Mei ini adalah bulan yang agak busy bagi aku sebagai seorang staf TM. Maklumlah kalau projek dah masuk dan bos dah keluar macam2 perangai, maka terjadilah perkara yang diluar dugaan berlaku. Pergh, kadang2 mengeluh gak macam2 perangai ada. Bulan April aku telah menganjurkan satu kursus yang mengajar staf2 TM mcm mana nak menggunakan perisian Avaya IP Agent untuk dijadikan pusat pelanggan untuk aduan kerosakan dalam hartanah TM. Erm, nak kata happy tak gak sebab penat walaupun dianjurkan di TM Resort Port Dickson. Lastly, the course settle gak la. Terima kasih kepada staf2 TM tingkat 6 Wisma Taman Desa kerana memberikan sokongan dan ucapan terima kasih gak kat Abg Aery kerana tumpang kereta ke PD. Sorry tak dapat join karaoke dalam kereta sebab rasa penat sgt then tertido. hehehhehe.

Akhir bulan April dan awal bulan Mei ni sangat mencabar bagi aku yang buat kerja multitasking ini sebab disuruh membuat montage mengenai pelancaran 5S yang diadakan di Ibu Pejabat Bukit Timbalan, Johor Bahru. Pergh dengan ingatan terahadap Flash telah dilupakan sekian lama jadi aku terpaksa menggunakan aura dalaman untuk memanggil semula segala ilmu yang dicurahkan oleh En Ilish yang mengajar aku di Kolej Multimedia dulu. Siang malam tak tidur kerana masa yang diberikan sangat singkat iaitu seminggu jer. Walaupun agak marah namun hasil boleh dibanggakan. Nasib baik ok kalau tak, memang aku merajuk tak nak buat. hehhehe.

Di TM tempat kerja aku ni, aku didedahkan pelbagai bentuk kerja dan tidak bosanlah kerana tidak tertumpu pada satu kerja dan byk ilmu baru yang dipelajari. Yang terbaru adalah server yang aku kene handle so need to learn on how to configure server with Linux Red hat. Tapi aku amik ini sebagai pengalaman dan ilmu, semoga bersama2 lah kita menuju kejayaan. Bawah ni adalah kata2 semangat dalam TM. hehhehehe

One TM, Passion, Challenge