Isnin, 10 Mei 2010

Pemergian seorang dijadikan mainan politik

Salam,

Sebelum pergi lebih jauh mengenai tajuk hari ini, saya hendak mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional kerana telah memenangi Dun Hulu Selangor. Bagi saya, ini secara tidak langsung melihatkan bagaimana rakyat memilih untuk tidak memikirkan secara langsung bagaimana hendak menukarkan pemikiran. Bagi saya it's time to change kerana kita kena ubah pemikiran kita bahawa kuasa rakyat menentukan segala-galanya dan bukan kerajaan menentukan kita. Kerajaan hanya menjalankan polisi yang ada mengikut situasi rakyat dan bukannya menindas rakyat.

Untuk tajuk posting kali ini, saya hendak membincangkan tentang budak yang mati ditembak polis ketika pulang dari berjumpa kawan pada lewat malam. Jika dibaca teliti mengenai laporan polis yang dibuat oleh kawan si mati, saya mempunyai dua pandangan yang mana kedua2nya bersalah namun saya lebih menyalahkan anggota polis yang bertugas kerana sikap tidak professional dalam menentukan sesuatu keadaan. Jika dilihat ibu bapa si mangsa langsung tidak menjaga dan mengambil tahu anak mereka sehingga boleh si anak yang berumur 15 tahun boleh mengambil kunci kereta untuk berjumpa kawan pada lewat malam.

Si anak yang telah melanggar sebuah kereta dan motor mesti akan berasa cuak dan bersalah kerana telah melakukan kesalahan yang jika ditangkap dan akan tankut dengan mak bapak mereka. Maka larikan diri hingga melepasi kereta polis. Yang peliknya macam mana polis boleh menembak kereta tersebut tanpa tahu apa yang ada dalam kereta tersebut sehingga si budak tadi di tembak dikepala. Saya merasakan kalo hendak menembak di tayar agak munsabah dan yang peliknya macam mana ia boleh dihalakan ke kepala. Jawapan yang diberikan oleh Ketua Polis Negara pula agak mengecewakan dan bagai hendak menutup kes ini dengan senang sahaja tanpa melakukan siasatan.

Jika dilihat pada anggota polis tersebut dimana sikap professionalisme yang diterapkan pada anggota polis untuk mengawal keselamatan rakyat. saya tidak menyalahkan 100% sebab ada anggota polis yang menjalankan tugas dengan baik. Namun dalam situasi begini, mungkin anggota polis nak menyelamatkan diri dari dibunuh oleh budak berumur 15 tahun yang disangka penjenayah. Sebab sekarang penjenayah makin merbahaya kerana masing2 ada taktik sendiri sehingga sanggup membunuh. Tapi terpulanglah kepada pendapat masing2 kerana setiap org ada pendapat kerana jika tanya pada polis mmg akan menyalahkan budak tersebut.

Ingatan kepada ibu bapa sentiasa tahu anak anda dimana dan kepada budak2 sekolah yang rasa dah besar kepala nak langgar peraturan jgn kelam kabut dan rileks untuk hadapi segala masalah. kalau silap kene tembak.

P/S: Bacaan Al-fatihah untuk adik Aminurashid

Tiada ulasan: