Selasa, 2 Disember 2008

Nasib Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selepas tamatnya Kongres Nasional PKR pada minggu lepas, saya terdengar-dengar mengenai laungan pemimpin PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) terhadap isu 16/9 iaitu mengenai pembentukan baru rakyat Malaysia. Saya ingatkan angan-angan ini sudah hilang tetapi masih ada semangat lagi walaupun ramai mengatakan ia hanya omong2 kosong sahaja. Saya tidak hairan dengan isu 16/9 ini kerana ia boleh terjadi sekiranya rakyat Malaysia sudah tidak lagi percaya dan benci dengan kerajaan sekarang.

Ini kerana jika kita lihat pada pimpinan kerajaan sekarang hanya lebih jelas lagi jika kita lihat Buletin Utama TV3 di mana pemimpin Malaysia sekarang berebut hendak menguasai takhta dan bukan lagi mengutamakan rakyat. Jika anda lihat pada pencalonan UMNO yang lepas, pelbagai spekulasi mengenai pemimpin yang berlaku sedangkan negara sedang bergolak dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Dengan laungan tegas oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin terhadap perletakan jawatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) adalah amat tidak sesuai kerana saya merasakan pada masa sekarang pemimpin ini perlu bersatu dalam membetulkan keadaan Malaysia yang sudah terumbang-ambing dan keadaan rakyat tidak terbela. Bukan mengambil kesempatan terhadap kelemahan Pak Lah dan masalah yang Malaysia hadapi. Saya akui bahawa pencalonan UMNO penting dalam menentukan kerajaan Malaysia, tapi bagi menggalas tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat seharusnya pemimpin Malaysia mencari jalan yang terbaik dalam membetulkan semula Malaysia.

Masih ramai lagi rakyat yang menderita terhadap isu ekonomi yang melanda dunia sekarang. Kita boleh lihat di Malaysia semakin ramai yang dibuang kerja kerana menjadi mangsa ekonomi global. Namun saya pelik melihatkan pemimpin di Malaysia semacam tidak memandang serius terhadap isu ini. Ini kerana dengan berlakunya pengaliran keluar pelabur asing sebanyak RM 38 billion dan penutupan kilang-kilang tempatan. Ini adalah satu yang serius dan perlu diambil tindakan dan pelan untuk mengatasi masalah tersebut. Jika ini tiada pelan tindakan pelbagai perkara buruk akan berlaku.

Kisah mengenai harga minyak dan harga barang ia sepatutnya dilakukan selaras, bukan saya hendak mengutuk usaha Dato' Sharir terhadap penurunan minyak malah berterima kasih kepadanya. Namun saya tidak berpuas hati dengan cara beliau menguruskan harga barang runcit yang tidak turun sejak harga minyak turun. Bagi saya, beliau hanya perlu mengeluarkan surat kuasa supaya meminta semua pasaraya atau pun pembekal menurunkan harga mengikut keadaan ekonomi semasa.

Saya berharap agar pemimpin Malaysia mengambil tindakan terhadap isu-isu mengenai keadaan Malaysia. Jangan membiarkan nasib rakyat terbiar begitu sahaja.

Tiada ulasan: