Ahad, 4 Mac 2012

Pemergian Tok Usop



Assalam semua,

Aku bermula mengenal huruf di dalam Al Quran sejak tadika lagi, ketika itu mak agak pening juga untuk mencari sorang guru ngaji yang sesuai untuk anaknya mengenal apa itu Al Quran serta isinya. Kadang-kadang aku tidak mengerti kenapa susah sangat mak nak cari guru ngaji Al Quran. Yer la bagi aku kat tadika dah ada cikgu yang boleh ajar huruf2 dalam Al Quran iaitu Alif, Ba, Ta.

Didalam pencarian itu, akhirnya dapat juga mak mencari guru ngaji yang merupakan jiran datuk aku hanya 50 meter dari rumah aku. Guru ngaji aku ini dikenali dengan nama Tok Usop dan isterinya Nek Nah. Tok Usop dan datuk aku mmg bersahabat baik sehingga sekarang mmg berkawan baik. Namun, bila semakin tua badan mula tak larat dan hanya sekali sekala berjumpa.

Semasa mengaji dengan beliau, aku amat rapat dengan Tok Usop dan dah mcm atuk aku sendiri. Bagi aku, beliau sangat mesra dengan senyuman jika setiap kali aku datang mengaji dengan beliau. Tapi bila sesi mengaji, beliau sangat serius dan rotan jika ada pelajar yang main2 dengan ayat Al Quran. Jika dah abis mengaji, beliau akan memanggil anak murid nya minum jika Nek Nah buatkan air bagi menghilangkan haus. Dari situ, bab Iqra aku kira dah fasih utk membaca Al Quran dengan surah2 pendek. Alhamdulillah. Namun, pembelajaran AlQuran dengan beliau tidak lama kerana family kena pindah ke Johor atas urusan kerja ayah.

Pada 3 Mac 2012 bersamaan hari Sabtu pada pukul 12 tgh malam, beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada umur beliau 95 tahun. Beliau didapati hanya sakit tua. Namun aku sangat terharu dengan jasa beliau dalam pembelajaran Al Quran. Sejak dari aku tinggalkan pembelajaran AlQuran dengan beliau, beliau masih mengajar AlQuran walaupun hanya berbaring di atas katil kerana terlantar sakit. Subahanallah, tabah semangat beliau dalam mengajar kitab Allah kepada orang Islam. Melihatkan jasadnya yang tersenyum, inshallah Tok Usop berada dikalangan orang yang beriman.

Kepada kawan2 yang membaca posting ini, harap dapat sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Tok Usop semoga beliau dicucuri rahmat hendaknya

Tiada ulasan: