Selasa, 14 Ogos 2012

Olimpik oh olimpik

Assalam semua,

Olimpik 2012 pada tahun ni dikira agak cemerlang dengan atlit2 kita berjaya merangkul satu perak dan satu gangsa sambil menempa nama dalam kelompok terbaik dunia. Namun bagi aku ia agak baik jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu sebab tahun ni bonus kepada Pandelela yang berjaya meraih gangsa dalam acara terjun. Ucapan tahniah kepada beliau dan Datuk Lee Chong Wei (DLCW) yang berjaya meraih pingat Perak kedua bagi acara badminton.

Walaupun hari tu aku solat terawih lewat dan bersendirian slepas melihat kekalahan DLCW menentang Lin Dan. Sememangnya Lin Dan dapat mengatasi ketangkasan DLCW serta mengawal gelanggang dengan baik sekali. Tak pe la, kali ini ucapan Semoga Berjaya kepada atlit2 paralimpik kita semoga berjaya dalam Paralimpik 2012. Semoga dapat mengutip banyak pingat dalam kejohanan kali ini.

Posting kali ini, nak tunjuk gambar2 lama Olimpik 1908 di London. Fuh lama tu, memang classic abih. hehehhe

P/S: Kali ni banyak betul spekulasi mengenai persembahan pembukaan, logo dan maskot Olimpik 2012 yang mempunyai unsur2 Freemason (bagi pendapat aku la). Doakan agar kita dijauhi oleh fitnah2 Dajjal. Inshallah.
























Sumber Ritemail

Tiada ulasan: