Khamis, 22 Januari 2009

Piala Dunia 2018....... Alahai Bola Sepak Malaysia


Salam pembaca,

Apabila melayari Berita Harian pada hari ini, saya terbaca keputusan Malaysia melawan Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan keputusan 0-5. Apa yang saya hendak katakan disini bahawa mutu bola sepak Malaysia masih jauh lagi dan ketinggalan. Saya bukan hendak mengutuk FAM dan pasukan kebangsaan tetapi ini adalah kenyataan.

Malam semalam saya menonton rancangan "Ally" yang dihoskan oleh Ally Iskandar mengenai isu bola sepak Malaysia ke Piala Dunia 2018. Dalam rancangan itu semua yang ditemuduga memberikan komen yang buruk termasuk jurulatih dan pemain veteran. Masih ramai yang mengatakan mereka bosan dengan aksi bola sepak Malaysia dan lebih baik jika menggunakan pendekatan lain.

Contoh yang diberikan oleh Shebby sebagai tetamu pada rancangan itu, beliau memberitahu bahawa jika hendak mempromosi bola sepak Malaysia janganlah hendak bersaing terus dengan bola sepak BPL tetapi perlu mempromosikan sendiri. Langkah yang dicadangkan adalah membuat perlawanan bola sepak Malaysia pada hari biasa dan bukan pada Sabtu dan Ahad. Alasan yang diberi adalah senang, perlawanan antara Manchester United dan Tottenham Hotspur dan perlawanan Kedah dan Selangor. Perlawanan mana yang akan dilihat oleh penonton. Saya rasa pembaca pun boleh tahu mana lebih ramai penonton.

Kemudian mengenai impian piala dunia 2018, adalah mustahil. Jurulatih Selangor, K. Devan mengatakan ia adalah mengarut kerana sepatutnya Malaysia perlu mencapai sasaran menjadi juara Piala Dunia Remaja dan kemudian baru pergi ke bahagian seterusnya. Saya setuju dengan pendapat Shebby dan K. Devan. Tapi saya berpendapat Malaysia perlu menjadi juara Asia Tenggara baru boleh ke peringkat Asia dan seterusnya. Jika perlawanan dengan Vietnam pun mereka boleh kalah, jangan lah mimpi hendak ke perlawanan Dunia. Pasti memalukan.

Melalui komen perlawanan dari B. Sathianathan (Jurulatih Malaysia), saya terkejut bahawa pemain Malaysia tidak cergas (fit), kerana hanya tiga orang pemain Malaysia yang melepasi Ujian Kecergasan. Ini adalah satu masalah yang menyebabkan Malaysia kalah di peringkat Antarabangsa. Saya merasakan sudah banyak duit rakyat telah digunakan untuk perlaburan pembangunan bola sepak di negara kita ini. Adakah pemain-pemain kita ini tidak sedar?

Apa yang saya boleh katakan adalah sepatutnya Malaysia lebih utamakan sukan yang kita digeruni seperti Badminton, Sepak Takraw, Squash kerana ia dilihat lebih menjamin dan tidak membazir jika dilaburkan. Oleh itu hidup la sukan untuk Malaysia.

Salam

Tiada ulasan: