Rabu, 7 Januari 2009

Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan


Salam pembaca,

Hari ini penulisan saya adalah mengenai perjuangan bahasa kebangsaan kita bahasa Malaysia. Seperti mana yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia, bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia. Apa yang menghairankan adalah kenapa perkara ini dipertikaikan oleh ramai pihak, terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran?

Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa seperti GAPENA dalam memperjuangkan bahasa Malaysia supaya ia menjadi bahasa rasmi dalam urusan rasmi di Malaysia. Walaupun tindakan menyaman kerajaan terhadap isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris agak terlambat. Walaupun ia telah lama dilaungkan oleh pihak pembangkang. Namun saya memuji juga tindakan ini agar kerajaan merasa bertimbang rasa dalam membuat keputusan terhadap hala tuju rakyat. Namun masih ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah mencemarkan bahasa ini, dengan cara menukarkan bahasa sistem pembelajaran dari bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris. Adakah Bahasa Malaysia ini telah di "double standard" kan atau dianggap sudah tidak menjadi bahasa yang relevan dalam bidang pembelajaran? Adakah ada pihak yang hendak mengambil keuntungan dalam perkara ini?

Memang betul bahasa Inggeris adalah bahasa yang sangat diperlukan di dalam bidang pekerjaan terutama di peringkat antarabangsa. Namun adakah bahasa Malaysia juga tidak boleh bersaing di peringkat antarabangsa? Bagaimana pula dengan bahasa Melayu semasa di pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang mengiktiraf bahasa Melayu sebagai linguafranca?

Namun sekarang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pula sedang merangka pembelajaran Matematik dan Sains menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Dengan tindakan begini pelbagai kesan buruk yang akan melanda di dalam bidang pembelajaran di sekolah terutama di peringkat sekolah rendah. Antara kesan buruk yang boleh saya nyatakan adalah:

1. Masalah akan muncul di sekolah rendah dimana kebanyakan murid-murid masih lagi dalam proses pembelajaran untuk memahami asas kepada ilmu pengetahuan. Jika budak dari bandar bagi saya tidak hairan la mereka boleh memahami bahasa Inggeris kerana tahap pendidikan ibubapa mereka yang kebanyakan yang berpelajaran. Bagaimana pula dengan pelajar kampung yang ada diantara mereka sehingga darjah 6 pun masih ada yang belum boleh membaca.

2. Dengan pengajaran dalam bahasa Inggeris, secara tidak langsung ia akan berkait dengan budaya kepada seseorang murid. Saya melihat kanak-kanak sekarang masih lagi tidak mempunyai adab seorang muslim dam melayu di dalam diri masing-masing. Ini kerana mereka merasakan jika bahasa Malaysia di "double standard" kan, bagaimana pun dengan adab Islam dan Melayu. Ini secara tidak langsung akan menjadikan mereka mengagung-agungkan budaya barat yang selama ini dapat dilihat di sekolah dan kaca televisyen.

Ini adalah dua alasan kukuh yang saya rasa seharusnya membubarkan pembelajaran di dalam bahasa Inggeris harus dimansuhkan di peringkat awalan. Secara tidak langsung ia juga akan mendatangkan kesan buruk kepada akhlak generasi muda. Saya cadangkan jika hendak melakukan juga pembelajaran Bahasa Inggeris ini, harap ia dapat dilakukan kepada pelajar sekolah menengah dan pelajar universiti bagi mempelajari bahasa Inggeris kerana saya rasakan pada tahap ini pelajar matang dalam menentukan perkara yang baik dan buruk dalam menentukan hal hidup masing-masing. Sekian.

Oleh itu, majulah bahasa unutk bangsa.

Tiada ulasan: