Khamis, 15 Januari 2009

Perjalanan Ke Hanoi, Vietnam


Salam,

Pada posting kali ni saya ingin berkongsi pengalaman saya berada di Hanoi, Vietnam. Cerita ini dah lama sebab tarikh saya pergi itu adalah pada bulan Disember 2008. Tapi saya ingin berkongsi pengalaman berada di sana. Hanoi adalah ibu kota bagi negara Vietnam tapi saya ingatkan kepada anda bahawa mereka ni adalah negara komunis kerana gaya hidup dan pembangunan di sana memang menunjukkan gaya soviet.



Saya di sana atas menghadiri persidangan di Hanoi University of Technology (HUT) bagi membentangkan kertas kajian saya. Hanoi mempunyai udara lembap dan suhu diantara 20- 22 darjah celcius jadi saya di sana macam berada di dalam makmal di UTM. Di sana turun sahaja dari kapal terbang anda akan melihat lapangan terbang yang agak sunyi berbanding dengan Malaysia di mana KLIA dan LCCT agak sibuk juga. Saya menaiki kereta sewa ke bandar Hanoi yang jauhnya 35km dari lapangan terbang tadi. Di dalam kerete sewa itu, saya berkenalan dengan pemandu dengan pembantu pemandu itu yang sebaya dengan saya. Mereka juga yang membawa saya berjalan-jalan di bandar Hanoi pada hari pertama. Dengan bayaran 30 USD mereka bawa ke tempat-tempat yang biasa dikunjungi oleh pelancong.

Antara tempat yang di bawa adalah tasik yang berada di tengah bandar, tokong-tokong dan beberapa tempat sejarah seperti penjara dan beberapa tugu di sana (lupa nama tempat). Tempat membeli belah susah juga untuk mencari dan kelemahan orang Vietnam adalah mereka tidak tahu berbahasa Inggeris jadi agak sukar untuk ke mana-mana jadi bila malam saya hanya duduk di dalam hotel sambil membuat persiapan bagi persidangan itu. Di sana pada pukul 8.00 kawasan bandar sudah mulai sunyi cuma kedengaran bunyi kenderaan dan hon kereta atau motor kerana di sana mereka suka bermain hon kerana mungkin kenderaan di jalan raya di sana tidak akan bergerak kalau bunyi hon tiada.



Berjalan kaki di sana agak menyusahkan kerana keadaan kaki lima yang kotor dan berhabuk tapi nasib baik tidak berpeluh. Di sana anda boleh memilih sama ada menaiki teksi atau motor yang bertukar menjadi teksi. Tetapi melihat keadaan di sana saya bersyukur hidup di bumi Malaysia yang bertuah kerana bandar Hanoi adalah bersamaan dengan zaman 80-an di Malaysia. Ok lah jika anda hendak ke Vietnam nasihat saya belilah peta sebelum pergi kerana ia akan membantu anda. Sekian sahaja posting kali ini

3 ulasan:

Didi Nadhirah berkata...

bile hanoi bob....mcmana pembantangan ok ...bentang pasal apa

Ju berkata...

Napa taruk gambar the 2 ladies?

Ahmad Nadzri Bin Muhammad Nasir berkata...

Sajer letak sebab dah berkenan dengan org vietnam