Jumaat, 16 Januari 2009

Hukum hudud

Salam para pembaca,

Pada posting untuk kali ini, saya ingin meluahkan pendapat saya terhadap isu hukum hudud yang sekarang menjadi isu yang agak panas dikatakan. Seperti mana yang kita tahu hukum hudud ini adalah hukum yang Allah telah ciptakan untuk hamba-hambanya. Hukum ini bukanlah hukum yang dibuat2 oleh manusia tetapi hukum yang memang telah dinyatakan dalam Al-Quran. Ini bermakna hukum ini adalah paling sesuai dijalankan bagi sesebuah negara bagi menjalankan hukuman terhadap pesalah2.

Pelbagai pihak yang melatah apabila isu ini diketengahkan, jika PAS ingin menggunakan hukum hudud apabila menduduki Putrajaya apa salahnya jika Malaysia ini agama rasminya Agama Islam. Kenapa perlu berdoal dalih terhadap isu ini. Kenapa Karpal Singh perlu melatah dalam isu ini? Hukum hudud ini bukan hukum yang menyelewengkan manusia tapi mengajar manusia dalam membentuk sahsiah diri. Lagipun usaha PAS dalam isu ini adalah untuk dilaksanakan kepada orang Islam dahulu dan kemudiannya baru kepada agama lain jika hukum ini munasabah dijalankan.

Hukum hudud bukanlah satu hukum yang suka2 untuk memotong tangan orang, memalukan orang dan sebagainya. Bukan lah seperti yang dikatakan oleh Ustazah Masyitah dalam isu ini bahawa hukum hudud sesuatu hukum yang tidak teliti. Hukum hudud adalah perkara yang paling teliti kerana jika hendak sabitkan kesalahan terhadap seseorang ia perlu bukti dan saksi dan bukan boleh menjatuhkan hukuman sesuka hati. Apa yang saya tahu ia memerlukan 3 orang saksi dan beberapa syarat yang lain. Hukuman juga ditentukan oleh kesalahan yang dilakukan bukan mencuri semuanya potong tangan. Jika betul kesalahan yang dilakukan oleh pesalah barulah hukuman dilaksanakan. Perkara ini perlu diperbetulkan oleh para ulama dan jangan disebabkan oleh politik hukum hudud ini disalah tafsir.

Adakah hukum hudud ini tidak bagus untuk dijalankan dan mengadili sesuatu hukuman? Cuba fikirkan lah jika seseorang yang bersalah menjalani hukuman potong tangan selepas didapati mencuri. Maka adakah orang yang melihat tidak insaf? Adakah ini tidak menggerunkan orang lain yang melihatnya. Memang perkara mengaibkan orang tetapi kalau tidak mahu diaibkan jangan lah mencuri atau membuat salah. Bukankah kita hidup di dunia ini untuk melakukan kebaikan? Cuba fikirlah wahai pemimpin yang buta terutama yang nampak hukum hudud ini memberatkan. Jika anda tidak buat salah perlukah anda takut dengan hukum hudud?

Oleh itu nasihat saya jika lihat pada luaran sahaja tetapi kaji dan selidiklah dahulu. Pepatah Inggeris mengatakan "Don't judge the book by its' cover".

Sekian

1 ulasan:

Mohd Helmi berkata...

aku sokong ANMN.... klu la hukum hudud ni disalah tafsirkan seperti yang diperkatakan, mana mungkin pada zaman rasulullah dan para sahabat Islam begitu mantap pemerintahannya. Untuk org um-NO, "boleh ka kita baca Al-Quran, kita terima pakai ayat² yg kita suka sahaja, ayat yg kita xsuka, kita ketepikan?" pk beb...