Isnin, 20 April 2009

Takkan dah nak mengalah kot

Salam pembaca,

Seperti mana yang kita tahu, bahawa betapa kontroversinya pentadbiran Najib yang telah dilantik pada 7 April 2009 dimana beliau telah melahirkan slogan iaitu "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan". Bagi saya ini adalah satu pentadbiran yang bagus di mana pelbagai kementerian diwujudkan untuk memantapkan pentadbiran kerajaan baru. Satu jabatan juga telah ditubuhkan untuk mengukur KPI bagi sesebuah kementerian. Namun masih ada tindakan yang tidak sesuai dilakukan dimana pengawalan bagi bidang ICT di Malaysia tidak lagi dibawah Kementerian Inovasi, Komunikasi dan Teknologi tetapi ditukarkan ke Kementerian, Informasi, Kebudayaan dan Seni.

(http://www.zdnetasia.com/news/business/0,39044229,62053117,00.htm?scid=nl_z_ntnd)

Bagi PIKOM, ia sangat mengecewakan kerana kerajaan baru dikira tidak beberapa mementingkan kemajuan ICT negara dengan meletakkan pengawalan ICT dibawah Kementerian yang tidak sesuai dan ini secara tidak langsung akan menjadikan perkembangan ICT tidak maju. Satu lagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga telah dilupuskan dan ia amat mengecewakan kerana kemernterian ini dibangunkan kerana ia dapat membantu usahawan2 kecil untuk berjaya dalam industri di Malaysia. Namun bagi saya, kita ambil tindakan tunggu dan lihat. Beri sedikit masa kepada PM baru kita yang baru sahaja menaiki takhta. Pentadbiran baru juga melihat terdapat beberapa kepincangan di dalam UMNO, dimana kita melihat Ketua Pemuda UMNO, KJ tidak dilantik dalam senarai Menteri Kabinet dan sebaliknya yang kalah iaitu Mukhriz telah dilantik menjadi Timbalan Menteri untuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Perlantikan Muhyiddin Yasin juga telah dipertikaikan di dalam Kabinet kerana TPM kita telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran kerana bagi saya sepatutnya TPM akan dilantik menjadi Menteri utama dalam pentadbiran kerajaan seperti Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan atau Menteri Kementerian dalam Negeri. Apa2 pun saya mengambil tindakan tunggu dan lihat bagi pentadbiran baru yang diterajui oleh Najib ini.

Tindakan terhadap Fairus iaitu Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I telah diambil dan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I dan wakil rakyat ADUN Pennati. Ini disebabkan oleh kontroversi terhadap beliau yang kononnya tidak menjalankan tugas dan mengambil rasuah, namun saya tabik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana tegas dalam pentadbirannya. Ini sepatutnya dilakukan oleh sesebuah kerajaan dalam membuang korupsi dan bukannya menyimpan kurap di dalam sesebuah pentadbiran. Dengan perletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Penanti oleh Fairus dengan alasan hendak sambung belajar, maka kemungkinan pilihanraya kecil akan diadakan di Penanti.

Kemungkinan pilihanraya kecil diadakan telah menyebabkan Najib memberi jawapan untuk tidak bertanding di kawasan itu dengan tidak meletakkan calon dan alasan tidak mahu membazirkan duit rakyat. Saya tidak tahu kenapa, tapi kemungkinan Najib fobia hendak bertanding kerana tidak mahu reputasi beliau jatuh setelah mengalami beberapa rekod siri kekalahan di pilihanraya yang lepas sebelum dan selepas beliau menjadi PM. Jawapan beliau telah menyebabkan Tun Mahathir telah masuk campur dengan mengatakan bahawa BN patut bertanding di kawasan itu. Bagi saya, tindakan BN hendak memboikot piliharaya di Penanti adalah tindakan yang tidak wajar kerana ia membunuh demokrasi di Malaysia dan jawapan Najib tentang pilihanraya menyebabkan duit rakyat habis tidak patut kerana jikalau benar kisah mengenai komisyen RM 500 juta itu betul. Maka siapa sebenarnya yang telah menghabiskan duit rakyat dan itu tidak termasuk komisyen2 projek Malaysia yang bernilai jutaan ringgit yang dilesapkan oleh kroni dalam pentadbiran sekarang. Ini sangat memalukan, lagipun duit yang dibelanjakan selama ini pun duit rakyat dan bukan duit menteri2 dan apa yang menteri2 lakukan hanyalah menguruskan sahaja.

Pentadbiran negeri di Terengganu, Perak dan Perlis juga telah menjadi kucar-kacir kerana disebabkan oleh undi tidak percaya yang dilakukan oleh ADUN2 bagi setiap negeri terhadap pemerintahan Menteri Besar dan isu Speaker Dewan yang menggantung ADUN. Di Terengganu terdapat tindakan untuk menggulingkan Menteri Besar Ahmad Said dan sementara di Perak pula mengenai isu tindakan Speaker Dewan, V Sivakumar terhadap 6 ADUN Perak. Tak tahu apa yang jadi, namun apa yang penting rakyat patut diutamakan dahulu dalam mana pentadbiran.

Isu penjualan secara lelong kereta Camry untuk Kerajaan Negeri Perak telah dilakukan dan ini secara tidak langsung menunjukkan kerajaan Perak sekarang suka membazir kerana bagi saya dalam kegawatan ekonomi sekarang sepatutnya Zambry dan Exconya pakai sahajalah kereta Camry yang sedia ada dan tidak perlu ditukarkan dengan yang baru. Oleh itu, sesiapa yang hendak merasa dan mampu, pergi lah tempah. Datuk Seri Nizar dah tempah satu.

Tiada ulasan: