Ahad, 29 Julai 2012

Hari2 terakhir bergelar mahasiswa


Akhirnya, selesai gak la pelajaran master aku dalam bidang Grid Computing. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana memudahkan urusanku dalam menyetelkan segala projek dan assignments untuk master ini. Fuh, mmg mencabar betul buat master sambil bekerja ni. Penat gak la. Bayangkan pagi kerja, pastu balik plak gi kelas. Aku pun baru jer isi dan selesaikan borang GS-17 untuk master aku ini. Inshallah bulan 10 ni kalo tak de apa2 aku akan menjalani hari konvokesyen kali yang ke-3 untuk diri ini.


Memandangkan bulan Ramadhan yang telah menjelang ini. Rasanya tak terlambat nak ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut bulan Ramadhan kepada semua terutama yang membaca blog aku ini. Namun bulan puasa kali ini teringat plak ketika aku terpaksa berbuka puasa waktu rehat kelas. rasa seronok gak yer la berbuka dengan kawan2 master macam Hisham, Edy, Fairus serta Kak Eija dan suaminya, Abg Zul. Masa tu gak aku berpengalaman berbuka puasa dengan pak Arab2 ni. Rasa pelik dan terkejut pun ada. Tak pe la biar ia jadi kenangan manis bersama2.

Walau macam mana pun, aku bersyukur kepada Allah kerana dapat berpuasa pada kali ini. Harap dapat meneruskan puasa sebulan ini dengan dipenuhi dengan amalan2 baik dan beribadah. Inshallah

2 ulasan:

arfian berkata...

congrats dude..bile nak buat phd lak?

Unknown berkata...

tq2 piye, PhD nanti dulu kot. aku masih dalam masa rehat lagi. hehehe. tapi nak kene convert tesis aku dlm bentuk paper plak. huhuhu