Jumaat, 28 Ogos 2009

Peraturan Islam mesti ditegakkan


Salam pembaca,

Minta maaf kerana terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadan al Mubarak ini. Bukan apa sejak 2 minggu ni tidak sempat untuk mengemaskinikan laman web ini kerana sibuk dengan urusan panggilan temuduga syarikat swasta. Alhamdulillah, saya telah mendapatkan pekerjaan baru sebagai pengaturcaraan PHP di sebuah syarikat di Kuala Lumpur iaitu Ikonxept Sdn Bhd dan melaporkan diri pada 1/9/2009. Terima kasih kepada yang mengambil berat dan doakan agar saya berjaya.

Saya kali ini hendak membincangkan isu Dewi Kartika iaitu seorang model yang telah mengaku kesalahan diri yang meminum arak di kawasan terbuka. Saya tabik kepada tindakan Dewi kerana telah mengaku kesalahan diri dan merelakan hukuman rotan keatas dirinya. Secara tidak langsung, beliau menginsafi kesalahan beliau dan redha hukuman itu dengan menjadikan iktibar kepada dirinya. Saya mendoakan agar beliau insaf dan bertaubat kepada Allah swt.

Namun yang saya pelik adalah mengenai tindakan mahkamah yang saya rasakan ia memalukan agama Islam sebagai agama rasmi dan pegawai2 jabatan agama Islam di Malaysia ini. Bukan apa, saya mengucapkan syabas kepada mahkamah syariah Pahang yang telah mengambil tindakan terhadap Dewi yang didapati bersalah namun isu ini telah dibawa oleh keluarga Dewi ke mahkamah sivil untuk membatalkan hukuman mahkamah syariah.

Saya hairan kerana tindakan keluarga Dewi yang tidak menghormati tindakan mahkamah syariah yang mana ia melaksanakan hukuman terhadap pesalah agama Islam. Sepatutnya, kerajaan Malaysia harus menggubal semula undang2 dimana keputusan mahkamah syariah tidak boleh dibantah atau kes dari mahkamah syariah mengenai Islam tidak boleh dibawa kepada mahkamah sivil yang mana menjalankan kes2 bukan mengenai agama. Ini akan mengelirukan umat Islam secara tidak langsung.

Bayangkan betapa lemahnya hukum Islam di Malaysia ini, ia secara langsung menampakkan agama Islam tidak berkuasa dengan hukumannya atau peraturannya sendiri. Sudahlah hukum hudud ditolak, ini keputusan mahkamah syariah pula disepak dan ditendang. Dimana kita dalam menegakkan syariah Islam tu sendiri, apabila isu yang semudah begini pun boleh disepak dan ditendang. Bayangkanlah.....

P/s: Ucapan selamat berpuasa kepada semua keluarga, pembaca dan rakan2 sekalian.

Tiada ulasan: