Rabu, 22 Julai 2009

Tahniah PAS

Salam pembaca,

Minta maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini kerana ada banyak kerja yang perlu dilakukan dan diselesaikan. Pada ruangan ini ingin mengucapkan tahniah kepada PR dan BN kerana telah berjaya dalam kejayaan masing2.

Seperti mana yang kita tahu Manek Urai telah dimenangi oleh PAS namun dengan sedikit kemenangan majoriti iaitu 65 undian sahaja. Ini amat serius bagi PR kerana BN telah hampir berjaya memenangi semula hati rakyat. Kemenangan majoriti yang sedikit ini telah disebabkan oleh:

1. Kisah pertengkaran dalam PAS mengenai isu kerajaan perpaduan dengan UMNO yang mana ia melibatkan pimpinan tertinggi PAS iaitu Ustaz Hadi, Ustaz Nasha dan Tuan Guru Nik Aziz. Isu ini kemudian dimainkan oleh pihak media dengan melaga-lagakan sesama pihak sehingga menyebabkan Mursyidul AM PAS memberi kata dua kepada Ustaz Nasha kalau beliau meneruskan kerajaan perpaduan maka keluar dari PAS. Ini menyebabkan ada berita Ustaz Nasha merajuk dan tidak mahu datang ke Manek Urai untuk bertanding. Namun ada yang mengatakan beliau sedang melakukan pembedahan kecil untuk penyakit beliau.

2. Isu mengenai Kampung Buah Pala, Pulau Pinang tidak dapat diselesaikan oleh KM Pulau Pinang Lim Guan Eng. Ini adalah disebabkan pemerintahan kerajaan BN dahulu yang telah menjual tanah di Kampung Buah Pala sehingga penduduk terpaksa berpindah.

3. Isu perobohan pusat penyembelihan babi secara haram di Kedah yang mana ia melibatkan kemarahan orang Cina yang tidak puas hati dengan pentadbiran PAS di Kedah. Ini menyebabkan DAP Kedah telah mengambil keputusan keluar dari PR di Kedah. Apa yang saya lihat adalah ini perkara bodoh kerana kita sudah tahu pusat penyembelihan babi itu dilakukan secara haram jadi kerajaan Kedah mengambil keputusan untuk mengalihkannya di tempat lain.

4. Di Manek Urai juga, Datuk Muhyiddin telah memberi harapan (menggugut) kepada penduduk Manek Urai jika sekiranya mereka menyokong UMNO mereka akan mendapat pelbagai keistimewaan seperti pertanian moden dan jambatan baru. Bagi saya, duit yang kerajaan dapat pun duit rakyat kemudian berani pula kerajaan nak main2 ugut rakyat. Kalau hak rakyat, pulangkan semula kepada rakyat jangan pula nak main tarik tali.

Walau apa sekali pun, tahniah kepada BN kerana telah berjaya melakukan perang saraf hingga menyebabkan PR hampir kalah. Bagi saya, Dato Najib dan Dato Muhyiddin telah memainkan peranan yang bagus dalam usaha menjatuhkan PR dengan cara membuka ruang politiknya namun dalam diam timbus balik. Jadi kepada PR jangan pula memecahkan pakatan yang setelah lama dibina.

Tiada ulasan: