Khamis, 12 Februari 2009

Najib, Atlantuya dan BN

Salam

Pelbagai kisah mengenai politik yang timbul di negara kita ini, dari isu lompat parti hingga ke gosip2 yang berlaku kepada YB2 di Malaysia ini. Sekarang timbul isu seorang ADUN PKR di Kedah yang telah meletak jawatan kerana ia telah di ugut oleh pihak BN tentang perangainya yang ada menyimpan perempuan simpanan. Perletakan jawatannya telah diluluskan oleh pihak istana Kedah dan dalam masa 60 hari lagi pilihanraya akan diadakan bagi ADUN Bukit Segantang dan Bukit Selambau. Maka kita akan saksikan perlawanan antara calon dari Pakatan Rakyat dan calon dari BN bertanding. Bagi saya pilihanraya kecil ini akan menunjukkan sama ada rakyat di Malaysia ini masih menyokong BN atau tidak setelah beberapa peristiwa yang memalukan bagi PR dan BN. Jika PR menang maka, rakyat menunjukkan protes terhadap Datuk Seri Najib (DSN) sebagai PM Malaysia dan protes terhadap isu di Kedah. Jika BN menang, ini menunjukkan rakyat menerima Najib dan tidak percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk mentadbir Malaysia.

Selepas berjayanya pentadbiran BN di Perak, pelbagai masalah yang timbul terhadap PR di mana ADUN2 yang dilantik mempunyai masalah terhadap etika kerja seperti yang telah terjadi kepada ADUN Changkat Jering, Behrang dan Jelapang yang mengamalkan rasuah dan tidak setia. Manakala ADUN Bukit Selambau terjebak dengan isu perempuan simpanan namun saya hormat dengan tindakan beliau dimana beliau tidak lompat parti tetapi sebaliknya letak jawatan. Itu yang kita mahukan dimana beliau tidak termakan pujukan dan rayuan. Apa yang perlu dibetulkan dalam PR adalah memilih calon yang berkualiti untuk 2 pilihanraya di Kedah seperti yang dilakukan oleh PAS dalam memilih calon, kerana setelah beberapa kes yang melibatkan ADUN PKR dan DAP yang bermasalah dan mengkhianati parti.

Cara peralihan kuasa di Perak juga menunjukkan bahawa DSN adalah seorang pemimpin yang menghalalkan apa cara untuk menang. Cara yang sama digunakan oleh Tun Mahathir untuk menang dan berkuasa. Sekarang kita boleh lihat cara Najib yang telah mengharamkan dan merampas 20,000 naskah Harakah daily dan Suara keadilan daripada dijual secara terang-terangan. Semasa zaman pemerintahan Pak Lah perkara ini tidak berlaku kerana Pak Lah mengamalkan cara demokrasi yang terbuka walaupun tidak terbuka sangat. Beliau tidak kacau cara parti lain berkempen. Namun DSN lain, beliau sanggup menggugut dan merasuah ADUN2 bagi memenangi kerusi. Beliau sanggup menerima ADUN yang pengkhianat, korup dengan rasuah wang dan seks ke UMNO dan BN. Ini menunjukkan bahawa UMNO dan BN sanggup menerima pemimpin bermasalah tapi asalkan menang.

Rujukan Malaysiakini.com:
http://www.malaysiakini.com/news/98039

Saya pelik kerana isu Perak ini dibangkitkan sedangkan kita boleh lihat beberapa pembaharuan yang telah dilakukan oleh pihak PR dalam menguruskan dan menyelesaikan masalah di Perak. Masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh BN semasa memerintah dahulu. Adakah kerajaan PR di Perak dahulu membuat api perkauman sedangkan berjaya menyelesaikan isu tanah orang Cina dan orang asli di Perak. Bukankah UMNO dan BN yang bermain dengan isu ini? Siapa yang mengungkit isu pentadbiran Perak yang mengatakan pentadbiran di Perak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu? Bukankah UMNO, BN dan medianya TV3, Berita Hairan dan Utusan Meloya?

Rujukan Malaysiakini.com:
http://www.malaysiakini.com/news/98049

Jadi kepada pembaca, fikirlah sebelum membuat keputusan. Saya bukan hendak menyokong sesiapa tetapi saya menyokong parti yang membuat Islam dahulu. Bagi saya jika Islam diatas maka betullah susr galurnya.

P/s:
Ucapan takziah saya kepada ADUN Bukit Segantang dari PAS, Roslan Shaharumyang meninggal dunia kerana diserang sakit jantung. Semoga Allah merahmati beliau. Al Fatihah.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib sudah jadi ahli Parlimen Pekan menggantikan ayah nya Tun Razak sejak beliau berumur 22 tahun. Beliau naik dari satu anak tangga ke satu anak tangga dengan perlahan dan berhati-hati sekali. Inilah peluang beliau yang besar untuk menggantikan tempat ayahnya dulu sebagai PM.
Satu masaalah beliau yang beliau takut sekali ialah cita-cita besar isteri beliau Rosmah Mansor. Rosmah telah di kaitkan dengan berbagai isu sejak Najib jadi PM dari kes Altantuya, projek-projek besar yang di sapu oleh kroni nya.
Jikalau Najib dapat mengikuti 50% jejak ayah nya Tun Razak seperti perpaduan, membantu rakyat dengan penubuhan Felda, Felcra,FAMA,Mara, Pernas dan lain-lain ajensi; saya rasa ini semua akan dapat sokongan rakyat 100%.