Khamis, 5 Februari 2009

Lompat si katak lompat

Salam pembaca,

Tajuk "posting" saya pada kali ini menyentuh hal politik yang sedang berlaku di Perak. Kita telah lihat seramai empat orang ADUN Perak yang telah melompat parti iaitu Datuk Nasarudin Halim (Adun Bota) yang telah menukar parti dari BN ke PKR ke BN semula dalam masa 10 hari, ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu yang menghadapi rasuah wang dan seks dan ADUN Jelapang Hee Yit Foong yang saya tidak tahu mengapa beliau keluar.

Apa yang menghairankan saya adalah bagaimana perkara ini boleh berlaku kepada kerajaan negeri Perak? Bagi saya idea melompat parti ini adalah idea dari Datuk Seri Anwar (DSAI) tapi tidak sangka ia boleh jadi seteruk ini, sehingga boleh hampir membubarkan parti dan ini sekarang berada di tangan Sultan Perak untuk menentukan sama ada membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat atau tidak.

Membaca blog Raja Petra, beliau menganggap ini adalah permainan Datuk Seri Najib kerana ada laporan mengatakan beliau telah menyogok dua ADUN dari Behrang dan Changkat Jering sebanyak RM 10 juta seorang dan bebas dari tuduhan rasuah yang dihadapi oleh dua ADUN ini dengan syarat supaya memasuki UMNO. Kalau benar perkara ini, bukankah ini satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah satu permainan yang kotor? Tapi bagi saya apa nak dihairankan jika ini semua disebabkan duit. Bagi ADUN Bota pula, dalam masa beberapa hari memasuki PKR beliau telah menukar semula statusnya ke UMNO semula. Adakah ini satu perkara yang pelik? Dengan alasan:

  • Keadaan politik yang tidak menentu hingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di negeri Perak;
  • Mengambil kira dan menghormati rakyat, pengundi-pengundi di kawasan pilihanraya N39 Bota serta menghormati prinsip-prinsip dan amalan demokrasi; dan
  • Mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujud keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di negeri Perak
Bagi saya alasan ini adalah tidak betul kerana sebelum anda memasuki PR adakah anda tidak memikir dahulu bagaimana situasi politik yang melanda dan akibat memasuki PR? Bukankah anda seorang ADUN dan ahli politik, cetek betul pemikiran ahli politik Malaysia yang dengan sekelip mata boleh lompat melompat tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku? Adakah dengan mendengar nasihat kawan-kawan cukup untuk menukar parti tanpa perlu membuat kajian? Adakah ADUN Bota ini pun sebahagian daripada taktik Najib dalam merampas semula Perak setelah kalah 2 pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu? Cuba pembaca fikirkan semula, kalau anda memasuki sesuatu kelab atau persatuan mesti anda ada inisiatif membantu kelab itu berjaya bukan menambahkan beban kepada kelab tersebut. Ini boleh dikata sebagai menghabiskan beras jer.

Apa yang saya geram apabila saya melihat Buletin Utama di TV3 semalam, saya melihat 2 ADUN dari Changkat Jering dan Behrang ini boleh tersenyum dibelakang Najib ini. Dari situ anda boleh melihat bagai ada muslihat yang berlaku. Tapi apa yang saya boleh katakan inilah politik Malaysia selagi prinsip Machiavelli ini diamalkan iaitu menghalalkan apa cara saja.

Tiada ulasan: