Ahad, 11 November 2012

I am ready to ride

Assalamualaikum,

Nampaknya odometer Dorado aku dah cecah 500km da, hehhehe. Tak byk jalan sgt, hari tu dah plan konvoi tadi tak jadi sebab marshall konvoi tak dapat nak commit sbb ada hal yang perlu diselesaikan. Erm so aku kene plan konvoi mana2 la. Better alone kot.


Baru hari tu, aku gi pejabat agama daerah hulu langat biasa la mau daftar kursus kawin dengan Si Cik S. Punya excited tiba2 cermin mata rayban aviator jatuh n cermin retak plak. adusss, terus hilang mood. Nasib baik la si Cik S pujuk, tu la org kata berdua lebih baik. hehehe.

So, seminggu lepas tu, aku dah tak jadi gi konvoi terus aku gi plaza Campbell. Benda yang aku cari ialah but, jacket kulit n cermin mata baru dengan bajet 500 hinggit. Tp mmg best la gi plaza Campbell ni sbb byk pilihan kasut n but. Tp yang aku minat but jenis tactical 5.11 sbb boleh gak aku main paintball nanti, dengan harga RM 130 aku dpt la but ni. Jacket kulit jenis lembut ni plak aku beli kat mamat pakistan, dengan harga RM 230 jer dapat la satu pasang. Kat kedai Harley di KLCC yang aku tgk harga mau RM 1500, tp jenis kulit keras yang jenis kalo acccident tak koyak la org kata. Pastu utk cari pengganti Rayban aku yg pecah, aku pun gi kedai cermin mata area situ. Aku nak cari frame style Aviator. So akhirnya dapat gak la tp bukan Rayban tapi Morison. Murah la sikit RM 145. Kalo rayban tak de RM 250 at least la, mmg tak dpt la.

So, aku dah complete kan kelengkapan aku. So jom ride la. hehehhe

8 ulasan:

MatNowRock berkata...

assalamualaikum. boleh saudara cerita tentang pengalaman saudara sebagai owner dorado ni..? bila di perhatikan enjin moto ni memang mirip virago 250..adakah part virago boleh masuk dalam moto ni?.. saya juga ingin tahu kelajuan 'rilek' untuk jarak jauh.. adakah moto ni 'tenang' dalam kelajuan 120 (maintain jarak jauh)?.. berapa kalau habis pulas?.. saya mula rasa berkenan.. ada gaya harley dah sikit sebanyak tu.. sekian terima kasih.

Unknown berkata...

wassalam, buat masa ni paling jauh pernah sampai ke Melaka. kalo ikut meter motor 120-130 tapi nak easy ride bawak 120 pun dah ok. laju gak la tp motor ini lebih kepada torque. so motor ni mmg power enjin dari motor biasa. maintain mmg maintain. cuma kadang2 ada masalah sikit ngn motor ni, tetapi byk improvement dilakukan oleh pihak Benelli Keeway. namun malang untuk saya sebb saya first batch motor ini, kadang2 ada masalah terpaksa gi pusat servis.

MatNowRock berkata...

timaseh ateh kesudian saudara menjawab.. kalu berdasarkan apa yang saudara cerita tu, dah memang termasuk dalam senarai saya dah nih.. memang sudah sedia maklum moto ''kating'' cam ni di reka untuk tork.. maknanya moto ni kalau dilayan jalan jauh 120-130 memang tak ada masalah la kan?.. boleh saudara cerita sikit tentang masalah moto yang saudara kena?.. adakah dekat2 enjin seperti masalah gear susah masuk ke, atau masalah komponen elektronik ke pendawaian ke.. saya tinggal di jerantut pahang, jika saya ambil moto ni di lembah kelang, mungkin sukar nak rujuk pasal faktor jarak..bak kata orang sediakan payung sebelum hujan.. kalau masalah sikit2 boleh buat sendiri sekurang2nya..nak kata pandai sangat, tak jugak.. asas gitu2 je..

Unknown berkata...

sebelum saya servis 1000km mmg senang naik 120-130. tapi lepas servis hari tu, mekanik kata bunyi enjin kasar. tapi lepas servis da senyap tapi bila bawak 120 pun susah nak naik. katanya dia tukar gasket. saya pun tak pasti mcm mana. tapi gear mmg ada susah sikit nak masuk, tak pasti mmg mcm tu atau mmg rosak. tapi lepas btulkan clutch hari tu baru rasa senang sikit. kalo tak asyik jerking jer. buat masa ni, itulah problem yg saya hadapi. tapi bab susah nak naik 120, ada member ckp dulu naza blade dia pun sama disebbkan oleh mekanik salah setting. tapi lepas setting dengan mekanik yang betul, baru ok. dia kata mata gear dia lari 4 mata. tapi saya pun tak faham sgt. huhu. ni pun first time pakai motor gear manual.

jericho berkata...

salam bro.
tumpang tanya sket boleh. saya ada baca review moto ni (org uruguay)
Dia kata ada problem masuk gear - gear 2 xlekat katenye. suspension/ handling pulak macam mana? ada bunyi2 x best x masa bwk laju ke, or lepas brapa lame pakai?
pick up macam mane pulak? 0-100 senang x naik? sori la byk tanye. mmg minat moto ni tp kat malaysia xda org review mcm bro.
Terima kasih kerana sudi berkongsi

Unknown berkata...

mmg gear sy tak nafikan ada problem, susah nak free gear n masuk gear 1 @ 2. pernah sy tanya pengalaman org yg beli motor buatan china. ramai mengatakan gear mmg susah masuk. susah nak ckp, tapi mekanik kata mgkin masa nak tukar gear clutch tak masuk btul. so mcm2 andaian, saya da malas nak ulang alik.

Bagi suspension @ handling bagi saya terbaik. mmg best handle rasa berat. buat masa ni bunyi tak de masalah, lepas saya ride da lebih 2000km mmg tak de masalah enjin. tanya mmg yang dah ride lebih 7000 pun kata ok. dari segi pick up tak de masalah, 0-100 mmg cepat naik tapi 100 ke 120-130 mmg lambat, tanya rider yang guna motor brand lain pun kata meter berat lepas 100kmj.

nasihat saya jika saudara ada duit lebih baik agkt vulcan 250 sbb jauh lebih baik dgn harga 25000. kalo bajet mcm saya dan rasa nak ride guna easyrider, cadangan saya dorado atau naza cruiser 250 EFI tapi saya tak berapa pasti naza punya performance. boleh check ngn user lain.

jericho berkata...

thank you bro
bajet saya pon xde la sampai angkat vulcan
maybe dorado jugak
adios amigos

Unknown berkata...

Ok bro, tak de hal. nnti join la page kat facebook Malaysian Dorado. boleh kongsi2 pandangan dan pengalaman. saya pun tak berapa arif sgt. cuma saya igtkan dorado ni mcm virago 250. mmg sebijik. lgpun fuel meter tak de. kene la check atau guna meter utk agak. huhuhu.

tapi sy dah compare naza cruise 250 EFI guna meter eletronik. pilih mana yang terbaik yer.