Rabu, 17 Oktober 2012

Pengalaman menunggang Benelli Keeway Dorado 250

Assalam.........


Ramai pembaca blog aku ni yang ingin aku buat review untuk Benelli Keeway Dorado 250. Seperti mana yang kita tahu motor ni mempunyai enjin 250 cc, 2 silinder, 4 stroke dan 2 valve. Aku membeli motor ni OTR dengan harga RM 12,850.

Ok untuk review motor ini selama aku guna 3 minggu ni, aku rasa ia berbaloi dengan harga yang dibayar. Walaupun tak sepowerful motor 250cc yang lain tapi ia agak sesuai utk aku yang berbadan besar ni. Dari segi pemanduan memang best dan bila ditunggang laju ia tidak bergegar. Top speed yang aku pernah try dari exit tol Sg Besi ke exit tol UPM ia boleh cecah 135 km/j dan ia boleh pulas lagi cuma aku tak berani. Hehehe.

Minyak plak aku dah jalan sejauh 125km tapi tank oil yang diisi RM 20 tak abis lagi. Maaf la tak dpt bajet lagi sbb aku tak pandai bajet minyak lagi. Lgpun tauke kedai ckp "You jalan sampai abis minyak, pastu trigger ke atas utk guna itu tank spare" (sambil tunjuk satu tuil kat bahagian bawah enjin).

Motor ni plak mmg steady and best digunakan. Join la forum kat FB disini. Sebab banyak info pasal produk Benelli Keeway Malaysia (BKM) serta panduan dan pengalaman user lain yang beli produk BKM ni. Ada yang aku dgr citer dari pihak BKM, Dorado ni dah 50 bijik telah dijual cuma 2 jer problem sebb 2 ni motor awal. Huhuhu, kesian gak la. Tapi apa yang aku respect, setiap aduan pihak BKM akan dtg cepat utk selesai masalah korang. Lastly kalo tak resolve diorg akan bawak motor korang masuk kilang utk inspect semula.

Utk pengubahsuaian motor ni, aku dah terfikir mcm2 da. tapi staf BKM advise jgn ubah apa2 sbb motor ada warranty setahun. so tunggu jer la setahun, huhuhu. Tapi pihak BKM ada bagi senarai kedai yang jual spare part tambahan serta kedai yang boleh buat pengubahsuaian yang halal supaya tiada berlaku kerosakan yang teruk. Faham2 la kalo dah usik, kene pandai jaga takut cepat rosak. Aku cuma nak tukar ekzos jer, nak kasi bunyi pom...pom jer. hehehehe



16 ulasan:

Azwan berkata...

Pom Pom Pom, ko sumbat ekzoz buluh jer Bob..confirm bunyi Bob+pom, Bom bom bom bom
hehe

Azwan berkata...

Pom Pom Pom, ko sumbat ekzoz buluh jer Bob..confirm bunyi Bob+pom, Bom bom bom bom
hehe

Nadzri Nasir berkata...

Hahaha, nanti la aku letak biar satu apartment dengar

Sham MV berkata...

thanks for the review bro...

trus membara semangat nk amik dorado nih...hehe

Hamirudin Hamidi berkata...

Ada rakam video bunyi ekzosnya, Tuan? Kalau ada, muatnaiklah ke Youtube.. :)

dollah_3d berkata...

Thanks for the info...

mhabp ahmd berkata...

Sila bg info terkini pasal si derado ni. Saya pun tengah panas smada nk ambik naza cruise 250 atau derado 250. Tq

Nadzri Nasir berkata...

Inshallah, cuma busy sikit nak wat review

lizmustknown berkata...

Guys, saya tengah consider nak beli motor 250cc...sama ada cruise 250 or keeway 250 ni...minta khidmat nasihat please..

lizmustknown berkata...

Guys, saya tengah consider nak beli motor sama ada cruise 250 or keeway 250...minta pendapat sikit ttg kedua2 motor ni...thanks

Nadzri Nasir berkata...

Naza cruise ada beza gak ngn Dorado tp utk kata best ni better try ride dulu dua2. Kalo ada facebook join la malaysian dorado riders. Baca review n post diorg. Tp Naza ni sy da try gak, dari segi space kaki rasa dorado lg best sbb sy besar n kaki pjg.

Shamzia berkata...

Assalamualaikum Nadzri...just call me Sham, dh sambar Dorado 250, sehingga ulasan ni dibuat..aku kira baru 6 hari honeymoon dgn jentera ni..masih mengenal budipekerti..hhee hee..hee..ok ni mengenai buku manual dan fuel trigger utk minyak spare. kalau ikut buku manual..bila parking motor dan matikan enjin..pusing kan triger menegak utk stop fuel flow ke kaburator, dan bila nak tunggang baru pusingkan melintang..tapi aku kena buat terbalik dari manual tu..pehal aa?

Nadzri Nasir berkata...

Wassalam Sham, kalo ikut manual memang begitu sebab saya punya mmg ikut buku manual tu. Tp kalo terbalik tu saya tak bape pasti plak.

Sebab info yang saya dpt, Dorado ni pemasangan nya memang menggunakan tenaga manusia bukan robot. So mgkin ada kesilapan. Tp cuba claim warranty.

mohd syahzwan ibrahim berkata...

Saya ada baca dua komen dari pengguna tentang dorado keeway blackknight 250 cruiser nie. Mereka baru Beli tak sampai seminggu tapi ada masalah unit efi dan engin tak boleh dihidupkan. Call supplier/egen banyak kali tapi tidak layan.
Dengan ini ia menunjukkan betapa terok khidmat lepas jualan dari syarikat motorsikal ini.

Nadzri Nasir berkata...

Maaf sy punya bkn efi so tak bape pasti tp ramai penunggang dorado yg guna kata ok. Mgkin kurg bernasib baik. Bg sy after sale BKM, mmg agak teruk.

Mohd Johari Daud berkata...

Assalam...sy ride moto jenis jg...nk tnya ada group whatapss x???kalau ada msk kn no sy 0193005615..tq