Rabu, 10 Februari 2010

Orang Islam Tidak Kenal Al-Quran

Salam pembaca,

Sejak bekerja di TM iaitu Wisma TM Tmn Desa, banyak perkara best yang berlaku dari segi persekitaran tempat kerja, dengan bos yang sporting dan yang best ialah ada kuliah2 agama dan umum diadakan.

Tadi surau Wisma TM Tmn Desa telah memanggil Ustaz Badrol Amin untuk memberi ceramah tentang perkara umum yang berlaku di Malaysia. Beliau banyak mengulas perkara2 di mahkamah kerana beliau baru sahaja pulang dari mahkamah mengenai kes beliau sembahyang hajat 11 tahun dahulu, kes BERSIH, kes Nizar VS Zambry dan Kes liwat Saiful. Banyak perkara yang dirungkaikan namun apa yang menarik perhatian saya adalah mengenai isu Allah.

Beliau mengatakan orang Islam di Malaysia tidak kenal AlQuran. Beliau berkata demikian kerana isu Allah yang dimainkan pihak tertentu mengatakan jika orang Kristian menggunakan perkataan Allah maka generasi akan datang tidak kenal apa itu AlQuran. Pada mulanya saya mengatakan mungkin betul kata pihak berkenaan kerana jika pihak Kristian menggunakan kalimah Allah maka ramai generasi muda tersesat.

Tetapi beliau memberikan satu perbandingan kepada hadirin dengan memberikan 2 buah buku iaitu satu AlQuran dan satu lagi buku bacaan biasa. Dia berkata kedua-dua buku ini mengandungi kalimah Allah tapi bagaimana kita tahu yang buku ini adalah AlQuran (sambil memegang AlQuran). Satu ideologi yang saya tidak terfikir sebelum ini, beliau terus mengatakan AlQuran yang kita tahu bermula dengan AlFatihah dan diakhiri dengan surah 3 Kul. Jadi tiada masalah dalam mengenal AlQuran. Oleh itu, beliau mengatakan ada pihak yang cuba memutarbelitkan perkara ini dengan menjadikan ia isu politik.

Perkara sepatutnya yang diambil oleh kerajaan adalah menjadikan matapelajaran agama Islam sebagai perkara yang diambil serius dan pengajian ALQuran ditambah dalam matapelajaran sekolah. Secara tidak langsung ia akan menguatkan pengetahuan dan pegangan Islam dalam diri umat Islam.

P/S: Masih ramai orang Melayu Islam yang tidak kenal masjid

Tiada ulasan: