Rabu, 17 Februari 2010

Cerita Sebenar di Pulau Pinang







Salam pembaca,

Pada posting yang lepas, saya telah memberi ulasan terhadap isu Datuk Zahrain keluar dari PKR. Saya tertarik dengan isu ini selepas Lim Guan Eng dan Dr Othman yang sebelum ini diam telah mula bersuara dengan mengedarkan risalah mengenai Pulau Pinang kepada rakyat Pulau Pinang. Pada posting kali ini saya ada mengambil risalha tersebut petikan dari penarikbeca blogspot.

Setelah saya meneliti semula kes ini, nampaknya ada ahli2 PKR yang sudah mula menunjukkan belang mereka untuk mula menerkam projek2 besar dari kerajaan negeri. Contoh yang dimaksudkan ialah kenyataan Lim Guan Eng sendiri yang dikatikan dengan Datuk Zahrain. Beliau mengatakan beliau tidak mahu memberikan projek yang bernilai berjuta2 ringgit kepada syarikat yang berharga RM 2.

Namun begitu ada juga ulasan dari Kak Min kita iaitu bekas Ketua Wanita PKR (calon bebas di Penanti) yang mengatakan Datuk Zahrain ini sebenarnya seorang yang tidak disukai ramai. Berkut adalah ulasan beliau.

"Dia bukanlah seorang pejuang. Bila dia tak dapat apa yang dia nak dia mula protes, Dia sebagai koporat dulu, dia bukan orang politik. Dia hanya mahu melobi projek, tapi bila tak dapat dia lawanlah. Satu Pulau Pinang semua tidak suka dia"
Kenyataan Kak Min juga menunjukkan bahawa Datuk Zahrain memang layak ditendang dari PKR dan kenyataan yang dikeluarkan di televisyen dan media2 pro BN mmg hendak menjatuhkan kerajaan PR.

P/S: Nak cari pemimpin biar yang beragama dan mempunyai sifat2 pemimpin bukan perompak

1 ulasan:

syahmi berkata...

jazakallah khair nadzri.

media-media yang besar tu mmg tak leh haraplah. orang2 macam nadzri ni la esk2 jadi penyelamat ummat.

hehe.

ayuh, jgn terpedaya dengan dakyah perkauman sempit!