Jumaat, 22 Mei 2009

Anak ku Raja Azman, Dengarlah.

Salam pembaca,

Kita hari ini telah digemparkan pelbagai cerita mengenai Perak yang masih dalam perebutan kuasa. Kali ini saya tidak mahu menceritakan tentang Perak, tetapi mengenai kisah seorang bapa bernama Raja Petra. Saya membaca Malaysiakini pada hari ini dan membaca tentang kisah anak Raja Petra iaitu Raja Azman yang telah ditangkap mencuri sebuah motorsikal dan beberapa barang lain di Shah Alam.

Setelah membaca kisah mengenai perkara ini saya teringat semula cerita 'Anakku Sazali' yang telah dilakonkan oleh Tan Sri P. Ramlee. Jika kita lihat pada cerita ini, kita boleh mendapati bagaimana seorang bapa yang terlalu memanjakan dan mmeberi kemewahan anaknya sehingga anaknya terlibat dalam pelbagai gejala sosial dan jenayah. Sehingga tidak tahan dengan karenah anaknya, bapa Sazali telah membuang Sazali dan akhirnya Sazali ditangkap polis. Sikap bapa Sazali harus dipuji kerana menyerahkan anaknya kepada polis untuk dibawa ke muka pengadilan.

Apa yang dilakukan ini sama dengan Raja Petra yang telah mempertahankan prinsipnya untuk tidak menjamin anaknya dari tahanan polis? Selalunya yang kita dengar atau menonton cerita di TV, kita boleh lihat kebanyakan orang kaya atau VIP akan menjamin anaknya dengan segera dan membayar rasuah kepada polis untuk menutup cerita supaya tidak diketahui umum. Pelbagai cara akan digunakan untuk menutup mulut orang, lebih2 lagi kepada wakil rakyat yang hendak bertanding. Sehingga ada yang mengatakan "Dia anak Dato'" atau "Dia anak Tan Sri memang la selamat". Kadang kala ada sekolah yang sanggup tidak melaporkan kepada polis bagi menutup malu untuk menjaga imej sekolah.

Tindakan Raja Petra amat saya hormati walaupun perit bagi seorang bapa yang akan menerima kutukan dari umum kerana beliau selama ini telah menjadi orang yang dikehendaki di Malaysia ini. Namun saya ada beberapa gambar yang telah saya dapat dari kawan saya, gambar ini mengenai anak kepada seorang Dato' Seri sekarang dan saya rasa anda pandai2 tekalah. Gambar ini saya tidak pasti ia sahih atau tidak, tetapi gambar ini hanya sekadar tontonan umum dan bukan untuk memfitnah.


5 ulasan:

ayla berkata...

i don't think it is appropriate for you to post up these photos.

Unknown berkata...

to ayla,

give reason why I cannot post these photos? Just to discover the truth. Is that wrong?

ayla berkata...

the photos are obscene.
it is impropriate for you to encourage people to look at such scene.
by saying "Gambar ini saya tidak pasti sahih atau tidak....hanya sekadar untuk tontonan umum"
Tontonan umum? Umum perlu lihat benda yang lebih baik tak? Ntah.

To me it is unethical.
This is my opinion, I am a lady and I know what it is like to be watched and observed.
No hard feelings mate.

Unknown berkata...

Erm, for me this is not about ethical or unethical but this is about talking the truth.

if the main stream media can tell the people, anak orang ni boleh buat and anak org tu boleh buat. Apa salahnya menegur anak-anak menteri.

Jika tontonan artis yang terdedah sana sini boleh dilihat pada akhbar dan di televisyen. Salah ke saya meletakkan nya dalam media saya.

Is that i'm doing something wrong to tell the truth about what the son of one of our minister are doing? The minister tell people about Islam Hadhari but the son follow the setan hadhari.

Can you imagine that?

drBOND berkata...

delete saja gambar itu..

jangan la nak aibkan keluarga orang..

semua org tidak perfect..
kita buat hari ini..mungkin nanti orang akan buat yang sama pada kita..

apa perasan brother jika orang lain tayang gambar mama bro, adik2 bro..anak2 bro???